PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Monday, September 27, 2010

111. RIMUP dan Sambutan Hari Raya Peringkat SMKB

Seperti yang di rancang, pada pagi Sabtu 25 September 2010, telah berlangsungnya Majlis Ramah Tamah Idulfitri dan RIMUP - Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan peringkat SMK Belawai. Majlis bermula sekitar jam 6.45 am dan tamat pada jam 9.30 am dengan pembukaan majlis pertandingan menganyam ketupat antara 4 buah kumpulan yang diwakili oleh guru-guru dan murid dari pelbagai bangsa di dalamnya, India, Cina, Melayu, Melanau, Bidayuh dan Iban.

Majlis perasmian telah dilakukan oleh YDP PIBG Ustaz Alawi Bin Hj Sidik dan diserikan dengan tetamu yang hadir dengan pakaian tradisi masing-masing. Selesai sahaja majlis perasmian di Dataran Ilmu, semua tetamu dan pelajar di jemput ke Dewan Barong untuk menjamu selera.
Sesuatu yang sangat menarik di SMK Belawai, ialah penyertaan ibu bapa. Jika ada sesuatu majlis sebegini ibu bapa, sangat peihatin dan sanggup untuk sama-sama menyumbang kuih muih. Dengan kata lain, penduduk di kawasan ini tidak berkira dan tidak lokek untuk bersedekah. Sesetengah ibu bapa sanggup untuk membuat kek lapis Sarawak yang mahal harganya dan sanggup menunggu berjam-jam membuat kek untuk tujuan majlis ini. Tahniah dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada penduduk di sini. Secara peribadi saya sangat memuji atas peperihatinan ibu bapa dan saya Doakan semoga rezeki mereka melimpah ruah dan anak-anak mereka akan berjaya dan akan mewarisi tradisi mereka.

Tahniah juga kepada semua AJK yang terdiri dari guru-guru dan para pelajar yang bertungkus lumus menyediakan tempat dan merancang aktiviti ini di bawah seliaan PK Hem En. Hasbi Bin Junaidi. Untuk menjayakan sesuatu majlis itu bukan wang yang menjadi pertaruhan utama tetapi yang pentingnya ialah kerjasama antara kita. Walaupun peruntukan untuk RIMUP pada tahun ini kurang tetapi majlis telah berjalan dengan lancar dan sempurna. Kerjasama dengan penduduk dan masyarakat yang baik juga adalah faktor utama kejayaan majlis ini.

Sesuatu yang unik berhari raya di Sarawak ialah kunjung mengunjung antara kaum telah diamalkankan dari dulu lagi. Sesuatu yang kurang berlaku di tempat saya. Orang Cina berkunjung pada Hari Raya, Orang Melayu berkunjung ke rumah orang Cina pada Tahun Baru, Berkunjung ke rumah orang Iban pada Hari Gawai dan sebaliknya adalah perkara biasa... Oleh itu Sarawak Bumi Kenyalang, adalah sebuah negeri yang unik dan boleh menjadi contoh, sekarang dilihat benar2 mengamal konsep 1 Malaysia, begitu juga dengan Sabah Negeri Dibawah Bayu.

12 comments:

Unknown said...

salam cikgu...

seronok dan meriah

zulkbo said...

salam cikgu..
wahhh..nampak
meriah ni yek?

Mimie.Candy Cane said...

salam ziarah cikgu..terima kasih follow blog saya...

nidus2 said...

Salam cikgu,
Walau pun baru dua kali berkunjung ke Sarawak dan Sabah, semangat 1 Malaysia memang betul dilaksanakan di sana. Boleh dikatakan tidak timbul soal perkauman... I Follow sekali.

Mohamad said...

Salam Ummi Humaira,
Memang meriah... budak2 nie bukannya nak makan sangat. Mereka suka menghidang dan layan guru-guru. Berbual sesama sendiri. Banyak kuih- muih yang lebih..

Mohamad said...

Salam En. Zul,
Memang meriah.. Tahun lepas meriah bersama YB Datuk Norah Tun Rahman, yang datang dan parking helikopter di kawasan sekolah, tapi kali ini sambutan dibuat bersama warga sekolah dan PIBG, Imam, penghulu serta masyarakat setempat sahaja. Meriahnya kali ini masing2 di kehendaki memakai pakaian tradisi, sy sendiri cuba pakai baju tradisi Melanau..

Mohamad said...

Salam Mimie..
Tak apa siapa2 ikut siapa, banyak kawan banyak pengetahuan. Salam bersahabat dalam dunia maya.

Mohamad said...

Salam nidus2,
Sikit2 tu ada... tetapi x lah keterlaluan seperti di sana.

ibuintan said...

salam cikgu,
wah nampak meriah sekali, seronok bila semua sepakat gitu

Ateh Nour said...

Assalamualaikum, Cikgu,

Kitak udah jadi urang Sarawak,raya sik balit semenanjung kah.

Meriahnya sambutan raya kat sana, satu yang saya suka raya kat sarawak ni, kuihnya yang berbagai rupa dan berbagai rasa..

Mohamad said...

Salam ibuintan,
Sepakat membawa berkat.. Jika hubungan erat semua kerja boleh buat. Jika bermasam muka ( Sini sebut menjus) sesama sendiri susahlah..

Mohamad said...

Salam LIPISLADY,
Nampaknya kitak pun pandei tutur Seghawak, Tahun tok dan tahun marek kamek berpeluang raya sinun. Tahun tok 10 ari jak dari 6 - 16 september. Ada peluang, lagi pun barangkali hujung taun sik dapat cuti. Orang tua pun sik berapa sihat juak.. Kamek dah hampir 18 taun sitok.. Penguasan bahasa Melayu Seghawak dapat le 99%, Bahasa Melanau belum agik fasih.. Kamek pun sik pasti mauk jadi orang Saghawak ke orang semenanjung. Tapi selama tok cari rejeki dan bayar zakat di sitok lah...

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

PERJALANAN INI:


23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah


1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu


16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah


13 Februari 2012 - 20 Januari 2017 - SMK Baru, Miri


22 Januari 2017 Hingga Sekarang - SM Teknik, Sejingkat, Kuching


PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.