BERITA SEDIH DI HARI JADI...Tok.. di semadikan di Perkuburan Islam Derga, pada 8.4.2011. Alfatehah.. |
Sudah beberapa hari di Kedah, tetapi terasa sedikit kehilangan. Akur dengan takdir Allah. Setiap yang hidup itu pasti akan merasai mati. Setiap kali limpas ke katil nenek yang diletakkan berhampiran pintu tengah rumah itu, pasti menoleh terasa seakan-akan beliau masih ada di sana. Di situlah beliau ditempatkan sehingga menghebuskan nafas terakhir pada 7 April 2011 bersamaan dengan sambutan hari jadi saya yang ke 45. Secara jujur dan iklas kata mak, beliau di keluarkan dari bilik dan di tempatkan di situ supaya semua ahli keluarga dapat memantaunya dari masa ke semasa dengan keadaanya yang sangat uzur. Kini hanya doa mengiringi beliau dan yang pastinya setiap kali saya menyambut ulangtahun kelahiran, samalah seperti memperingati tarikh pemergiannya buat selama-lamanya.
Hentian Ipoh |
Perjalanan saya bersama keluarga pulang kali ini pada 31.6.2011, pun sama seperti perjalanan saya pada petang 7 April lalu. Bezanya kali ini ialah esoknya adalah sambutan ulangtahun perkahwinan saya yang ke 17 tahun. Perjalanan Air Asia yang sepatutnya bermula dari Sibu Jam 8.20 malam tertunda sehingga jam 8.45 malam. Sampai di LCCT sudah jam 10.45 malam. Hati sedikit cuak kerana bimbang tidak dapat menaiki bas Shamisha jam 12.45 malam di Terminal Bas Jalan Duta. Hanya tempahan nama di buat untuk 4 orang, tiket belum dibeli. Dari maklumat yang saya terima itu adalah bas terakhir yang bertolak pada setiap malam dari Kuala Lumpur ke Alor Setar. Syukur, sampai sahaja di LCCT bas yang tiketnya sudah di tempah semasa “Booking Online Air Asia” sudah sedia menunggu. Sebaik sahaja penuh, bas terus meninggalkan LCCT menuju ke KL Sentral dan sampai tepat jam 12.00 malam. Mendapatkan teksi dari KL Sentral juga sangat mudah dan kami sampai di Terminal Bas Jalan Duta jam 12.15 malam. Akhirnya selamat sampai ke Sahab Perdana jam 6.00 pagi.
Hadiah dari Adik - Norilyani |
Nenek(Tok) saya bukan siapa-siapa, bukan orang besar yang matinya meninggalkan nama dan mendapat tempat di dada-dada akhbar pun atau mendapat liputan luas di TV. Hanya orang biasa, antara beribu-ribu orang yang lain sepertinya. Namun setiap orang itu mesti ada kenangan manis dan pahit bersamanya yang tidak dapat lupakan. Seperti mana yang berlaku kepada seorang staf di SMKB, secara tiba-tiba sahaja air mata bercucuran mengenangkan orang yang tersayang tanpa di sekat-sekat lagi. Saya percaya, akan menyedihkan lagi jika orang yang meninggalkan kita itu tidak memberi sedikit pun tanda-tanda bahawa dia akan pergi buat selamanya. (innalillahiwainnailaihirojiun...dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali). Kata rakan saya, kau pergilah dulu, nanti kami akan ikut juga kamu kemudian. Menyesal juga kiranya saya tidak pulang menatap wajah nenek buat kali terakhir kerana kami hidup bersama2 dengannya susah dan senang sebelum ini. Seingat saya, semasa kecil ketika bermain saya pernah tertetak tangan kanannya dengan pisau “bangkung” sehingga banyak darah mengalir dan menitis...
Namanya hanya terpahat di hati kami sekeluarga tentang kebaikan yang dilakukannya. Saya yakin semua orang tidak kira apa bangsa sekalipun akan merasa sedih bila berlaku keadaan ini. Ada sesetengah bangsa itu sanggup mengupah orang menangis, untuk menunjukkan rasa sedih dan dianggap sebagai musibah. Bah kan ada yang menyediakan pelbagai macam “bekal” untuk si mati, untuk digunakan di dunia sana. Dan ada sesetengah bangsa ada upacara khas, membakar barang-barang supaya barang-barang tersebut dapat digunakan oleh nenek moyang mereka selepas mati. Bagi kita orang-orang Islam, hanya Iman dan doa sebagai bekal. Banyak kebaikan di dunia, maka jutawanlah ia semasa di akhirat. Buat baik akan di sebut baik juga di dunia, buat jahat, jahat jugalah disebut orang sehingga bila-bila.
Yang lama tetap dikenang. Disimpan untuk tatapan... Namanya masih disebut-sebut. |
Bagi sesetengah orang mencipta nama sebelum meninggalkan dunia yang fana ini tersangat mudah. Ramai yang mencipta nama pada usia yang sangat muda. Mereka termasyor sama ada di Malaysia dan di luar negera dan kita sangat2 mengenali mereka. Siapa tidak kenal dengan Hennry Ford, Edward De Bono, Suharto, Datuk Nicol David, Tun Dr Mahathir, Tan Sri P. Ramli, Datuk Nik Aziz, Muhammad Ali, Mickhle Jackson dan banyak lagi dalam kepimpinan atau dunia hiburan. Kita juga mengenali Botak Chin, Mona Fandy, Datuk Susilawati dan beberapa nama kecil yang tiba-tiba sahaja nama-nama ini menjadi terkenal dalam masa yang singkat. Mereka adalah antara orang-orang yang bertuah.
Semasa sambutan hari guru di kuching baru-baru ini saya telah bertemu dengan seorang sahabat lama. Kami berkenalan semasa sama-sama berkursus di Santubung Resort dan sama-sama menjawat jawatan PK KK ketika itu. Dari perbualan kami, saya mendapat tahu bahawa beliau baru 5 bulan menjawat jawatan sebagai pengetua di sebuah sekolah. Ini adalah jawatan yang sangat ditunggu-tunggunya, kerana sebelum ini apa yang terlintas di hati untuk pelaksanaan di sekolah sentiasa terhalang dengan pelbagai alasan dari pengetua. Tapi kini sebagai orang no satu di sekolah tersebut, beliau boleh membuat keputusan untuk mencorakkan sekolah tersebut.
Sebagai “pendengar” yang baik saya membiarkan beliau menceritakan sepanjang pengalaman 5 bulan di sekolah tersebut. Banyak kisah “duka” disajikan dan sesekali menggeleng2 kepala. Keadaan sekolah yang “daif” dan pengurusan sekolah selepas diambilalih olehnya adalah satu persoalan yang sangat besar. Lebih-lebih lagi masa untuknya membina sekolah tersebut hanya tinggal 4 setengah tahun sahaja lagi kerana masa untuknya meninggalkan tugas secara terpaksa sudah sampai. Beliau akan berpencen.
Apa yang menarik pada pandangan saya kepada sahabat ini ialah kesungguhannya untuk meletakkan sekolah ini sebagai sekolah yang terbaik sebelum beliau mengundur diri. Kejayaan sekolah ini mewakili bahagian di peringkat negeri dan kejayaan menghantar beberapa orang pelajar mewakili Negeri Sarawak ke Kejohanan Softball di Pahang baru-baru ini adalah bukti nyata bahawa beliau bukan cakap kosong. Beliau adalah antara insan yang sangat bertuah, masa untuknya bertindak masih panjang. Bahkan Allah tambahkan rezekinya seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada hari tersebut. Tidak seperti sesetengah rakan pengetua yang lain, memegang jawatan tidak sampai pun setahun dan terus berpencen. Namun kata orang bijak pandai, dalam masa beberapa hari pun perubahan mampu dilakukan jika ada kemahuan.
Bagi guru-guru di sekolah, rebutlah peluang yang ada dalam kerjaya ini. Jangan hanya menjadi guru “Biasa” sampai ke pencen. Jadilah guru “luar biasa” yang mencipta nama dalam pelbagai bidang. Jadilah Guru Cemerlang, Guru Inovasi, Guru Kreatif dan pelbagai macam lagi. Binalah kerjaya dari usia muda ini. Jangan menanti esok dan esok untuk memulakannya kerana sampai bila-bila pun tidak akan menjadi. Akhirnya, itulah guru biasa, yang biasa-biasa kita lihat dan dengar. Guru yang kadang-kadang ada namanya di dalam jawatankuasa, tetapi orangnya entah ke mana. Ukirlah nama seindah mungkin dikalangan pelajar dan rakan guru yang lain. Kita mengajar bukan kerana nama, tetapi kita mengajar kerana kita adalah guru yang bermaruah...
Terima kasih cikgu..
6 comments:
Al Fatihah untuk Tok cikgu.
Tahniah untuk ulangtahun perkahwinan cikgu.
Salam takziah untuk cikgu
CKLah..
Terima kasih
Imanshah..
Terima kasih..
Assalamualaikum...
Moga Allah tempatkan Tok Cikgu di kalangan orang-orang yang berbahagia di sisi Allah Taala
Abd Razak..
Amin.. terima kasih ustaz..
Post a Comment