PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Monday, May 30, 2011

186.Bila Bercuti Ingat Makan..


Ingatkan cuti kali ini tidak mahu pulang, nak rehat di rumah sahaja kerana tahun ini sahaja sudah 2 kali saya pulang ke kampung, tetapi nampaknya terpaksa melangkah balik juga. Tiket “belon” ditempah pada saat-saat akhir. Mahallah sikit. Tapi untuk memuaskan hati semua orang di sana dan di sini, tak apalah, bukan untuk orang lain pun. Asalkan semuanya gembira menjalani hidup ini. Anak-anak pun dah bersedia dan mula senaraikan apa yang nak di beli dan nak dimakan. Mohamad Muzzammil awal-awal lagi, menyatakan tempat kesukaannya untuk pergi, TESCO yang terletak tidak sampai setengah 1 Km dari rumah saya di Kedah. Kakaknya tentu sekali untuk ke Restaurant Bamboo di Pekan Rabu. Emak Bapaknya pun apa kurangnya, sudah tentu ada tempat pilihan untuk pergi, dan tempat yang tidak dapat tinggal sama sekali biasanya ialah Pasar Malam dan kalau ada masa tentu ke Sempadan Siam.

Bukan di Sibu ini tidak ada kedai makan yang bagus tetapi mungkin pilihan dan citarasa agak kurang kerana seseorang itu mungkin ada “liur”nya sendiri. Awal-awal lagi isteri saya menyatakan niat nak makan Mee Bandung di Kuala Sungai, Jalan Putera, Kedah. Memang tidak dapat dinafikan, bilangan kedai makan Islam di sana memang lebih banyak di bandingkan di Sibu. Namun di Kuching perkembangan dan pertumbuhan kedai makan  dan restaurant memang pesat. Barangkali juga factor jumlah penduduk yang ada, tawarannya lebih banyak berbanding di Sibu. Namun begitu apa yang menarik di Sarawak kedai-kedai makan dan restaurant milik orang-orang Islam memang mendapat permintaan yang baik dari kaum-kaum lain.

Sebelum ini ada tanda-tanda bahawa kesihatan saya terganggu disebabkan pengambilan makanan yang tidak mengikut diet yang betul. Badan naik dengan tiba-tiba. Kesannya, kesakitan, penyesalan dan macam nak bertaubat... Nasihat doctor diikut dengan baik. Bila sudah sihat, dan berdepan dengan makanan yang diminati maka, datanglah lagi “sikap buruk” dan tidak dapat tertahan lagi untuk makan dengan sepuas-puasnya. Kadang-kadang rasa “Jeles” juga dengan rakan-rakan yang badannya tidak mudah untuk naik mendadak walaupun makan dengan kadar yang banyak. Tetapi bagi badan saya walau makan dalam kadar sedikit, badan tetap naik. Mungkin factor “genetic” warisan termasuk penyakit keturunan.

Jom sama-sama kita layan gambar-gambar “Makan-makan” sepanjang perjalanan saya pulang ke Kedah dan “berambeh” ke Melaka dan Kelantan sebelum ini.

Sampai sahaja ke KL semasa menghadiri seminar di Melaka baru-baru ini seorang rakan terus membawa saya dan  Cikgu Hamid ke Bukit Bintang, Pekena Kari kepala Ikan. Kari sedap malangnya, kepala ikan tidak masal. Mungkin terlalu besar atau barangkali juga kepala ikan masih beku dan ia hanya masak di luar. Apa2 pun terima kasih banyak2 kepada En. Aziz bersusah payah bawa kami ke sana..
Pada keesokkannya, selepas seminar selesai. Penolong PPD Miri Cikgu Alias  belanja makan buah durian. Apa ke jenis atau nama nya saya tidak pasti. Kalau makan dengan pulut santan tentu sekali "best". Habis satu, satu dibuka. Makan puas-puas. Sehingga akhirnya semua "serender.." Gambar perut di atas tu, perut Cikgu Bohan,.. Hehehe..
Malam tu pulak selepas "dinner" keluar makan Nasi dengan "Asam Pedas"
Malam terakhir di Melaka, makan di sebuah taman selera. Tak ingat nama tempatnya.. Orang Melaka tentu tahu tempat ini  kan.. 

Bila sampai ke Melaka, ambil peluang balik ke Kedah. TESCO Mergong menggamit... "Ciken Cop"
Esok malamnya makan di sebuah restauran di Simpang Kuala..Lupa le pulak namanya  tapi tidak jauh dr Restaurant Langkasuka. Boleh tahan masakannya. Masakan Thailand. Tidak tahu mana perginya identiti makanan orang-orang kedah. Banyak restauran yang menghidangkan makanan Thailand. Harap-harap Laksa, pulut udang, pulut durian, nasi minyak masih kekal..
Warong Haji Yusup ni memang menjadi pilihan saya. Orang Kampung Sungai Baru Gunung. Mee Rebus. Kalau pergi ke Kelantan minta Mee Rebus, yang datang Mee Sup. Warong ini terletak berdepan dengan kedai perabot Pantai Johor. Seberangnya pula warong cendol. Yang specialnya Mee Rebus ini ialah kuahnya, bagi saya ia lebih sedap dr Mee Abu..
Kenyang makan bolehlah santai kat depan Masjid Zahir, masjid tertua di Kedah.  Suasana malamnya sangat menarik dengan dimandikan cahaya lampu. Kedah Sejahtera..
Lagi pemandangan depan masjid Zahir. Kelihatan dalam gambar Balai Nobat dan Menara Telekom. Mana gambar masjidnya? Lupa pulak nak "snap" teruja melihat keindahan dan perubahan yang berlaku di negeri sendiri ..
Perjalanan ke Kelantan. Singgah di sebuah Restauran Thailand. Makanan di hidang secara pakej untuk 3 orang makan. Paling rendah RM50.00. Itu pun dah ok. Tengok dalam gambar tu, ada ikan masak "stim" Burung puyuh masak kicap, sayur kangkong, ulam timun dan sambal sokong.. Adik saya Zainol memulakan santapan..
Sampai di Kota Bharu Kelantan, tidak sah kalau tidak singgah makan tengahari  di Restaurant  Nasi Ulam Cikgu.. Hebat. Kalau tiap2 hari tentu "parah" nasib baik le sesekali.. Makanannya murah dan sedap. Selepas makan, asyik nak cium tangan je. Masih terlekat bau budunya. Bagus jugak lah, kurang sikit mengantuk..
Sup Belut. Singgah makan semasa perjalanan pulang. Rasanya di Kawasan Jeli. Tak ingat nama tempatnya. Tapi  kawe tak dapat masuk... macam2 kawe fikir. Lebih2 lagi kawe tengok kepala belut tu.. Kawe minum je. Biar depa saja. Kawe bayar pun tak apa..
Jom makan.. Sup Gear Box.. Kat mana? Tungguuu..
Tu dia aksi-aksi menarik bila makan sup ini. Tentunya banyak sangat lemak.. Menakutkan. Kalaulah lemak tersebut tersangkut di saluran2 tertentu dalam jantung.. entahlah.. Yang bagusnya, bila makan sup ini dihidangkan bersama dengan limau nipis. Air suam free.. "suspen" kat mana ya..
Ya.. disinilah tempatnya..Restaurant E-Rup Sup. Dekat Mace (Macang)..
Pantang tengok nak singgah beli. Jumpa air tuak, berhenti juga.. Perjalanan yang singkat jadi panjang. Kalau di  Sarawak tentunya air tuak ini memabukkan. Lebih-lebih lagi dekat Hari Gawai banyak tuak. Tapi tuak di kelantan ini tidak le memabukkan. Kalau di Kedah kami panggi air nira dan Sibu di kenali sebagai air sadap. Malangnya air yang kami beli "masam". Tengok tu apa dah jadi pada adik saya suami isteri ini... mabuk tuak ke mabuk kereta..awal2 bukan main romantik lagi.. lepas tu dua2 terlentok.
Ini di rantau panjang. Makan ais kacang. Kreatif betul le depa ni. Berwarna warni. Tak tahu le sama ada  pewarnanya diluluskan oleh Kementerian Kesihatan. Tapi yang pasti ais cream tu memang buatan sendiri..Lain-lain, gambar diatas mencerita segalanya..
Sampai ke Kedah. Sebelum balik ke Sibu mesti makan di rumah ramai2 dengan adik beradik. Al-maklum abang sulung. Mesti semua berkumpul. Mak mesti masak.. Tempat yang menjadi pilihan membeli semua makanan basah ini ialah di Pasar Borong .. Mak sedang memilih ikan siakap. Keang RM2.00 sekilo, di Sibu RM7.00 sekilo.
Masih di pasar borong.
Pekan Rabu adalah destinasi terakhir sebelum terbang pulang ke Sibu. Ikan pekasam dan haruan kering mesti beli..
Restaurant Bamboo Nadhirah..  Banyak yang sudah berubah, Pekan Rabu yang semakin ceria dan ramai pelancong berkunjung. Yang tidak berubah dari dulu ialah tempat mencari rezeki bagi pakcik2 ini. Saya tidak pasti sama ada mereka masih ada ke tidak sanak saudara. Tapi tangan di atas adalah lebih baik dr tangan yang di bawah. Namun yang tidak manisnya apa pandangan orang terhadap mereka ini. Siapakah yang patut bertanggungjawab. Di Kuching, di atas jambatan Satok pun ada seperti ini..
Dah termenung emak saya, bila agaknya anak menantunya sekeluarga akan balik. InsyaAllah  2 hari lagi... Pesan makanan dulu, Ke mana selepas ini.. Langkawi?

TERIMA KASIH CIKGU

18 comments:

luahfikiran said...

SALAM,
INI BETUL2 JALAN2 CARI MAKAN. LF PUN KAKI MAKAN. NANTI KITA BUAT PROGRAM MAKAN SAMA2

ibuintan said...

Assalamualaikum Cikgu.,

Selamat bercuti


Wah... betul2 lepas dendam ni.. patutlah badan naik...

takpe cikgu sesekali balik, penuhi keinginan selera

Mie said...

Salam,

Wah ini betul-betul entry yang mengenyangkan..

Kakzakie said...

Assalamualaikum cikgu,

Masya-Allah betul-betul jenjalan cari makan cikgu nie. Samapai tulang pun bersih dibuatnya. Hahaha... sesekalai balik semenanjung macam nak jelajah semua tempat ye cikgu....

Kali ini sambung lagilah cikgu... tapi kesihatan kena ingat cikgu. Kakak tolong ingatkan aje....:)

Pn Kartini said...

Assalamuaaikum Cikgu..:)

Aduhaii..memang makan sakan niihh..:)
Tak pe..sekali sekala..lepas2 niii leh diet ..:)

Org kata..makan selagi diberikan selera..!kiranya berpada2 gituu:)

Selamat Bercuti yaa:)

Mohamad said...

Luahfikiran..
Boleh..bpleh..boleh.. nanti kita cari masa yang sesuai..

Mohamad said...

ibuintan..
Ye lah kan, sesekali balik.. tapi kadangkalanya tak terlarat juga nak makan macam-macam bila dah berumur. Tidak macam masa remaja dulu.. bedal je..

Mohamad said...

Mie..
Makan nak hidup ke hidup nak makan..

Semasa berselera makanlah, nanti kalau dah terlantar, makanan di saji yang sedap2 pun dah tak ada maknanya lagi kan..

Mohamad said...

Kakzakie..
Kami adik beradik lelaki memang rapat. Ada saja plan nak pergi makan jika ada khabar ada tempat yang bagus.. Itu adik saya Rosli..

Mula-mula dihidangkan sup "gear box" tu terkejut juga, siap ada straw..

Mohamad said...

Pn Kartini..
Balik kali ini nak cari cucur badak.. pulut sekaya dan pulut udang..

Selamat bercuti..

Ummu Hasanah said...

Salam....cerita makan je entri ckg kali ni.... huhu.... sama2lah kita berjaga2....

Mohamad said...

Ummu Hasanah..
Sekali sekala kita hilangkan "stress" dengan memikirkan hal lain dari fikirkan tentang kerja..

Tapi, kadangkala tak boleh juga. Dalam keadaan kita "happy", fikiran sebenarnya masih ingatkan tempat kerja. Macam2... kan

cemomoi said...

doyan yang paling tak tahannnn tu

ckLah said...

Selamat bercuti ya cikgu.

nidus2 said...

Takut tengok cikgu makan...

Kenapa tak cuba sup belut? Sedap dan berkhasiat.

bobhandburry said...

Salam kunjungan... blog menarik.. senang2 singgah la ke blog saya
;)

http://www.zuwairiaiman.com

nadz said...

Assallamualaikum cikgu,
Seronok leka membaca cerita makan-makan ni.
Tapi yang sangat berkesan di hati bila cikgu cerita makan di rumah sendiri, di kampung halaman dan masih ada emak.
Mama nadz merindui saat itu, sebab rumah dikampung halaman mama, ibu telah tiada.
w/salam. selamat bercuti!

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.



Bersyukur Kita Kepada Allah S.W.T Dengan Izinnya Perancangan Pembangunan & Perancangan Peningkatan Akademik SMK Belawai Telah Berjalan Dengan Lancar. Kejayaan Paling Manis ialah pencapaian tertinggi PMR 2011 69.59% dengan GPSnya 3.05. Semoga kecemerlangan ini akan diteruskan oleh guru-guru di sana.



Sejak 13 Februari 2012 saya kini di SMK Baru Miri. Segala tenaga dan usaha kini tertumpu dipusat tanggungjawab yang baru. Perancangan 5 tahun saya bersama plan strategik sekolah sedang diatur. Harapan saya, saya akan berjaya laksanakannya sepertimana kejayaan saya di SMK Belawai dengan kerjasama dari warga SMK Baru Miri. Semuanya dengan kehendaknya jua...



Sejarah perkhidmatan:

23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah

1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu

16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah

13 Februari 2012 - sekarang SMK Baru, Miri

PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.
Anda Adalah Tetamu Saya, Kehadiran Anda Sangat-sangat dihargai. Terima Kasih
Elok Bahasa Bekalan Hidup, Elok Budi Bekalan Mati