PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Monday, May 2, 2011

182.Selamat Hari Pekerja 2011

Ingatkan isteri saya ditahan di hospital 1 hari sahaja tetapi nampaknya sampai 1 hari 1 malam juga. Jam 9 pagi 1 Mei saya ke Hospital Sibu untuk menjemput beliau pulang. Kerana tidak ada surat dari sekolah, maka bayar sahajalah, ingatkan mahal, terkejut juga bila kerani di kaunter pembayaran hanya minta rm3.00. Selesai membuat pembayaran, Jam 10.00 pagi baru doctor pakar sampai ke wad 12. Lama juga menunggu, mungkin sebelumnya beliau sudahpun melawat ke wad2 lain. Jam 11.00 baru dapat keluar dari perkarangan hospital.

Hospital Sibu
Kadar gula dalam darah beliau masih tinggi, doctor tidak berpuas hati dan terpaksa menahan beliau sehingga pagi semalam. Apa boleh buat, terpaksalah ikut. Hari ini, kena buat sendiri sebanyak 6 kali setiap hari mengikut masa yang ditetapkan dengan menggunakan alat yang diberi oleh pihak hospital dengan doposit rm50.00.  Dari katil isteri saya, saya melihat semua jururawat gagas bertugas ke sana kemari memberi khidmat kepada semua pesakit dengan senyuman. Walaupun hari tersebut ramai yang bercuti sempena Hari Buruh, nampaknya mereka terpaksa melaksanakan tugas termasuk doctor.

Bandar Sibu, akhir-akhir ini juga kelihatan sedikit sibuk dengan pertambahan kenderaan. Terutamanya pada masa cuti begini. Hotel-hotel termasuk hotel “budget” juga kelihatan penuh. Jalan sepanjang Kampung Hilir dan Kampung Datuk juga kelihatan banyak kenderaan. Begitu juga dengan pusat-pusat membeli belah seperti Farley, Gaint, Star, Parkson, Sing Kwong dan sebagainya. Kini ada 2 buah pusat membeli belah yang terbesar sedang dalam pembinaan di Sibu iaitu Star dan Giant yang nampak gayanya seperti ala-ala “TESCO”. Apa tidaknya, dengan adanya kemudahan perhubungan ini ramai pengunjung yang tertumpu di Sibu.

Kedai-kedai makan juga kelihatan penuh. Kedai-kedai francais seperti KFC, Mc Donald, Pizza Hut, Sugar Bun, Singapore Chiken Rice juga mendapat tumpuan dan pilihan pengunjung. Yang tidak bertambah ialah tempat “Parking”.  Bila diamati dalam masa cuti begini, ramai peniaga yang “buat duit” terutama bagi yang pandai merebut peluang. Sedikit menyedihkan ialah kedai-kedai makan milik “Orang Kita” yang lebih rela tutup. 3 buah kedai makan yang bertaraf restaurant saya dan keluarga pergi selepas keluar dari hospital, ketiga-tiganya tutup. Satu di Jalan Pedada, 1 di Sungai Antu dan 1 di Jalan Ke Lapangan Terbang.  Ada rasa kecewa di hati kerana bila saya sampai ke Kedai tersebut kelihatan beberapa buah kenderaaan lain juga berpatah balik. Mungkin mereka juga seperti saya. Apa boleh dikatakan, hari pekerja, jadi kedai kena tutup beri penghormatan kepada pekerja bercuti.

Hari pekerja mula diiktiraf oleh kerajaan pada tahun 1973 apabila kerajaan mengistiharkan 1 Mei setiap tahun sebagai cuti umum. Mulai tahun 1991, perhimpunan hari pekerja di adakan secara tetap bagi menghargai sumbangan pekerja kepada pembangunan Negara. Namun ada diantara para pekerja mempunyai perancangan masing-masing untuk bersama-sama keluarga sama ada untuk ber”Shopping” atau untuk beriadah. Kebetulan pada tahun ini jatuh pada hari Ahad, maka hari Isnin dikira cuti. Agak panjang sedikitlah cuti dan masa lebih panjang untuk bersama keluarga.

Saya difahamkan, perhimpunan yang bertemakan “Pekerja Merealisaikan Transformasi Negara” akan diadakan pada 7 Mei di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Dalam majlis ini nanti Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju untuk menyampaikan amanat khas sebagai penghormatan kepada para pekerja. Saya berharap ada sesuatu yang menarik disampaikan oleh Datuk Seri kepada golongan pentadbir sekolah selain dari Tawaran Baru atau “New Deal”. Sudah lama Persatuan Pengetua Sekolah Sarawak memperjuangkan elaun tanggungjawab RM150.00 dinaikkan. Semoga mendapat perhatian daripada Perdana Menteri kita. Wang bukan segalanya untuk cemerlang, tetapi berilah sedikit penghormatan kepada golongan ini kerana tugas mereka yang semakin hari semakin bertambah dengan pelbagai program sama ada secara langsung dan tidak langsung yang memerlukan pengorbanan dari mereka.... Begitu juga dengan para pekerja lain, sebagai penghormatan dan motivasi..

Terima kasih Cikgu..

Selamat Hari Pekerja, Selamat bercuti dan beristirahat...




6 comments:

Hisyam Muhibah said...

semoga golongan pekerja di negara kita akan sentiasa terbela dan berkhidmat dengan produktiviti yang tinggi..

ckLah said...

Moga isteri cikgu kembali pulih, dan sentiasa terkawal kesihatannya...

Mohamad said...

Hisyam..
Begitulah hendaknya..
Sentiasa maju kedepan, bukannya semakin merosot..

Mohamad said...

ckLah,
InsyaAllah bertambah baik..

zue said...

ada org x brkemampuan tapi nak gi hospital swasta juga..bila kena charge tinggi mulalah gelabar cari duit..trpaksa guna CC dan pinjam sana sini..padahal hospital kerajaan mmberi khidmat yg bagus dan trmurah.

semoga isteri cikgu brtambah sihat hendaknya.

walaupun 1 mei hari pekerja tapi ibu2 dirumah tetap kerja x ada cuti2..huhuhu.

Mohamad said...

Zue..
Walaupun pergi ke hospital swasta, jika sakitnya berlarutan.. akhirnya ke hospital kerajaan juga dirujuk..

Terima kasih zue.. beliau semakin sihat..

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.



Bersyukur Kita Kepada Allah S.W.T Dengan Izinnya Perancangan Pembangunan & Perancangan Peningkatan Akademik SMK Belawai Telah Berjalan Dengan Lancar. Kejayaan Paling Manis ialah pencapaian tertinggi PMR 2011 69.59% dengan GPSnya 3.05. Semoga kecemerlangan ini akan diteruskan oleh guru-guru di sana.



Sejak 13 Februari 2012 saya kini di SMK Baru Miri. Segala tenaga dan usaha kini tertumpu dipusat tanggungjawab yang baru. Perancangan 5 tahun saya bersama plan strategik sekolah sedang diatur. Harapan saya, saya akan berjaya laksanakannya sepertimana kejayaan saya di SMK Belawai dengan kerjasama dari warga SMK Baru Miri. Semuanya dengan kehendaknya jua...



Sejarah perkhidmatan:

23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah

1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu

16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah

13 Februari 2012 - sekarang SMK Baru, Miri

PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.
Anda Adalah Tetamu Saya, Kehadiran Anda Sangat-sangat dihargai. Terima Kasih
Elok Bahasa Bekalan Hidup, Elok Budi Bekalan Mati