Ingatkan isteri saya ditahan di hospital 1 hari sahaja tetapi nampaknya sampai 1 hari 1 malam juga. Jam 9 pagi 1 Mei saya ke Hospital Sibu untuk menjemput beliau pulang. Kerana tidak ada surat dari sekolah, maka bayar sahajalah, ingatkan mahal, terkejut juga bila kerani di kaunter pembayaran hanya minta rm3.00. Selesai membuat pembayaran, Jam 10.00 pagi baru doctor pakar sampai ke wad 12. Lama juga menunggu, mungkin sebelumnya beliau sudahpun melawat ke wad2 lain. Jam 11.00 baru dapat keluar dari perkarangan hospital.
Hospital Sibu |
Kadar gula dalam darah beliau masih tinggi, doctor tidak berpuas hati dan terpaksa menahan beliau sehingga pagi semalam. Apa boleh buat, terpaksalah ikut. Hari ini, kena buat sendiri sebanyak 6 kali setiap hari mengikut masa yang ditetapkan dengan menggunakan alat yang diberi oleh pihak hospital dengan doposit rm50.00. Dari katil isteri saya, saya melihat semua jururawat gagas bertugas ke sana kemari memberi khidmat kepada semua pesakit dengan senyuman. Walaupun hari tersebut ramai yang bercuti sempena Hari Buruh, nampaknya mereka terpaksa melaksanakan tugas termasuk doctor.
Bandar Sibu, akhir-akhir ini juga kelihatan sedikit sibuk dengan pertambahan kenderaan. Terutamanya pada masa cuti begini. Hotel-hotel termasuk hotel “budget” juga kelihatan penuh. Jalan sepanjang Kampung Hilir dan Kampung Datuk juga kelihatan banyak kenderaan. Begitu juga dengan pusat-pusat membeli belah seperti Farley, Gaint, Star, Parkson, Sing Kwong dan sebagainya. Kini ada 2 buah pusat membeli belah yang terbesar sedang dalam pembinaan di Sibu iaitu Star dan Giant yang nampak gayanya seperti ala-ala “TESCO”. Apa tidaknya, dengan adanya kemudahan perhubungan ini ramai pengunjung yang tertumpu di Sibu.
Kedai-kedai makan juga kelihatan penuh. Kedai-kedai francais seperti KFC, Mc Donald, Pizza Hut, Sugar Bun, Singapore Chiken Rice juga mendapat tumpuan dan pilihan pengunjung. Yang tidak bertambah ialah tempat “Parking”. Bila diamati dalam masa cuti begini, ramai peniaga yang “buat duit” terutama bagi yang pandai merebut peluang. Sedikit menyedihkan ialah kedai-kedai makan milik “Orang Kita” yang lebih rela tutup. 3 buah kedai makan yang bertaraf restaurant saya dan keluarga pergi selepas keluar dari hospital, ketiga-tiganya tutup. Satu di Jalan Pedada, 1 di Sungai Antu dan 1 di Jalan Ke Lapangan Terbang. Ada rasa kecewa di hati kerana bila saya sampai ke Kedai tersebut kelihatan beberapa buah kenderaaan lain juga berpatah balik. Mungkin mereka juga seperti saya. Apa boleh dikatakan, hari pekerja, jadi kedai kena tutup beri penghormatan kepada pekerja bercuti.
Hari pekerja mula diiktiraf oleh kerajaan pada tahun 1973 apabila kerajaan mengistiharkan 1 Mei setiap tahun sebagai cuti umum. Mulai tahun 1991, perhimpunan hari pekerja di adakan secara tetap bagi menghargai sumbangan pekerja kepada pembangunan Negara. Namun ada diantara para pekerja mempunyai perancangan masing-masing untuk bersama-sama keluarga sama ada untuk ber”Shopping” atau untuk beriadah. Kebetulan pada tahun ini jatuh pada hari Ahad, maka hari Isnin dikira cuti. Agak panjang sedikitlah cuti dan masa lebih panjang untuk bersama keluarga.
Saya difahamkan, perhimpunan yang bertemakan “Pekerja Merealisaikan Transformasi Negara” akan diadakan pada 7 Mei di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Dalam majlis ini nanti Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju untuk menyampaikan amanat khas sebagai penghormatan kepada para pekerja. Saya berharap ada sesuatu yang menarik disampaikan oleh Datuk Seri kepada golongan pentadbir sekolah selain dari Tawaran Baru atau “New Deal”. Sudah lama Persatuan Pengetua Sekolah Sarawak memperjuangkan elaun tanggungjawab RM150.00 dinaikkan. Semoga mendapat perhatian daripada Perdana Menteri kita. Wang bukan segalanya untuk cemerlang, tetapi berilah sedikit penghormatan kepada golongan ini kerana tugas mereka yang semakin hari semakin bertambah dengan pelbagai program sama ada secara langsung dan tidak langsung yang memerlukan pengorbanan dari mereka.... Begitu juga dengan para pekerja lain, sebagai penghormatan dan motivasi..
Terima kasih Cikgu..
Selamat Hari Pekerja, Selamat bercuti dan beristirahat...
6 comments:
semoga golongan pekerja di negara kita akan sentiasa terbela dan berkhidmat dengan produktiviti yang tinggi..
Moga isteri cikgu kembali pulih, dan sentiasa terkawal kesihatannya...
Hisyam..
Begitulah hendaknya..
Sentiasa maju kedepan, bukannya semakin merosot..
ckLah,
InsyaAllah bertambah baik..
ada org x brkemampuan tapi nak gi hospital swasta juga..bila kena charge tinggi mulalah gelabar cari duit..trpaksa guna CC dan pinjam sana sini..padahal hospital kerajaan mmberi khidmat yg bagus dan trmurah.
semoga isteri cikgu brtambah sihat hendaknya.
walaupun 1 mei hari pekerja tapi ibu2 dirumah tetap kerja x ada cuti2..huhuhu.
Zue..
Walaupun pergi ke hospital swasta, jika sakitnya berlarutan.. akhirnya ke hospital kerajaan juga dirujuk..
Terima kasih zue.. beliau semakin sihat..
Post a Comment