PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Thursday, December 16, 2010

143.Bagaimana membantu pemimpin

Perutusan Tahniah dari PPD Daro
Kita biasa dengar pepatah “Lepas Tangan” atau dalam bahasa inggerisnya “Pass the buck” dan perkara ini biasa terjadi di mana-mana organisasi. Semua ini adalah kerana sikap kita yang acuh tidak acuh kepada sesuatu tugas di berikan. Malah ada dikalangan kita yang terang-terang tidak mahu melakukan sesuatu tugas apabila diberi arahan dengan alasan sebelum ini saya sudah melakukannya tetapi sekarang saya tidak mahu melakukannya lagi. Serahkan sahaja kepada orang lain sedangkan beliau mempunyai kekuatan dan telah menunjukkan kecemerlangan dalam tugas tersebut sebelum ini.

Semasa Harry Truman menjadi Presiden Amerika Syarikat. Beliau meletakkan papan tanda berbunyi “The Buck Stop Here” dengan menjanjikan semua perkara yang dihadapi tidak kira siapapun akan diselesaikan oleh beliau. Satu keputusan perlu dibuat kerana yang akan menanggung kesalahan dan kesilapan adalah pemimpin. Orang begitu senang menyalahkan pemimpin jika tewas tetapi pemain sebenarnya ialah orang yang dipertanggungjawab di atas padang.

Saya sangat teruja dengan surat dari PPD Daro yang di tandatangani oleh Cg Awet Bin Gapor yang mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru khasnya guru sekolah rendah di daerah ini kerana telah sama-sama membantu kepada peningkatan sama ada quality dan quantity dalam peperiksaan UPSR 2010. Tanggungjawabnya sebagai ketua bagi daerah ini memang berat dan kita sebagai guru kini telah menunjukkan komitmen yang sangat baik, kerana telah sama-sama membantu pemimpin kita meringankan tugasnya. Kejayaan kita meningkatkan prestasi sekolah bermakna kejayaan beliau memimpin dan kejayaan kita bersama. Jika tiada kejayaan di peringkat bawah, bermakna kita sudah sama-sama gagal termasuk pemimpin kita. Ini memperlihatkan kita tidak berdaya meringankan tugas pemimpin.

Berbagai cara boleh kita lakukan untuk mengampu membantu pemimpin. Kita boleh membantu pemimpin dengan melaksanakan semua tugas yang diberikan dengan baik. Semua arahan yang diberikan siap pada masa yang ditetapkan. Laporan yang diminta dapat diserahkan tanpa ada penangguhan kerja. Semua kerja dibuat dengan teliti dan tiada kesilapan dan perlu dibuat semula. Jika pemimpin sudah menurunkan tandatangan dan cop, semua dokumen rasmi akan dipertanggungjawabkan ke atasnya. Amat malang jika ada kesilapan dan kesalahan berlaku dan amat menggembirakan jika semua dokumen penting  mendapat pengiktirafan, kerana kejayaan itu adalah kejayaan semua warga organisasi.

Kita boleh membantu pemimpin dengan menyelesaikan sesuatu masalah bukan menambahkan masalah yang ada. Jangan menyusahkan pemimpin dengan pelbagai perkara yang remeh temeh yang boleh kita selesai sendiri. Beritahulah pemimpin perkara-perkara yang perlu mereka dengar bukan perkara-perkara yang mereka mahu dengar. Mudahkan urusan pemimpin.

Kadangkala seseorang pemimpin memerlukan pertolongan pendapat dan pandangan yang bernas untuk membuat sesuatu keputusan. Oleh itu pendapat dan pandangan tersebut bukan yang biasa-biasa. Orang yang rapat dengan dengan ketua di sesebuah organisasi tentulah orang kanannya. Sekiranya mereka tidak dapat memberi pendapat yang bernas sudah tentu tidak akan membantu seseorang ketua. Lebih-lebih lagi bila di minta pendapat dan pandangan, semuanya adalah “copy and paste” dari pendapat-pendapat  orang bawahan yang menampakkan ketidakmatangannya.

Kita juga boleh membantu pemimpin dengan menyokong dan mempertahankan idea dan kepimpinannya selagi tidak bercanggah dengan ajaran agama. Bukannya dengan sama-sama tergolong dengan orang-orang  yang cuba menghancurkan kepimpinan yang sedia ada. Amat rugi bagi sesebuah organisasi jika ada orang yang bersikap gunting dalam lipatan atau musuh dalam selimut. Memuji di depan pemimpin tetapi mengejinya di belakang. Bagi pengikut atau orang kanan yang baik dan berwibawa, mereka boleh menggantikan tempat pemimpin jika seseorang pemimpin itu mempunyai urusan luar yang berkaitan dengan organisasi atau pemimpin bercuti. Berbincang dengan baik supaya semua urusan dapat dijalankan sepertimana pemimpin yang sedia ada. Jangan terlalu mengamalkan sikap “meramal” kehendak ketua. Sebaik-baiknya jika kita tidak pasti kita perlu bertanya.

Jangan mengambil cuti ketika urusan di pejabat sibuk, semasa lawatan pihak atasan atau lawatan dari mana-mana pihak yang berkepentingan yang dilihat seolah-oleh “lepas tangan” dan semua masalah yang timbul adalah urusan pemimpin. Banyak lagi perkara-perkara  yang boleh kita lakukan supaya kepimpinan seseorang ketua menjadi bertambah baik. Jangan kedekut memberi idea dan pendapat, kerana takut idea dan pendapat  tersebut akan digunakan oleh pemimpin dan kita tidak dapat apa-apa darinya. Orang yang akan mendapat nama dan disebut ialah pemimpin.

Dalam pada itu, pemimpin juga perlu ingat bahawa orang kanan atau kiri yang menyumbang idea dan pendapat itu,  sudah pasti mereka juga mengharapkan sesuatu. Walaupun tidak dapat memberi hadiah dan sebagainya dalam bentuk kewangan, memadailah  dengan ucapan terima kasih yang dilakukan oleh PPD daro. Pemimpin yang hebat bukannya yang pandai berdrama tetapi  berwibawa.

TERIMA KASIH CIKGU

12 comments:

Mohamad said...

Salam Abhamz,
Terima kasih atas info tersebut.. akan saya usahakan..

ibuintan said...

as salam cikgu,

beruntung orang bawahan yang berada dibawah pimpinan ketua yang berwibawa dan menerima pendapat serta cadangan dengan hati terbuka

tidak semua pemimpin juga tahu berterima kasih kepada orang bawahannya, hanya tahu menganggap dia saja yang betul

Mohamad said...

Salam ibuintan,
Menjadi pemimpin nie pun susah juga.. bila kita baik mereka dah minta macam-macam dan mula liat nak kerja. Jika kita buat-buat sombong mereka kata kita macam-macam juga dibelakang. Kadangkala susah juga..

Yang pasti seseorang pemimpin itu mesti ada agendanya tersendiri untuk dicapai... Bagaimana caranya terpulang kepada kebijaksanaannya.

terokai seni said...

sifat manusia tu lemah dan saling memerlukan orang lain. tapi kalu dah ditolong tu elok le berikan penghargaaan dan jangan la pulak dabik dada dia yang buat sorang...

Admin P@P said...

Assalamualaikum.

Semoga kita terus sama-sama membantu barisan kepemimpinan, yang mana hasilnya akan kembali kepada kita jua.

Seseuatu yang kita sering lupa, ada masantya nanti kita akan memerlukan bantuan pemimpin kita, amat-amat memerlukan. Jadi bantulah mereka hari ini, untuk jalinan ukhuwah yang berpanjangan.

TQ

Mohamad said...

Salam cemomoi,
Saya sangat setuju.. ramai pemimpin yang angkuh mengatakan sesuatu program itu dia yang buat itu dan ini sehingga berjaya. Tetapi yang makan hati ialah orang yang benar2 melakukannya atau yang mengeluarkan idea...

Mohamad said...

Salam admin p@P,
.. suatu hari kita akan berada dibarisan hadapan juga.. dalam masa tersebutlah kita akan merasa pahit maungnya jika semua orang bawah tidak dapat membantu kita...

Anonymous said...

besh2!

ACME SINAR ENTERPRISE said...

salam..drop here bc entry...byk info da dapt...jom ke halaman saya yer.

ozzy said...

salam cikgu..

Dari pengalaman saya sendiri yg bertatih dr bawah..Apabila kita berada di atas kita tidak dpt mengelak dr dijolok oleh org di bawah.

p/s - jadilah pemimpin yg disegani bukan ditakuti

Mohamad said...

Salam lelaki ini & acme,
Nanti saya melawat blog anda..

Mohamad said...

Salam ozzy,
Biasalah kan dah adat.. semoga kita menjadi pemimpin yang disegani..

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

PERJALANAN INI:


23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah


1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu


16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah


13 Februari 2012 - 20 Januari 2017 - SMK Baru, Miri


22 Januari 2017 Hingga Sekarang - SM Teknik, Sejingkat, Kuching


PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.