PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Tuesday, December 14, 2010

141.Batang Ai, Lubuk Antu. Sri Aman.

Perjalanan balik dari Mukah
6.30 pagi

Seperti yang dirancang bersama keluarga untuk ke Batang Ai akhirnya termakmul. Saya bertolak balik dari Mukah dengan Bas Lanang jam 6.30 pagi. Seperti pengalaman semasa pergi, selama 1 jam 30 minit berhempas pulas dengan keadaan jalan yang tidak memuaskan dan beberapa kali kecut perut, bas yang saya naiki selamat sampai di kawasan rehat di Pekan Selangau jam 8.15 pagi. Seterusnya meneruskan perjalanan dan sampai ke Sibu jam 10.00 pagi.

Perkelahan ke Batang Ai sebenarnya adalah diatur oleh WI Cawangan Bunga Raya, Sibu dan Ahli-ahli Seberkas Kampung Hilir dengan menggunakan Bas Baram. Oleh kerana ramai yang ingin menyertai dan masing-masing ada urusan maka saya dan beberapa keluarga lain mengambil keputusan untuk menggunakan kereta sendiri. Bas bertolak lebih awal sementara saya sekeluarga bertolak ke sana jam 11.30 pagi dan sampai di Batang Ai pada jam 3.30 petang.

Pemandangan di Batang U Ai
Perjalanan ke Batang Ai sangat jauh dan meletihkan. Dari sibu ke Sarikei kerang lebih 70Km. Sarikei ke Simpang masuk ke Batang Ai lebih 100Km dan dari Simpang masuk ke Batang Ai 40Km. Batang Ai Nasional Park ini terletak di Bahagian Sri Aman dan merupakan salah satu tempat pelancongan yang terkenal di Sarawak, cantik dan sangat bersih. Jauhnya dari Bandar Kuching ialah 250 Km. Bolehlah dikatakan ia terletak di tengah-tengah antara Sibu dan Kuching dan di Kawasan sempandan dengan Kalimantan Indonesia. Majoriti penduduk disini ialah Orang Iban dan Bandar terdekat ialah Lubuk Antu.

Ikan Talapia Merah bersama Nasi Ayam Penyek
Resipi Wan Abdillah, Kedai Pak Soh, Jalan Masjid.. Hehehe..
Permainan silap mata untuk kanak-kanak
Iskandar (Is) berkaraoke menghiburkan rakan..
Boleh tahan.. 
Berbagai barang di jual di Pekan Lubuk Antu.
Niat untuk berkelah dan makan-makan sambil menikmati pemandangan di Dam Batang Ai bertukar berkelah di dalam bilik di Sarawak Energy, Batang Ai Township. Masing-masing dah keletihan dan tidak kuasa lagi membawa makanan untuk menuruni bukit bukau ke gigi air. Kami hanya berjalan-jalan dan menikmati pemandangan. Sangat Indah, dan rasanya tidak cukup 1 malam di sini. Pada malamnya, sama-sama menyertai kumpulan WI dan ahli Seberkas yang lain “BBQ” . Berbagai aktiviti disusun oleh mereka untuk memeriahkan suasana dan amat menyeronokkan melupakan keletihan semasa perjalanan. Antara aktiviti  yang dijalankan ialah Bermukun, Berkaraoke, tarian poco-poco dan pertunjukan silap mata untuk hiburkan kanak-kanak yang turut serta. 

Perjalanan Pulang
Singgah makan di Saratok
Anak saya (Mohamad Muzzammil) teruja melihat ulat Mulung di depan mata.
Siap pegang2 lagi.  RM2.00 satu bekas.
Tak puas makan malam tadi.. Kepala Ikan Talapia Merah Goreng.. Nyaman
Berbagai barang dijual di pasar ini...
Walaupun hanya 1 malam bersama keluarga di Batang Ai ini. Rasanya sangat gembira, walaupun pada petang tersebut saya terpaksa kembali ke sekolah dan perjalanan diteruskan oleh isteri dari Sarikei ke Sibu. Urusan di sekolah pun berjalan lancar pada hari isnin. Syukur rombongan En Osman, dari JAN (Jabatan Akauntan Negara, Cawangan Sarikei) keatas urusan naziran kewangan sekolah sangat memuaskan. Tiada banyak teguran. Nampaknya peluang untuk SMKB cemerlang dalam bidang ini amat cerah. InsyaAllah.

10 comments:

Pn Kartini said...

Salam :)
Teringat dulu2 naik bas dari Kuching-Sarikei..kdg2 bas ditahan polis..turunkan pekerja asing..dan ada je 'urus niaga' di tepi/belakang bas!Maybe sekarang dah tak dek kut fenomena camni lagi..:)

sekadar satu coretan said...

pernah sampai kat kuching jer...
rasenye mcm nk gi lagi kesane...

Mohamad said...

Salam Pn Kartini,
Sepanjang sy di Sarawak baru sekali saya pakei bas dari SBW ke KCH.. lain2 pakei belon atau kereta sendiri... Harap2 fenomena ini tak de lagi le. Kalau ada pun barangkali diluar kawalan..

Mohamad said...

Salam ainnoraini,
Kalau sampai ke Sarawak jangan lupa pergi ke Mulu... paling indah dan kawasan tersebut sangat terjaga dr sebarang ancaman. Saya pernah pergi sekali... nak relex kat Panggung Kelawar...

Di KCH juga banyak tempat boleh pergi.. rakan-rakan saya kalau ke KCH tempat yang mesti pergi ialah Sarikin..

zulkbo said...

salam..
ermmm..memang menarik
kelihatannya tempat tu..
ikan bakar??wahhh..yummie..

ibuintan said...

macam mencabar saja perjalanan cikgu, teringin sangat hendak ke Sarawak tapi belum kesampaian..

ckLah @xiiinam said...

Seronoknya rehlah....

Entah sampai entah tidak ckLah ke situ. Sarawak satu2nya negeri di Malaysia yang belum cklah sampai. Sabah sudah sebab adik menetap di sana...

Mohamad said...

Salam zul,
Ikan bakar 40 ekor untuk dimakan 1 bas dan 4 buah kereta berkeluarga... tak terabis...

Memang menarik zul, saya pun kali pertama pergi ke sana. Di pulau buatan iaitu di Batang Ai Longhouse Resort yang diurus oleh Hotel Hilton lagi menarik. Tapi belanjanya pun menarik jugalah....

Mohamad said...

Salam ibu intan,
Sesekali datang lah melancong ke sini. Kalau di Kuching musim cuti begini memang ramai orang semenanjung melancong.. hotel biasanya penuh.Kena booking lebih awal.

Mohamad said...

Salam ckLah,
Dulu saya sendiri tak terfikir nak datang ke Sarawak. Nasib baik posting di sini, kalau tidak, rasanya susah juga nak datang...

Sekarang, Jika pindah ke semenanjung pun, mesti datang juga ke Sarawak. Emak anak2 orang sini..

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

PERJALANAN INI:


23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah


1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu


16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah


13 Februari 2012 - 20 Januari 2017 - SMK Baru, Miri


22 Januari 2017 Hingga Sekarang - SM Teknik, Sejingkat, Kuching


PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.