Baru saja nak memuji tentang penambahbaikan yang telah dilakukan oleh Air Asia, tiba-tiba saya terbaca Air Asia telah di saman di Australia. Dalam dakwaannya syarikat penerbangan tersebut telah gagal mendedahkan harga penuh tambang penerbangannya di laman web. Suruhanjaya Pengguna dan Persaingan Australlia (ACCC) yang merupakan badan pemantau pengguna di sana mendakwa beberapa laluan tidak memaparkan harga selepas cukai, duti, yuran dan lain-lain caj lain.
Penumpang menunggu penerbangan masing-masing dengan penuh sabar |
Air Asia bukan pilihan saya, barangkali kerana telah biasa dengan perkhidmatan yang disediakan oleh MAS. Pertama kali menggunakan perkhidmatan Air Asia sedikit masa lalu, membuatkan saya bertambah benci untuk memilih pernerbangan ini. Bermula dengan sukarnya membuat tempahan, berbaris untuk “Check In” dan berebut ketika menaiki pesawat untuk memilih tempat duduk. Namun pilihan saya kali ini pada minggu lalu sabtu 19 Januari 2012, Sibu Ke Kuala Lumpur, Kuala Lumpur ke Alor Setar dan pulang pada Sabu 28 Januari 2012 di laluan yang sama, secara langsung telah mengubah persepsi saya kterhadap Air Asia.
Seperti yang di war-warkan oleh krew Air Asia di dalam pesawat, “Anda kini berada di dalam pesawat tambang murah terbaik di dunia…”, Air Asia yang terkenal dengan tambang murahnya, kini telah banyak membuat perubahan. Tempahan tiket lebih mudah dan yang paling menarik ialah “boarding pass” nya yang dapat di cetak di rumah, penumpang yang tiada bagasi boleh terus masuk kecuali yang ada bagasi perlu menghantar ke Kaunter “Cheek In”. Jangka masa yang diberikan dalam masa 3 jam sebelum penerbangan itu cukup selesa dan penumpang tidak perlu berebut- rebut. Masa menunggu bagasi tiba ke terminal juga agak cepat dan tidak menganggu perjalanan seterusnya.
Kedai ini menjadi pilihan penumpang sebelum penerbangan.. |
Pendek kata perjalanan kali ini dengan Air Asia sangat selesa dan pilihan untuk menggunakan perkhidmatan Air Asia kali ini sangat tepat. Oleh kerana tempahan yang dibuat agak lewat dan hampir dengan masa bertolak maka harganya agak mahal, berbanding dengan tambang semasa pulang. Namun jika dibandingkan dengan harga MAS, harga tambang Air Asia agak murah. Seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh Tony Fernandes, Ketua Eksekutif dan pemegang saham terbesar Air Asia, Air Asia hanya mengenakan caj kepada apa yang mahu penumpang guna. Oleh itu terpulanglah kepada pengguna memilih dan fikir apa yang mereka perlukan. Ia termasuklah pilihan timbangan bagasi, makanan, insurans, pilihan tempat duduk dan sebagainya.
Ada kedai yang beroperasi 24 jam untuk kemudahan penumpang di KLCC |
Walaupun demikian, pihak pengurusan Air Asia dan Pengerusi Air Asia X, Tan Sri Rafidah Aziz perlu memikirkan tentang rungutan orang ramai dari masa ke semasa supaya ia lebih mantap dan menjadi lebih baik dari apa yang ada sekarang. Jangan melihat saman di Australia itu adalah “enteng” tetapi sebenarnya ia telah mencemarkan sedikit nama baik Air Asia. Kaji balik segala kelemahan sama ada penerbangan Domestik atau antarabangsa. Lihatlah isu ini secara positif. Harga mungkin sebahagian dari isunya tetapi mungkin Air Asia perlu melihat tentang hal lain juga yang boleh menimbulkan ketidakpuasan hati pengguna. Air Asia dan Pengguna adalah saling memerlu antara satu sama lain, tidak salah jika kebajikan pengguna di jaga dengan baik, sebaliknya merekalah yang akan menjadi duta kecil bagi Air Asia dalam mempromosikan produk sedia ada.
Dari pengalaman saya baru-baru ini, perkhdimatan Air Asia sama seperti perkhdimatan MAS semasa beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang sedikit masa lalu sebelum adanya KLIA. Cuma tiada bas yang menghantar dan menunggu penumpang ke terminal. Penumpang perlu berjalan kaki yang kadangkalanya agak jauh. Barangkali perlu sedikit perhatian yang serius…
Catatan ini bukan Iklan Untuk AirAsia dan tidak dibayar..
2 comments:
No 212 tu cikgu...
Kalau tak kerana Airasia yg selalu bagi tambang murah, tak dapatlah saya selalu jalan-jalan...
Pertengahan Februari ni saya sekeluarga akan bercuti di Miri...
Betul tu Mie, saya dah tukar ke 212. Tersilap..
Kalau betul dengan perancangan, memang betul-betul murah kan..
Tapi, bila dah dekat dengan masa penerbangan memang mahal. Dalam masa terdesak / kecemasan terpaksa lah beli jugak..
Post a Comment