Sudah masuk tahun ke 6 saya di SMK Belawai, baru dapat merealisasikan niat untuk menjelajah ke semua 8 buah sekolah-sekolah rendah yang menjadi sekolah “fider” bagi satu-satunya sekolah menengah di Daerah ini. 4 buah sekolah memang terletak setanah dengan SMK Belawai, iaitu SK Tanjung Manis, SK Abang Buyuk, Sk Abang Galau dan SK Abang Gesa. Sekolah-sekolah rendah yang lain yang terpaksa dihubungi dengan jalan air atau dengan menggunakan “speed boat” ialah SK Orang Kaya Pakeri Paloh, SK Sebayang, SK Stalon dan SK Sebako yang kini sudah boleh dihubungi dengan jalan darat.
|
Mula sahaja masuk ke Muara Sungai Selumit dengan "speed boat" pada 10.11.2011 jam 9.00 pagi. Kami disambut oleh Sang Buaya. Sebelum ini pernah penduduk tempatan menceritakan tentang buaya ini tetapi tiada bukti kukuh kerana saya difahamkan jarang buaya ada diair masin. Walau apa pun sepanjang perkhidmatan saya di Sarawak selama hampir 20 tahun, ini adalah kali pertama saya melihat buaya secara Langsung. |
Dalam perancangan awal, tujuan asal kunjungan ke sekolah adalah untuk merapatkan hubungan silatulrahim dengan ibubapa dan guru-guru. Selain dari itu pihak sekolah juga percaya hubungan baik antara pentadbiran sekolah yang memberi dan sekolah yang menerima murid amat penting supaya tidak ada kekeliruan dalam kesinambungan perkembangan sahsiah dan kecemerlangan murid. Kunjungan 4 buah sekolah pada peringkat awal oleh semua penolong kanan SMK Belawai memberikan “feed back” yang sangat baik. Seterusnya pada 10.11.2011 dan 11.11.2011 apabila saya menyertai mereka dalam misi kunjungan dan penjelajahan ini, saya Nampak satu kesan yang sangat positif.
|
Bergambar di pintu masuk SK Orang Kaya Pakeri, Paloh selepas disambut dengan konvoi bermotosikal dari jeti. |
|
Bermotosikal ke sekolah dari jeti |
|
Suasana kampung Paloh yang tenang dan damai |
|
Ibu bapa yang sedia menanti kedatangan rombongan dari SMK Belawai ke SK Orang Kaya Pakeri |
|
Kedatangan kami ke SK Orang Kaya Pakeri di Sambut Oleh Guru Besar Cg Aisyah, Penonolong kanan dan guru-guru |
Dalam kunjungan saya di SK Orang kaya dan SK Sebayang, jelas kelihatan ibu bapa sangat mengharapkan sumber maklumat yang tepat dari pihak sekolah. Perhubungan yang jauh mungkin menyebabkan maklumat tidak sampai dengan jelas. Maklumat yang ibu bapa dapat mungkin boleh dimanipulasikan dan akan menimbulkan sedikit prasangka yang tidak baik bagi SMK Belawai. Berbagai perkara diterangkan dengan jelas oleh PK Hem, PK KK, Guru Cemerlang dan Guru Kanan Vok dan Teknik (Wakil Koperasi sekolah). Ibu bapa juga diberikan kesempatan untuk bertanya, berbincang dan mereka boleh mendapat sebanyak mungkin maklumat yang sebelum ini mereka tidak berkesempatan bertemu dan berbincang.
|
Rombongan kami sampai ke SK Bayang Jam 1 tengahari. |
Tidak kurang juga ramai ibu bapa yang berjumpa saya berbincang mengenai masalah disiplin anak-anak mereka di asrama. Saya yakin Ibu bapa akan faham kenapa pihak sekolah perlu bertindak tegas dan ada ketikanya ada perkara yang kita boleh runding di peringkat sekolah dan ada sebahagian lain mereka perlu tanggung masalah anak-anak sehingga perlu ke peringkat PPD atau ke Peringkat Jabatan Pelajaran Negeri.
|
Ibu bapa dan pelajar SK Bayang dan SK Stalon sudah lama menunggu. Mereka datang sejak jam 8 pagi. Terima kasih kerana sabar menunggu. Kami difahamkan mereka datang awal kerana terpaksa mengikut pasang surut air. Tahun hadapan SMK Belawai akan ke SK Stalon, Pihak PIBG SK Stalon bermurah hati akan menjemput rombongan dari sekolah jika ada aktiviti seperti ini pada masa hadapan. T. kasih kepada Guru Besarnya. |
|
Kami di hidangkan makan oleh GB SK Bayang, Udang Galah Masak Cili, Ikan Merah Masak Rempah, Sayur Campur, Ulam dan Sambal. Cukup sedap dan menyelerakan. Pengalaman indah buat Cikgu Norlela yang akan berpindah ke Negeri Sembilan. |
|
Ustazah Maznah (PK Hem) dengan penuh semangat menyampaikan taklimat kepada ibu bapa di SK Bayang |
|
Guru Cemerlang Cg Hasbi, turut serta memberi penerangan di SK Bayang |
|
PK KK Cg Abd Gani sempat membeli buah rambutan. Sangat murah seikat Rm1/= sahaja. Di Sibu 1 Kg RM8/= Apuhhhh.... |
|
Selamat Tinggal SK Bayang... Ustazah Maznah dan Cg Norlela sedang menuruni jeti ke "Speed Boat" |
|
Dalam "speed boat".. Tidak kira di mana, kami sentiasa berbincang. Semuanya untuk SMK Belawai |
Walau bagaimanapun saya percaya kunjungan ini sangat berjaya dan insyaAllah jika diberi kesempatan pada tahun hadapan pihak SMK Blawai akan membuat perancangan yang lebih rapid an teratur untuk tujuan murni ini. Selamat Datang Ke SMK Belawai pelajar-pelajar tingkatan 1 tahun 2012. Sama-sama kita cemerlangkan sekolah kebanggan kita ini. SMK Belawai Sentiasa Cemerlang…
8 comments:
Tersenyum baca pengalaman cikgu. Begitulah keadaan saya bersekolah rendah tahun 1974+ dulu. Menyeberang Sungai Bernam kerana di kampung kami tiada sekolah. Buaya? Memang sering juga main mata dalam ketar. (Belum masuk tenuk/cipan dan ba alif ba ya di daratan). Sampai sekolah tak pernah sebelum loceng berbunyi. Tapi, tak pernah dimarahi cikgu, kerana setiap kali Hari Anugerah, kami 10 beradik menguasai pentas bergilir-gilir. Hehehe. Sebab itu, kami berusaha dapatkan SBP atau MRSM selepas darjah 6. Alhamdulillah....pengalaman manis yang tak semua orang rasa.
cKLah..
Saya tidak ada pengalaman seperti yang cg alami. Walaupun saya tinggal di kampung semasa di bangku sekolah, tetapi masih berdekatan dengan bandar Alor Setar. Untuk ke sekolah tidaklah begitu sukar, tidak seperti yang digambarkan dengan pengalaman cg.
Besyukurlah cg telah berjaya, saya sangat2 berharap supaya anak2 murid saya ini akan berusaha bersungguh2 mengubah nasib mereka dan jangan anggap mereka sudah begitu selesa dan mengabaikan pelajaran dengan pelbagai bantuan yang diberikan...
seronok baca pengalaman cikgu.. salam kenal
Seronoknya baca pengalaman cikgu mohamad.Orang kampung macam saya memang suka suasana seperti itu.Kenangan pahit manis itu tidak akan dilupakan dan seronok diceritakan kepada anak-cucu...
Salam, memang mencabar jika bertugas di Sabah / Sarawak...setakat pengalaman saya di Sabah(tapi di KK saja) tak sehebat cerita dalam entri cikgu ni...
Walau di mana, apa sekalipun cabarannya...semoga kita semua tabah menghadapi tanggungjawab murni ini...insya Allah...
Terima kasih Mohd Razik..
cikgupj..
Betul cg, kali pertama jumpa buaya depan mata. Kecuali lah di zoo..
Teacher Has..
Kadangkala ia menyeronokkan, tetapi ada ketikanya... lebih2 lagi sudah terlalu lama..
Post a Comment