PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Thursday, June 9, 2011

188.Bantuan

Gambar Hiasan, Adik Norhayati mendapat tempat ke 3 semasa Pertandingan Pidato Bahasa Inggeris  Peringkat Bahagian Mukah, di  SMK Batang Igan awal tahun ini.

Seminggu sebelum cuti sekolah, seorang bapa kepada bekas pelajar SMKB datang berjumpa saya membincangkan tentang perasaan anaknya yang kini rasa sangat tertekan kerana tidak dapat tawaran untuk ke mana-mana institusi pengajian tinggi. Tidak tahu di mana silapnya, temuduga untuk ke IPG juga gagal. Nama anaknya juga tidak disenaraikan untuk ke Tingkatan Enam, tetapi rayuan telah dibuat. Saya teliti keputusan anaknya, boleh dikatakan memuaskan. Sedih bapanya dinyatakan terus terang kepada saya, namun apa kuasa saya untuk mempengaruhi mana-mana pihak untuk menerima anaknya kerana saya percaya orang yang melakukan kerja-kerja tersebut lebih tahu apa yang mereka lakukan. Hanya yang dapat saya bantu ialah “surat sokongan” untuk rayuan. Akhirnya pada awal cuti ketika saya masih bertugas, beliau bertemu saya sekali lagi dengan nada yang lebih ceria, anaknya kini telah di terima ke salah sebuah institusi pengajian tinggi di Terengganu.

Dulu ibubapa saya pun begitu juga. Walaupun kita “relex” dalam debaran.. tapi gusarnya mereka bila apa2 tawaran pun tidak menjelma. Tidak seperti rakan-rakan yang lain, walaupun keputusan yang mereka dapat tidaklah sebaik keputusan kita, tetapi sudah mendapat tawaran ke Institusi yang mereka mohon. Lebih-lebih lagi lah, mak bapak mereka main tanya-tanya, bila agaknya kita akan mendapat tawaran. Bahkan ada yang berkenduri kesyukuran. Akhirnya penantian yang menyiksakan itu berakhir apabila saya menerima satu telegram. Pada mulanya tertanya-tanya juga, siapa pulak yang mati, rupa-rupanya tawaran untuk ke UUM.

Gambar dari web UUM.
Dewan Muadzam Shah. Konvokasyen saya di sini. Lama tak ke UUM. Nampaknya makin menarik dan isu pun dah reda..
Dekat nyeee.. dulu semasa isi borang UPU, cikgu dah suruh beli beg besar. Pasti UKM atau UM. Tup..Tup dapat UUM je.. Ok lah jugak dari langsung tidak ke mana-mana. Hari temuduga, bapa hantar dengan motosikal Honda C70, KE5158, siap pakai tali leher dari rumah. Apa yang menariknya ialah tawaran masuk ke UUM di sertakan dengan tawaran Biasiswa JPA, bukan pinjaman. Ini bermakna selepas tamat pengajian tidak perlulah bayar balik. Syukur, satu beban telah berakhir. Hanya perlu belajar dengan rajin kemudian berkhidmat dengan kerajaan untuk membalas budi. Jangan pulak bagaikan “melepaskan anjing tersepit”. Kasihannya JPA, Dalam tempoh 10 tahun lalu, JPA mengesan seramai 500 pelajar tajaannya yang tidak pulang ke negara ini untuk berkhidmat selepas berjaya menamatkan pengajian.

Direkodkan antara tahun 2000 hingga 31 Mei tahun ini, seramai 145 penerima biasiswa tersebut gagal kembali berkhidmat di tanah air manakala 195 kes telah diambil tindakan. Sementara itu, 160 kes pula telah selesai iaitu penerima kembali berkhidmat di negara ini selepas notis dikeluarkan ataupun sudah mulai membuat bayaran ansuran atau selesai membayar biasiswa tersebut. (Utusan Malaysia online 7.6.2011) Kecualilah jika biasiswa dari FAMA (father and mother) sendiri, bagi yang mampu.

Duit.. inilah delema yang paling mencabar ketika masuk ke Universiti atau ke mana-mana institusi pengajian tinggi.  Biasanya yang menjadi mangsa awal ialah di leher dan di lengan emak. Itupun jika ada. Pastinya jika ada persediaan awal, masalah seperti ini tidak akan berlaku. Bagi yang ada kesedaran tentunya telah berjimat cermat, menyimpan di dalam tabung PTPTN dan sebagainya. Namun pada masa sekarang pelbagai kemudahan serta bantuan telah disediakan dan ada juga tabung khas daripada ADUN kawasan masing-masing yang membantu pada permulaan kemasukan ke mana-mana Institusi Pengajian Tinggi.

PK Hem SMKB sedang memberi taklimat tentang bantuan-
bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan
kepada pelajar dengan syarat2 tertentu
semasa pendaftaran pelajar baru awal tahun ini
di Dewan Barong..
Saya tidak pasti bagaimana susahnya untuk mendapat pinjaman dan sebagainya semasa di Universitu dulu kerana semua urusan di permudahkan olehNya. Sebaliknya apa yang saya nampak kini, pelbagai kemudahan bantuan diberikan sama ada untuk bumiputra atau non-bumiputra,  terpulanglah kepada para pelajar untuk membawa diri masing-masing. Bukan sahaja biasiswa untuk ke Institusi Pengajaian Tinggi tetapi banyak biasiswa di berikan kepada pelajar sekolah, membantu mereka seperti BKP (Biasiswa Kecil Persekutan), Biasiswa Sukan, Shell, Petronas, RMT, Bantuan Tuisyen, KWAMP, e-kasih dan lain-lain bantuan.

Baru-baru ini, 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) telah menawarkan sebanyak 500 pembiayaan biasiswa kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh 8A+ dan ke atas untuk melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan. Dari jumlah tersebut 300 diperuntukan kepada golongan bumiputra dan selebihnya untuk bukan bumiputra. Selain dari akademik syarat lain yang diambilkira ialah pendapatan ibu bapa dibawah RM5000 dan tidak ditawarkan biasiswa lain. Jika semua pelajar yang mendapat 8A+ sudah menerima biasiswa,barulah  tumpuan akan diberikan kepada pelajar yang mendapat 7A+.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata,  bumiputera Sabah dan Sarawak juga tidak akan dipinggirkan dalam pemberian biasiswa tersebut dan tiada sesi temuduga dilakukan bagi memperoleh biasiswa itu. "Kami memberi kelonggaran kepada pelajar di Sabah dan Sarawak di mana mereka yang mendapat 6A+ dan 5A+ layak menerima biasiswa setelah mengambil kira kekurangan kemudahan pendidikan di negeri tersebut," jelasnya. Biasiswa yang ditawarkan juga berbeza mengikut IPTA dan IPTS yang dipohon. (Utusan Malaysia Online 7.6.2011)

Semua ini adalah peluang yang sangat baik kepada semua pelajar. Keputusan peperiksaan jangan hanya sekadar lulus, bukan keputusan “alang-alang”. Bantuan hanya diberikan kepada yang betul-betul mahu belajar. Jangan hanya seronok menerima bantuan itu dan ini tetapi pelajaran diabaikan. Dari keputusan terbaik, merosot dan terus merosot. Disiplin pula tidak memuaskan sehingga bantuan ditarik balik. Bagi para pelajar di Sarawak gunakan kelebihan yang diberikan dengan sebaik mungkin. Alasan, tiada kemudahan  yang lengkap itu bukan kekal untuk selamanya. Dunia makin maju dan terus maju. Tempat-tempat yang dulunya susah untuk dihubungi, kini perhubungan semakin baik. Dulunya tiada kemudahan kini semuanya dinaik taraf walaupun kadang2 terjerit2 kita dibuatnya kerana terputus air dan api. Namun jangan kita menjadi terlalu miskin sehingga buku anak pun tidak terbeli kerana terlalu mengharap simpati..

Terima kasih cikgu..

3 comments:

ckLah @xiiinam said...

Semakin lama, persaingan untuk mendapat tempat di IPT juga semakin sengit.

Biasiswa pun semakin payah, pinjaman yang banyak (syukur saya dulu dapat Biasiswa KP-seingat saya cuma 14 orang saing saya di Fakulti itu yg dpt biasiswa semasa pihak KP mengumumkan keputusan temuduga di HEP-yg lain pinjaman, dan pegawai itu menyatakan kenapa yang 14 itu ditawar biasiswa(satu orang dari setiap negeri)). Itu keadaan 24 tahun yang lalu. Sekarang lagi susah. Betul, ibu bapa perlu besedia awal, contohnya mengambil insurans pendidikan anak-anak sejak meeka punya surat beranak. Apabila anak sendiri sudah mula masuk IPT, baru saya merasai semua yang cikgu sebutkan di atas. (Sebelum ni, melihat ibu bapa saya yang cuma bekerja kampung...berlelah 'menyampaikan' 10 anak mereka ke universiti)

***Untuk tempoh setahun ini, saya seing berulang ke Merbok, sebelum anak saya dipindahkan ke main campus di Shah Alam.

Mohamad said...

CkLah..
Saya bersetuju dgn cg, persaingan makin hebat walaupun sekarang banyak institusi pengajian tinngi sama ada swasta atau awam. Tidak tahu sama ada mereka itu betul2 layak atau hanya untuk memenuhi intitusi yang ada atau ada yang mengaut keuntungan keatasnya. Tidak dinafikan ramai yg layak. Ada pelajar yg keluar masih belum menjawat apa2 pekerjaan wp sudah konvokasyen sebaliknya sebelum itu mereka dijanjikan ada pekerjaan yg menunggu,

saya seperti cg juga dulu. Kami seramai 60 orang pelajar accounting ketika itu sangat bernasib baik tawaran biasiswa adalah yang terakhir. Selepas itu hanya pinjaman yg ditawarkan.

IMANSHAH said...

Salam

Saya di USM Pulau Pinang, memang tekad ke USM untuk ambil pendidikan di sana. Saya lari dari Matrikulasi UIAM semata2 nak jadi guru. Alhamduillah tercapai juga dan sangat sayang pada profesion ini

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

PERJALANAN INI:


23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah


1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu


16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah


13 Februari 2012 - 20 Januari 2017 - SMK Baru, Miri


22 Januari 2017 Hingga Sekarang - SM Teknik, Sejingkat, Kuching


PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.