PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Saturday, May 28, 2011

185.Selamat Bercuti dan Selamat Ari Gawai

Ceria untuk bercuti dan suasana sekolah yang hampir lengang..

Cuti sekolah datang lagi. Kali ini sekolah akan ditutup selama 2 minggu mulai hari ini. Kegembiraan kepada pelajar SMK Belawai jelas sekali semasa perhimpunan sebelum semua warga SMK Belawai bertolak balik. Lagu Negaraku, lagu sekolah dan lagu Ibu Pertiwiku dinyanyikan oleh pelajar dengan penuh semangat dan dengan suara yang kuat. Murid yang membisu dan sukar untuk membuka mulut untuk sama-sama menyanyikan 3 buah lagu ini, semuanya senyum lebar dan nyanyikan lagu ini dengan suara yang lantang dan nampak keseragamannya, sangat berbeza dengan hari-hari sebelum ini.

Dalam pada itu, kegembiraan menyambut kedatangan cuti ini juga jelas kelihatan kepada guru-guru yang jauh sama ada guru-guru di Sarawak yang tinggal jauh dari sekolah sama ada di selatan atau utara, begitu juga guru-guru dari Sabah dan Semenanjung. Kerinduan terhadap keluarga meluap-luap, ada yang tidak sempat lagi untuk bersama-sama berkumpul di dewan dengan pelajar. Terima kasih kepada guru-guru yang masih mengekalkan sifat2 profesional dalam kerjaya walaupun ada yang ingin meneruskan perjalanan jauh dan ada yang tidak sabar lagi untuk  menyediakan persiapan perkahwinan dan sebagainya.

Namun pada masa cuti ini ada juga guru-guru yang terpaksa bertugas, terutama bagi Guru Penolong Kanan, Ketua bidang dan guru-guru yang sudah memegang DG44. Agihan tugas telah dibuat atas pihan hari masing-masing. Saya percaya tugasan ini tidak mengganggu cuti ini dan mereka boleh merancang dengan baik cuti masing-masing. Dalam pada itu, guru-guru lain juga boleh dipanggil balik  1/3 dari cuti penggal jika pihak sekolah memerlukan khidmat mereka. Walaupun begitu seboleh-bolehnya pihak sekolah tidak akan mengganggu cuti ini supaya guru-guru dapat bercuti dengan tenang dan ke sekolah dengan penuh kecerian dan kegembiraan untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar, kecuali bagi tugas-tugas yang sangat-sangat tidak dapat dielakkan dan ada hubungan dengan pihak Jabatan Pelajaran.

Sama cantik sama padan. Hanya gambar hiasan. Bukan gambar guru-guru SMK Belawai. Gambar seorang anak rakan yang melangsungkan perkahwinan baru-baru ini di Dewan MUC Sibu.. Selamat Pengantin Baru. Semoga Berbahagia Sehingga ke Akhir Hayat.
Tidak dinafikan cuti sangat penting kepada seseorang guru, walaupun ada yang mempertikai cuti guru banyak atau sikit disamping dengan pelbagai cuti yang ada seperti cuti tanpa rekod, cuti itu dan ini dan dengan keperihatinan Kementerian Pelajaran adanya kemudahan Cuti CRK (Cuti Rehat Khas). Kerjaya guru bukan seperti kerjaya lain yang cutinya telah ditetapkan dan boleh mengambil cuti jika ada keperluan dan diluluskan oleh Majikan. Guru tidak boleh bercuti sewenang-wenangnya. Jika ini berlaku, maka pelajaran murid akan terganggu bukan seorang tetapi beratus orang bergantung kelas yang diajar. Ia juga akan mengganggu guru-guru lain yang terpaksa masuk untuk mengantikannya ke kelas tersebut. Paling menyedihkan jika ketiadaan guru yang terlalu lama, terutama bagi kelas-kelas peperiksaan. Itu belum lagi ada guru-guru yang berundur, bercuti tanpa gaji, guru yang sakit begitu lama dan ada guru yang ada tetapi bagai tidak wujud. Pengantian guru-guru bukannya mudah..

Guru perlukan rehat yang cukup. Menghadapi pelajar yang pelbagai kerenah di dalam kelas dan berbagai tugas rasmi sampingan amat mencabar mental dan fizikal. Jumlah pelajar yang ramai dan ada ketikanya hampir 40 orang itu dan bermacam-macam bau (bukan sahaja kerenah). Kadang-kadang membuat seseorang guru “Stress”.  Sakitnya hati cikgu dan kadangkala “terlepas” dan “terlupa” akan peraturan yang ada, lalu menjadi “isu” masyarakat, guru itu tidak berperikemanusiaan. Tidak dinafikan ada juga guru, hanya pada nama tetapi bersifat kebinatangan dan merosakkan nama baik guru yang selama ini menjadi keagongan masyarakat. Tidak perlu persoalkan cuti untuk cikgu dan ketahuilah ramai guru yang bermasalah dan menghadapi masalah.. Bercuti dan merehatkan minda adalah jalan terbaik lebih2 lagi yang baru belajar berjauhan dengan keluarga dan orang-orang yang tersayang.

Kerja guru tidak habis di sekolah. Ramai yang terpaksa membawa balik tugasan dan kertas jawapan pelajar ke rumah untuk disemak. Semua markah pelajar perlu diserahkan kepada guru tingkatan sebaik sahaja pulang ke sekolah selepas bercuti. Bukan sahaja di SMKB tetapi saya percaya keadaan ini sama dengan sekolah-sekolah lain. Namun ada juga nanti guru-guru yang masih belum siap kerana keasyikan melayan cuti. Dalam pada itu tidak mustahil guru-guru boleh menghabiskan masa cuti untuk mencari rezeki lebih dengan berbagai aktiviti, menyertai jualan langsung atau seperti seorang rakan saya di Pulau Langkawi yang menjadi pemandu pelancong setiap kali tibanya cuti sekolah sehingga diri sendiri tidak berpeluang bercuti dengan erti kata sebenar berserah diri kepada keluarga. Tidak salah mencari rezeki halal tetapi jangan sekali meninggalkan tugas utama dan menjadikan tugas sampingan itu melebihi tanggungjawab sebenar kita sehingga menyalahi peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran.

Biar apapun aktiviti yang cikgu lakukan pada masa cuti nanti, saya doakan semua guru akan sentiasa selamat dan sentiasa diramahmati Allah walau di mana sahaja berada di serata pelusuk Negara Malaysia yang aman damai ini. Jaga kesihatan dan makan minum walaupun kita terlalu mengidam makanan yang lama kita tidak menjamahnya. Kunjungilah sanak saudara dan rakan taulan dan bertanya khabar. Ambil contoh2 yang terbaik untuk sama-sama kita berkongsi di SMKB. Guru-guru tempatan, ini adalah masa yang baik untuk sama-sama keluar melancong atau boleh mengikut ke kampung laman rakan-rakan guru yang lain dan boleh merapatkan lagi hubungan silatulrahim antara satu sama lain.
                                                    
Kepada Cikgu Akmarlia dan Cikgu Mohd Nor, Selamat Pengantin Baru, semoga dipanjangkan jodoh dan saya doakan kebahagian bersama-sama dengan pilihan masing-masing sehingga ke akhir hayat. Begitu juga dengan Cikgu Hasyim Rahimi yang telah mendirikan rumahtangga sebelum ini. Selamat bercuti kepada semua guru dan selamat bercuti panjang kepada Cikgu Faisal yang bercuti tanpa gaji, mengikut isteri menyambung pelajaran ke London sehingga tahun 2013.

Selamat Ari Gawai..
Selamat bercuti kepada semua pelajar, jangan lupa dengan pelajaran masing-masing terutama yang akan menduduki peperiksaan besar SPM dan PMR pada tahun ini. Dan akhir sekali selamat Hari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nuan Menua kepada semua guru dan pelajar berbangsa Iban yang akan menyambut Hari Gawai..

TERIMA KASIH CIKGU

2 comments:

terokai seni said...

amboi lama tul cuti kali ni, rehat tul kat kampung nih

Mohamad said...

Cemomoi..
Boleh tahan jugak.. tapi biarlah cikgu2 rehat secukupnya dan biarlah para pelajar yang jauh yang tinggal di asrama melepas rindu pada keluarga masing-masing..

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

PERJALANAN INI:


23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah


1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu


16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah


13 Februari 2012 - 20 Januari 2017 - SMK Baru, Miri


22 Januari 2017 Hingga Sekarang - SM Teknik, Sejingkat, Kuching


PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.