Hari ini, perbincangan tentang pengumuman oleh Yang Berhormat Perdana Menteri masih lagi menjadi tajuk utama antara guru-guru. Buat julung kalinya mengumuman yang dibuat itu yang nampaknya memberi satu nafas baru kepada para pemimpin pendidikan di sekolah. Semua pengetua dan penolong kanan tentunya menarik nafas lega. Ada yang mengatakan golongan ini mendapat durian runtuh dan tidak kurang juga yang mengatakan bagai bulan jatuh ke riba. Dan.. ada yang mempersoalkan kenapa pengetua DG48, penolong kanan DG44 dan penolong kanan DG32 ini yang perlu diberi keutamaan kerana golongan yang membantu golongan ini sudah tentunya golongan DG41 dan rakan-rakan DG yang lain. Macam-macam.. dan berbagai pendapat yang dikemukakan. Namun semua ini adalah rezeki Allah, dan terimalah dengan reda dan bukan dengan iri hati kerana suatu hari nanti sudah tentu masanya akan tiba bagi golongan DG41 dan rakan-rakan guru lain untuk merasainya.
Ucapan dari Pengarah Pelajaran Negeri Sarawak, En Abdillah Adam dan Ketua Menteri Sarawak di Majlis Malam Berambeh.. |
Saya masih ingat sehingga kini, kata-kata seorang guru kepada saya, ”Kami yang penat-penat berusaha tetapi cikgu yang mendapat nama”, Menyirap darah saya bila terdengar kata-kata tersebut. Namun kesabaran masih ada. Kalau diikutkan kata hati mahu juga saya berhujah dengannya, tetapi seperti kata Nabil, ”Lu fikirlah sendiri..” Tidak perlu kita bertengkar sesama sendiri kerana perkara sebegini kerana sampai ketikanya, guru ini juga akan menerima keadaan yang serupa. Guru-guru lain akan bekerja atas perancangan yang telah diatur olehnya. Maka, kejayaan sesebuah organisasi dimata masyarakat sudah tentulah kejayaan kepada pengurusannya seterusnya memberi kesan yang baik bagi sesebuah organisasi.
Amanat dan pengumuman yang ditunggu-tunggu |
Begitu juga dengan SMS Ucapan hari guru yang saya terima dari rakan-rakan dengan diselitkan ucapan tahniah, namun saya dapat rasakan bahawa ada sedikit rasa kekecewaan di hati mereka. Kenapa di sekolah sahaja, bagaimana kami di pejabat yang sentiasa bertungkus lumus seperti juga pengurus pendidikan di sekolah. Semoga segala rintihan dan cakap-cakap ini didengar oleh orang-orang yang berkuasa untuk mengubahnya. Sama-samalah kita doakan, barangkali ada yang lebih baik yang akan diumum walaupun bukan pada perayaan hari guru yang ke 40 ini. Bersabarlah..
Dalam perkembangan lain, bagi saya pengumuman yang dibuat oleh YB Perdana Menteri dan ulasannya yang dibuat oleh YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Bin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, dalam ucapannya di Borneo Convention Centre Kuching pada 16 Mei 2011 itu sebenarnya adalah menyeluruh. Semua guru sebenarnya telah diberi pengiktirafan sewajarnya. Dalam pengumuman tersebut terdapat 5 kaedah kenaikan pangkat telah diperkenalkan untuk menambahbaikan perkhidmatan perguruan dan kenaikan pangkat tersebut tidak terhad sehingga ke DG48 sahaja.
Dalam perkembangan lain, bagi saya pengumuman yang dibuat oleh YB Perdana Menteri dan ulasannya yang dibuat oleh YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Bin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, dalam ucapannya di Borneo Convention Centre Kuching pada 16 Mei 2011 itu sebenarnya adalah menyeluruh. Semua guru sebenarnya telah diberi pengiktirafan sewajarnya. Dalam pengumuman tersebut terdapat 5 kaedah kenaikan pangkat telah diperkenalkan untuk menambahbaikan perkhidmatan perguruan dan kenaikan pangkat tersebut tidak terhad sehingga ke DG48 sahaja.
Sekitar Borneo Convention Centre, Kuching pada 16 Mei 2011 Sambutan Hari Guru ke 40 |
Antara kaedah kenaikan pangkat yang telah diberi nafas baru tersebut ialah Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru. Dari konsep Guru Wibawa dan Pendeta guru ini laluan kerjaya guru2 Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) akan diperluaskan ke gred DG54 dalam tempoh 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh lembaga kenaikan pangkat. Selain dari itu kerajaan juga mewujudkan satu gred khas “C” sebelum bersara. Namun guru yang tidak dinaikkan ke gred ini boleh menikmati pergerakan gaji tahunan.
Dalam pada itu semua pengetua sekolah menengah gred DG48 akan ke gred DG52. GPK Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik? (Yang ada di sekolah PK Hem) dan GPK Kokurikulum DG44 akan dinaikkan ke gred DG48 melibatkan 6,585 jawatan. Manakala bagi GPK Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik? Dan Kokurikulum di sekolah rendah Kluster dinaikkan dari gred DGA32 ke gred DGA34 melibatkan 99 jawatan.
Mereka yang Kelainan Upaya, walaupun nyanyian tanpa suara tetapi persembahan mereka juga menghiburkan.. |
Walau apapun kepada semua warga pendidik, marilah kita sama-sama bekerja dengan lebih berdedikasi dan betul-betul merealisasikan tema hari guru pada tahun ini “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”. Jadikan diri kita benar-benar sebagai agen perubahan dan contoh untuk menggerakkan pelajar berfikiran global dan berdaya saing. Seperti kata Timbalan Perdana Menteri Malaysia, merangkap Menteri Pelajaran Malaysia dalam buku program Pelancaran Perayaan Hari Guru ke 40, jadilah guru kebanggaan Negara, teruskan usaha demi masa depan anak-anak, laksanakan amanah ini dengan jujur, ikhlas dan yakin..
- SMS kepada saya yang saya kira cukup hebat kepada seorang guru walaupun, barangkali sms ini beberapa kali di ulang hantar..
“Assalam Cikgu, Iklas dariku.. kaulah seorang antara guru pada pandanganku.. yang mempunyai tanggungjawab dan komitmen yang tinggi pada profesionmu.. kau sentiasa menjadi idolaku dan teman-teman. Doaku semoga Allah terus memacu kecemerlangan dan kerahmatan keatas segala kerja buatmu.. Cikgu, kau telah menjadi seorang guru yang hadirmu di tunggu, hilangmu di rindu, ilmumu diburu, nasihatmu di seru dan tingkahmu di tiru. SELAMAT HARI GURU, TERUSKAN PERJUANGANMU...
Tahniah kepada pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Induk Majlis Pelancaran Hari Guru 2011, sesungguhnya usaha tuan-tuan menjayakan majlis ini sangat disanjung tinggi dan berakhir dengan cemerlang..
Selamat Hari Guru
Selamat Hari Guru
14 comments:
Bersyukur kerana kita dipanggil 'cikgu'
Salam
Jauh sambutan tahun ni. Alhamdulillah giliran oghang Sarawak pula merasa sambutannya. Appaun Terima kasih kepada kerajaan yang telah mengumumkan beberapa insentif kepada guru..jangan ada pula yang berkata..MODAL PILIHANRAYA lah tu..tak nak tak payah ambil
Salam,
Tahniah Cikgu Moshar dan kepada semua cikgu di Malaysia. Teruskan perjuangan anda yang masih belum selesai (dan pasti tidak akan selesai) dalam bidang perguruan ini...
Sumbangan anda semua amat besar dalam memartabatkan anak bangsa Malaysia.
betui-betui runtuh durian kali ni... yang dapat kulit, terasa tercucuk perit. yang dapat isi, senyum nampak gusi
slamat hari guru..
Selamat hari guru cikgu....tentu sangat sibuk cikgu2 di Sarawak tahun ini jadi tuan rumah...
hani@debumelukut..
Ya betul.. polis dan warden penjara pun dipanggil cikgu..
Imanshah..
Bagi Imanshah mungkin sangat jauh, bagi saya dekat lah.. Saya pernah pergi ke sambutan hari guru peringkat kebangsaan di Melaka dan di Terengganu..
Dah orang bagi ambil sajalah ye..
Sallam Cikgu Mad.
Ari tu tertinggal nak ucap ari Guru,
Tak terlambat lagi nak ucap kan kerana setiap hari adalah Hari Guru,
dan bakti mereka juga wajib dikenang setiap masa.
Berambeh di Sarawak kitak taun tuk yee..
Jothmen..
Terima kasih Denn..
Moshar
Cemomoi..
Selalunya yang kita tahu bangunan je yang runtuh, tumbang macam "highland towe" tu kan.. Bila durian runtuh begitu pulak jadinya.. Ada yang dapat kulit dan ada yang dapat isi..
Walau bagaimanapun yang dah dapat "isi" tu bekerjalah dengan lebih hebat lagi, dan yang dapat kulit itu janganlah berkecil hati, InsyaAllah akan datang kepadanya yang lebih baik dari apa yang mereka dapat...
cKLah..
Rakan-rakan guru di Kuching memang sibuk..Dan dibantu dengan rakan-rakan guru dari bahagian-bahagian lain yang terlibat sahaja.Tapi kami dari Mukah hanya tetamu seperti rakan-rakan lain juga...
Selamat hari guru
LIPISLADY..
Selamat hari guru..
Belum terlambat.. sambutan hari guru peringkat sekolah SMK Belawai akan diadakan pada 14 Jun nanti..
salam,
saya anak dr.ab rahim mohon kebenaran yang link kan blog ini ke blog rasmi beliau. terima kasih.
W.salam. Saya tiada halangan untuk membenarkan saudara berbuat demikian. Terima kasih kerana menghargai tulisan ini walaupun tidak menjurus kepada beliau. Saya tahu beliau seorang yang hebat. Bertuah saudara memiliki seorang bapa sepertinya.. Terima kasih saudara..
Post a Comment