MUKAH : SELASA , 26 April 2011
|
Pengarah menyampaian amanat dan perasmian |
|
Barisan tetamu yang hadir |
Hari ini merupakan hari yang paling bersejarah bagi 109 orang pentadbir sekolah yang terdiri dari 10 orang pengetua Bahagian Mukah, 2 Orang penolong PPD iaitu Penolong PPD Mukah Pn. Mastura Bt Mohammed Mansur dan Penolong PPD Sri Aman En. Mohd Yusop B. Lugom, Ketua Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan PPD Sibu En. Lim Chun Len, 2 orang penyelia Ko-Kurikulum iaitu En. Mohd. Fauzi B. Abdullah (PPD Dalat) dan En. Ahmad Mahmood (PPD Daro) dan 94 orang guru besar di Bahagian Mukah kerana telah ditauliahkan sebagai Komandan Kadet Remaja Sekolah dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Dewan Mesyuarat PPD Mukah. Majlis telah disempurnakan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Sarawak En. Abdillah Adam.
|
Pengarah Pelajaran Negeri Sarawak sedang menerima Penganugerahan Watikah Perlantikan Pengarah KRS Negeri Sarawak. |
Dalam majlis yang sama sebelum majlis pentauliahan dijalankan, satu lagi peristiwa bersejarah tercatat, Pengarah sendiri telah menerima Watikah Perlantikan Pengarah KRS Negeri Sarawak dari En. Abd. Rashid dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Majlis pentauliahan yang bermula jam 3.30 dan berakhir jam 5.00 petang itu telah berjalan dengan sempurna dan semua penerima watikah kelihatan sangat gembira, lebih-lebih lagi dengan adanya beberapa aksi yang melucukan dari beberapa orang rakan. Apa tidaknya ada yang berkawat seperti robot, ada yang berjalan seperti itik pulang petang, ada yang terlanggar rakan dan sebagainya. Sehingga ada diantara kami menitis air mata menahan ketawa menghormati majlis rasmi sebegini.
|
En. Apo Latit |
|
En. Romzi Anna |
Terdahulu sebelum Majlis Penganugerahan Pangkat Komandan KRS / TKRS ini, pada sebelah paginya sehingga jam 1.00 pm satu kursus ringkas diadakan. Menurut En Apo Latit, Penyelia Ko-Kurikulum JPN Sarawak merangkap Pengelola KRS Negeri Sarawak, Kumpulan penerima watikah perlantikan ini merupakan kumpulan ke 8 dari 31 buah PPD yang ada di Sarawak dan yang paling ramai. Beliau berharap pengurusan ko-kurikulum kan diuruskan dengan baik di sekolah dan perlu mengikut arahan-arahan yang dikeluarkan. Ko-Kurikulum adalah sama pentingnya dengan kurikulum dan menjadi kesalahan jika tidak dilaksanakan. Semua pentadbir sekolah juga perlu mahir dengan semua aspek dalam pengurusan Ko-Kurikulum dan pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak akan memantau dari masa ke semasa.
|
Kusyuk mendengar amanat dari pengarah |
|
Sebahagian dari rakan-rakan yang menerima watikah perlantikan |
|
Tolong menolong - sebelum majlis
Pengetua SMK Matu dan Pengetua SMK Dalat |
Taklimat Tatacara Pemakaian Pakaian Dan Peralatan KRS dan TKRS telah disampaikan Mejer KRS En. Romzi Anna, Pegawai Teknikal KRS Negeri Sarawak (Guru dari SMK Luar Bandar Sibu). Yang pasti, apabila sudah berpakaian lengkap, adap-adap berpaiakan mestilah dijaga. Hormat pada pakaian, jangan ia dicemari dengan perbuatan yang tidak baik. Selesai sahaja taklimat ini, raptai penuh dijalankan sehinggalah semua penerima watikah berkumpul semula jam 3.30 petang..
|
Bergambar kenangan - Pengetua Sekolah Bahagian Mukah.
Tiada dalam gambar Pengetua TDPH Normah Daro. |
Terima kasih, Cikgu..
8 comments:
Assalamualaikum Cikgu,
Tahniah pada semua yang menerima anugerahan Pangkat Komandan tu.
Semoga terus berbakti
Nampak segak satu2nya wanita yang ada di dalam gembar terakhir itu. :)
Kunang-kunang..
Terima kasih..
Kakcik..
Beliau ialah pengetua SMK Mukah,Pn. Hajah Zakiah. Antara dia dengan saya ialah suaminya, Tn. Hj Bidin pengetua SMK Three Rivers..
anak zue pun masuk KRS.
bila ada prtandingan kawat kaki..dia mesti tak nak masuk alasannya takut kulit gelap..maklum le dah semula jadi gelap..hehehe.
tahniah kpd penerima anugerah...segak2 nengok cikgu2 brpakaian uniform.
tahniah, lebih segak dan bergaya buat tauldan ank murid pula
Terima kasih Zue...
Bagi pelajar sekarang ko-k sangat penting. Kalau aktif, banyak markah dan dapat menolong untuk ke Institusi pengajian tinggi..
Cemomoi..
Saya pakai baju ini setiap hari Rabu. Mula-mula pakai memang rasa janggal dengan pangkat dan sebagainya... tapi sekarang pelajar tengok pun dah biasa..
Lepas ni nanti saya akan pakai pakaian seragam lain pula seperti pengakap, PBSM dan lain2..
Post a Comment