PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Tuesday, September 21, 2010

109. Di sinilah lahirnya bintang..

Hari ini 20 September 2010, sekolah telah dibuka semula. Kelihatan semua pelajar SMK Belawai datang ke sekolah seperti biasa dan tiada pelajar yang lambat. Seawal 6.30am semua pelajar telah berada di Dataran Ilmu - tapak pehimpunan. Suasana raya masih lagi menyelubungi pelajar dimana kelihatan mereka masih bersalaman antara satu sama lain terutama antara pelajar asrama.
Bagaimanapun, bagi pelajar tingkatan tiga minggu ini adalah minggu yang sangat penting kerana peperiksaan percubaan yang ke 2 akan bermula esok. Dari perbincangan saya dengan cg Muliadi berdasarkan MaCS program didapati ada peningkatan yang sangat baik berdasarkan keputusan peperiksaan 1, peperiksaan 2 dan peperiksaan percubaan 1 yang lepas. Peperiksan 1, keputusan yang dicapai hanya 16% pelajar lulus semua mata pelajaran dan peperiksaan percubaan 1 menunjukkan peningkatan hampir 30% pelajar lulus semua mata pelajaran. Berdasarkan pengalaman lalu, peperiksaan sebenar nanti keputusan peperiksaan akan meningkat lebih baik dari apa yang telah di targetkan. Semoga Allah memberkati semua usaha yang telah dilakukan oleh guru-guru.
Jumlah calon PMR tahun ini ialah 152 orang dan target sekolah yang dijanjikan dengan Jabatan Pelajaran, sekolah perlu mencapai 56% kelulusan pada tahun ini. Ini bermakna dari 152 orang calon PMR, 84 orang pelajar perlu lulus semua mata pelajaran. Berdasarkan laporan yang di buat oleh Cg Muliadi, untuk mencapai jumlah itu semua guru perlu berusaha mencari 26% lagi pelajar untuk lulus semua mata pelajaran. Dari data yang ditunjukkan kepada saya, SMK Belawai mampu untuk lebih cemerlang jika pelajar yang tidak lulus 3 mata pelajaran (matematik, sains dan bahasa inggeris) dapat dibantu. Jumlah calon yang lulus semua mata pelajaran pada peperiksaan percubaan dan yang tidak lulus 3 mata pelajaran tadi ialah 111 orang. Jika diizinkan Allah semua pelajar ini lulus semua mata pelajaran maka keputusan pepriksaan 2010 akan meningkat dan melebihi target 56% kelulusan.
Kenapa target 56% sahaja bukannya 100% ? Jawapannya pasti ada dalam diri masing-masing, kemampuan!
Saya percaya semua guru melalui panitia masing-masing telah mempunyai data lengkap dan telah mengenalpasti pelajar yang perlu dibantu terutama pelajar yang tidak lulus 1 mata pelajaran, 2 mata pelajaran dan yang tidak lulus 3 mata pelajaran. Terima kasih kepada guru-guru yang terus berusaha membuat kelas tambahan dan perbincangan dengan pelajar walaupun dalam keadaan hari ini yang nampak sukar dengan suasana hari raya. Saya yakin semua guru terutama guru-guru yang mengajar kelas PMR ini mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan mempunyai target dan visi masing-masing. InsyaAllah dalam mesyuarat kurikulum (MaCS) pada hari khamis nanti guru-guru akan lebih yakin, pelajar SMK Belawai sebenarnya boleh mencapai kecemerlangan cuma mereka perlukan sedikit perhatian dan pengorbanan dari kita.
Di dalam buku "Acres of Diamonds" tulisan Russell H. Conwel mengatakan, berlian mentah memang tidak cantik tetapi jika dicanai batu kesat itu, ia akan menjadi berlian cantik yang diidam oleh ramai wanita. Berlian juga adalah arang batu yang menjadi unggul akibat tekanan.. Saya berharap, tekanan yang dimaksudkan ialah tekanan dari keazaman guru sendiri untuk melihat hasil P & P masing-masing dan bukannya tekanan pentadbiran yang membuatkan diri masing-masing dalam keadaan stress.
Jika kita mendongak ke langit. Kita akan nampak bintang. Semakin gelap langit semakin menyerlah (bersinar) bintangnya. Kita tidak dapat melihat bintang pada hari siang, bukannya bintang tidak ada tetapi matahari yang kuat melenyapkan bintang-bintang. Oleh itu untuk melahirkan bintang, ia bermula dari kegelapan... Billi Lim - Berani Gagal
Selamat menduduki UPSR bagi adik2 tahun 6- semoga anda lulus dengan cemerlang terutama bagi adik2 di sekolah rendah sekitar kawasan Tanjung Manis, SK Abang Galau, SK Abang Gesa, SK Abang Buyuk dan SK Tg Manis.
Terima kasih Cikgu..

7 comments:

zulkbo said...

salam...
aduh beratnya tugas guru
moga nda tabah dan cekal
dalam mendidik anak bangsa..

مسافر اسلام said...

Salam cikgu...sama-sama kita mendoakan kejayaan para pelajar kita untuk menjalani peperiksaan.
w.slam

IMANSHAH said...

Sekolah kawan pun ada pra peperiksaan PMr minggu ni!!selamat mengajar semula!

Jothmen said...

InsyaAllah....berkat perancangan yang betul dan berkesan serta komitmen semua pihak, sasaran itu pasti mampu dicapai....malah mampu dicapai lebih baik!

Mohamad said...

salam.. zul, tugas guru sekarang memang berat. Selain tugas hakiki terdapat tugas-tugas lain yang perlu dilaksanakan. Bagi sesebuah syarikat kualiti dilihat pada keberhasilan barang tetapi bagi guru kualitinya dilihat kepada pencapaian pelajar yang pastinya tidak menentu dari tahun ke tahun.

Musafirislam, begitulah hendaknya sama-samalah kita doakan, semoga mereka berjaya.

imanshah, selamat kembali ke sekolah. Sama-sama kita mencipta bintang dan sama-sama kita lihat "starfish" mana yang masih bernafas dan masih hidup.

Jothmen, semoga anak kitak berjaya dalam UPSR dan berjaya seperti bapanya juga.. Gembira bertemu dengan kita masa di Kedah. Kata Tan Sri Profesor Awg Had Salleh.. Letakkan cita2 setinggi langit, tak capai langit awan pasti dicapai..

Guru said...

Niat di hati memang hendakkan semua berjaya, tetapi ia bukan usaha sebelah pihak sahaja kan..apa pun semoga apa yang dirancang dapat dicapai malah kalau diizinkan Allah lebih cemerlang

Mohamad said...

Salam klcitizen,
Sangat bersetuju.. betul. Yang kita sama-sama usaha tersebut masa depan mereka, bukan masa depan kita. Sepatutnya mereka perlu lebih sedar..

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

PERJALANAN INI:


23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah


1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu


16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah


13 Februari 2012 - 20 Januari 2017 - SMK Baru, Miri


22 Januari 2017 Hingga Sekarang - SM Teknik, Sejingkat, Kuching


PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.