Kenyataan Gambar : Gambar diambil semasa saya melalui kawasan persimpangan Dalat ke Igan dan Mukah. Pembahagi jalan yang kelihatan berdua-duaan menarik perhatian saya. Pertama kali saya ke sini ialah pada tahun 1993. Sekarang banyak perubahan berlaku terutama sistem perhubungan dan pembangunan. Tetapi malangnya tiada perubahan sikap. (Pembahagi ini sekarang sudah dibaiki seperti sediakala)
Sesuatu perubahan yang berlaku biasanya tanpa kita sedari. Sama ada perubahan pada diri atau perubahan pada alam sekeliling. Bila ada yang menegur barulah kita terfikir kerana orang yang menegur itu nampak perubahan pada matanya. Beberapa orang rakan lama saya, yang saya temui semula setelah sekian lama terpisah umpama seorang rakan baru kerana wajahnya jauh berubah, bentuk badan dulunya kurus kini gemok, dulunya bukan main lagi slim sekarang dah boroi, tunggu masa sahaja nak bersalin. Begitu juga saya, bila rakan-rakan tegur, "Engkau nie tak banyak berubahlah tapi rambut semua dah putih memenuhi kepala." Maknanya ada perubahan yang berlaku.
Begitu juga dengan perubahan sikap, tidak nampak dimata kita tetapi orang lain nampak perubahan yang berlaku. Barangkali dulu kita bersikap kedekut, malas, tamak, panas baran, sombong, dan sebagainya bertukar menjadi rajin, pemurah, penyayang atau atau sebaliknya. Dulu kita menentang jika ada yang baru kerana kita merasa sayang nak membuang yang lama atau sukar menerima kenyataan. Kita menjadi anti perubahan.
Evelyn Waugh - menyatakan perubahan adalah tanda kehidupan. Manusia yang hidup sentiasa berubah. Hari ini kita lahir dan bergantung pada orang lain, bila kita menjadi kanak-kanak kita belajar berdiri, berjalan dan berlari. Setelah dewasa kita menghadapi pelbagai persoalan hidup. Kadang-kadang ketawa, sedih dan menangis. Ada masanya senang dan ada masanya susah.Begitu juga dengan sesebuah perusahaan, seperti juga kehidupan manusia. Bermula dengan kelahiran, tua, sakit dan mati. Jika dijaga sesebuah perusahaan dijaga dengan baik, barangkali dapat kekal lama. Stora, sebuah perusahaan di Sweeden kekal 700 tahun dan Sumimoto di Jepun kekal 400 tahun. Kenapa mereka kekal, kerana mereka berubah mengikut zaman dan beradaptasi. Manakala beribu-ribu perusahaan lain mati begitu sahaja kerana sukar untuk berubah. Begitu juga dengan manusia yang mati tanpa berubah kecuali perubahan fizikal. Kata orang tua-tua jika dah sampai umur 40tahun jika tidak berubah juga, alamatnya sampai ke matilah tidak berubah.Perubahan akan menjadi susah jika sikap tidak berubah. Kita merasa sukar kerana terpaksa memakai tali pinggang keledar, kita merasa sukar kerana jalan ke rumah kita terpaksa melalui jalan yang jauh kerana ada pembahagi jalan, kita merasa susah kerana di pejabat sudah ada sistem punch card, susah kerana pengajaran dan pembelajaran murid perlu disampai dengan teknologi baru dan kita merasa sukar apabila zon keselesaan kita terganggu..
Namun yang pasti perubahan tetap berlaku secara sukarela atau terpaksa..
Firman Allah s.w.t dalam surah Qasas, ayat 77:
Ertinya: Dan janganlah kamu melakukan kerosakan di bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melakukan kerosakan.
Kemajuan mustahil dicapai tanpa perubahan dan mereka yang enggan mengubah fikiran mereka tidak boleh mengubah sesuatu apapun - George Bernard Shaw
7 comments:
Salam bertandang lagi..
semoga sihat orang disini.
selamat menyambut Nuzul Quran..
sesamalah kita mengimarahkan
malam penuh penampunan ni..
.جزاك اللهُ خيراً
...itulah realitinya
malaysian driver..ermmp..
manusia berubah kerana persekitaran juga berubah...
salam Zulkbo..
Terima kasihlah bertandang ke sini, saya juga kerap bertandang ke blog Zulkbo dan mengambil ilmu yang ada di situ, cuma tidak tinggalkan komen. Semoga menjelang Syawal nanti kita semua lebih berhati-hati pulang ke kampung. Terima kasih Zulkbo..
Salam cemomoi,
Malam minggu lepas saya Terawih di surau Kampung Hilir Sibu, Di depan saya ada seorang lelaki agak-agak lembut tingkah lakunya, macam kenal sangat kerana dia selalu menggunakan khidmat saya untuk mengambil video kahwin jika beliau mendapat tempahan "pakej perkahwinan", untuk pengesahan saya berbisik kepada rakan disebelah dan baru saya sedar beliau sudah berubah...benar-benar sudah berubah. Syukur Alhamdulillah..
Salam,
Perubahan itu pasti selagi bumi berputar....
salam mantan,
Sangat setuju.. semoga perubahan yang berlaku adalah perubahan yang positif.
Post a Comment