PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Thursday, July 8, 2010

93. Perkongsian Ilmu - MRSM Mukah

Alhamdulillah, seperti mana doa yang dibaca oleh Ustaz Sarkawi dan Tuan Hj. Mustapha diawal setiap kali bermesyuarat, mesyuarat kewangan dan mesyuarat staf 2/2010 pada 6-7 Julai 2010 telah berjalan lancar seperti yang dirancang. Banyak teguran kepada sekolah oleh Pengarah Pelajaran Sarawak yang disampaikan oleh PPD Mukah Cikgu Abdul Wahab Hj Sapawi, dan menjadi tanggungjawab kepada semua pengetua dan guru besar untuk disampaikan kepada guru-guru.
Selain dari itu mesyuarat juga telah diselitkan dengan satu slot perkongsian ilmu dengan MRSM Mukah yang baru sahaja beroperasi. Banyak info berguna yang disampaikan oleh Timbalan Pengetua HEA MRSM Mukah, En. Azman b. Muda dan Timbalan Pengetua HEPnya, En. Abu Zaki b. Ahmad Affandi, terutamanya bagaimana Sistem Pendidikan MRSM dilaksanakan.
Berulangkali En. Azman ulangi, jangan jadikan MRSM sebagai "Musuh" tetapi melihat ia sebagai saingan sihat kerana tujuan pendidikan adalah sama iaitu bagaimana caranya kita ingin menyampaikan satu wadah pendidikan terbaik kepada semua pelajar. Bezanya sedikit sahaja, MRSM berfokus kepada kecemerlangan dengan target, seberapa ramai pelajar yang boleh mendapat A dalam semua mata pelajaran bukan setakat lulus dan cemerlang. Ini kerana pelajar-pelajar yang diambil adalah pelajar yang boleh lulus dan cemerlang, maka cemerlang yang ertikata sebenar pada pandangan MRSM ialah bilangan A's yang mereka perolehi.
Dari penerangan yang diberikan, ternyata perjalanan MRSM adalah sama dengan sekolah-sekolah lain tetapi namanya mungkin diubah contohnya Kelas disebut kuliah, Kelas P & P dipanggil Kelas Pesediaan Akademik(Prep) yang diadakan siang dan malam, Ujian Penggal (Ujian Selaras Kebangsaan) yang soalannya digubal oleh Jawatan Kuasa Penggubalan soalan, Hari Permuafakatan (Konfrensi Akademik), Program-program lain yang diadakan menjurus kepada kecemerlangan Akademik ialah program motivasi, kem cuti, seminar subjek & teknik menjawab, kelas tambahan, kelas pemulihan, program intervensi dll.
Selain dari itu yang menarik ialah MRSM sangat menekankan Sistem Bimbingan Rakan Sebaya spt Mentor-mentee, "Buddy System", Elite Group dan sebagainya untuk memastikan semua pelajar diberikan bimbingan oleh rakan-rakan serta guru untuk peningkatan pencapaian. Semua orang mesti berjaya, bukan kejayaan individu tetapi kejayaan bersama. Selain pencapaian akademik MRSM juga sangat mengutamakan Ko-kurikulum.
Kedua-dua Timbalan Pengetua ini menyatakan, MRSM positif berjaya kerana guru-guru yang berkhidmat memang ada "Budaya" MRSM. Jika guru sudah tahu Visi dan Misi untuk dicapai untuk diri dan organisasi maka semua menjadi mudah. Jadi untuk menunjukkan MRSM dipandang tinggi maka pemilihan sebutan terbaik dipilih. Penolong Kanan Pentadbiran dipanggil kepada Timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik (HEA), Penolong Kanan HEM dipanggil Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar (HEP) begitu juga Penolong Kanan Ko-k dipanggil Timbalan Pengetua Ko-kurikulum dan seterusnya. Dengan cara ini, motivasi guru dan pelajar akan hadir bersama seterusnya MRSM terus cemerlang dengan targetnya...
GURU-GURU SMKB - SAMA- SAMALAH KITA JADIKAN MRSM SEBAGAI CONTOH DAN BERUSAHA KERANA KITA SENDIRI YANG MEMBINA KEJAYAAN - TERIMA KASIH CIKGU

No comments:

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

PERJALANAN INI:


23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah


1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu


16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah


13 Februari 2012 - 20 Januari 2017 - SMK Baru, Miri


22 Januari 2017 Hingga Sekarang - SM Teknik, Sejingkat, Kuching


PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.