PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Wednesday, May 12, 2010

76. Life begin 40

Kehidupan bermula bila umur 40 tahun. Kata orang putih "Life begin 40". Orang putih mana pun tak tahu lah. Kata orang tua2 pulak bila sudah sampai umur 40, jika tak berubah perangai hantunya, maka susah lah nak berubah. Bagi orang yang baik-baik jika sampai umur tersebut tiba-tiba berubah nak buat sesuatu yang tak pernah dibuatnya, itu dah buang tabiat. Orang macam nie kena jaga-jaga..

Sudah 4 tahun saya merasa kehidupan dalam alam 40. Maknanya 44 lah tu. Bagi guru-guru DG41, angka inilah yang ditunggu-tunggu DG44. Maknanya naik pangkatlah tu.

Sebelum ini ada juga saya bertanya dengan sepupu dan rakan-rakan bila berbual dengan mereka, bagaimana rasanya jika kita sudah menjangkau umur sebegitu. Abang Zaini suami sepupu saya berkata, "Oh.. hati tetap muda tapi kalau di depan cermin tak sanggup tengok le. Rambut sudah bercampur, gigi dah bertabur, muka dah mula berkedut... 7 rukun tua dah hampir nak cukup. Orang yang nampak kita tak panggil abang lagi, dah status pak cik! Kepala jangan kena hujan... kalau kepala aku kena hujan sakit kepala berhari-hari."

Ini bermakna, walau apa pun status kita dengan keadaan umur yang semakin meningkat saban tahun, yang penting sekarang ialah menjaga kesihatan dengan baik. Sebagai usaha untuk memastikan semua pegawai berada ditahap memuaskan, Kerajaan melalui Surat Perkeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2003 Pegawai Perkhidmatan Awam yang berumur 40 tahun dan ke atas digalakkan melakukan pemeriksaan kesihatan dari masa ke semasa. Pemeriksaan yang biasa dilakukan ialah memeriksa tekanan darah, mengambil sampel darah, berat badan dan tinggi untuk mengetahui tahap kesihatan setiap pegawai dan anggota.
Pagi ini betul-betul membuatkan saya panik. Bila buka mata jam 5.15 am tadi langsung tak dapat bangun. Kepala rasa pening. Semua isi rumah kelihatan berpusing-pusing. Terus saya baring. Tidak dapat tidur, bingkas bangun dan ke bilik air. Terus mandi. Barangkali boleh meredakan sikit tetapi nampaknya tidak berhasil. Semasa sujud solat subuh rasa nak muntah. Perlu bantuan. Jawabannya Panadol. Telan 2 biji. Agak lega tapi tak dapat nak berjalan. Sehingga jam 7.00am telefon pejabat dan memberitahu saya ke pejabat lewat sedikit. Nak ambil cuti pun susah juga, kuarters betul-betul depan dengan blok akademik. Akhirnya melangkah juga ke Sekolah jam 8.30am. Tercari-cari sebabnya? Kenapa?.. Lalu teringat dengan sahabat baik saya Tuan Haji Zainuddin yang meninggal seorang diri di Kuartersnya di Sekolah. Jika itu ditakdirkan...
Sampai sekarang ok sikit. Dah 6 biji panadol dalam perut. Jam 5.00pm isteri telefon pejabat tanya khabar, macam tau-tau saja... Sihat. Biar dia menguruskan anak-anak dengan tidak ada rasa bimbang. Selepas ini kena buat pemeriksaan lengkap selepas 4 tahun dulu... Jangan pulak masalah kesihatan yang menyekat kenaikan pangkat bukan PTK..

5 comments:

Hamba Allah said...

salam,

kena jaga kesihatan cikgu.. moga Allah merahmati cikgu..

kesempatan ini saya mengucapkan selamat hari guru kepada cikgu dan semua cikgu2 di smk belawai..

ridhwan

Mohamad said...

Cg. Ridhwan.
Terima kasih cikgu kerana mengikuti blog saya dan masih mengingati SMK Belawai.

Kadang-kadang kita rasa cukup sihat dan lupa untuk menjaga kesihatan. Tetapi bila dah dapat sakit barulah kita ingat. Harap2 tak lah berpanjangan.

Selamat hari guru juga untuk cikgu dan rakan-rakan guru di sekolah cikgu.

Mohd. Shariff

mantan said...

Cikgu,
Saya amat setuju dengan kata-kata Cg. Ridhwan tu. Jaga kesihatan.

Angka 40 itu sudah saya lepasi. Sekarang sudah angka 59. Syukur diberikan kesihatan oleh Allah s.w.t.

Kesihataan kita, tanggungjawab kita.

Mohamad said...

Cg,
Terima kasih atas nasihat tersebut.

siti ajar bt yaakob said...

salam, cikgu mohammad, dulu saya juga di SMKTAM, thn 1984 STPM...satu sekolah ye...

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

PERJALANAN INI:


23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah


1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu


16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah


13 Februari 2012 - 20 Januari 2017 - SMK Baru, Miri


22 Januari 2017 Hingga Sekarang - SM Teknik, Sejingkat, Kuching


PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.