Cuti itu kemudahan, saya percaya
semua guru tahu. Tidak kira sama ada dia guru lama atau baru. Semasa di Maktab
atau IPG perkara ini sudah didedahkan. Begitu juga semasa kursus induksi dan
kerapkali juga diingatkan di sekolah pada setiap kali mesyuarat oleh pengetua.
http://jbcool.com/wp-content/uploads/2009/10/Legoland-johor.jpg |
Sepanjang tahun ini, 2012 SMK
Baru Miri mencatatkan lebih 45 orang guru telah mengambil pelbagai jenis cuti sama
ada cuti sakit, cuti rehat khas, cuti tanpa rekod atas sebab kematian keluarga
terdekat atau menghadiri peperiksaan PJJ, cuti tanpa gaji, cuti bersalin dan
sebagainya. Manakala 37 orang lagi masih bertahan tanpa mengambil apa-apa cuti.
Mereka telah membuat rekod peribadi 100% kehadiran ke sekolah. Pujian patut diberikan dan pihak sekolah akan berusaha mengeluarkan sijil penghargaan kepada mereka.Begitu juga dengan 11 orang
kakitangan sokongan. Mereka juga tidak terlepas dengan pengambilan cuti, sama
ada cuti sakit atau cuti rehat yang telah diperuntukan kepada mereka.
Saya juga yakin jika tiada sebab tertentu
guru-guru atau kakitangan sokongan ini tidak akan bercuti. Dari pemerhatian dan
pengetahuan saya, guru-guru SMK Baru sangat berintegriti. Mereka bercuti kerana terpaksa. Oleh itu saya
meletakkan kepercayaan kepada mereka dan meluluskan cuti dengan syarat alasan yang
kukuh dan munasabah serta tidak melanggar mana-mana perintah Am atau pekeliling
Jabatan Pelajaran yang berkuatkuasa. Tidak kurang juga, pemberian cuti kepada
guru-guru atas dasar bertimbang rasa dan bersifat kemanusiaan walaupun tenaga
guru tersebut sangat-sangat diperlukan dalam sesuatu majlis dan beliau menjadi
orang utama yang mengendalikannya. Biarpun terpaksa diganti dan berlaku sedikit
kepincangan majlis, beliau bercuti dengan tenang tetapi organisasi yang
menanggung kesulitan.
Saya sangat-sangat berharap agar
kepercayaan yang diberikan kepada semua guru tidak dimanipulasikan. Saya
besyukur kerana sebilangan besar guru yang datang ke sekolah selepas bercuti sakit
akan berjumpa saya dan memohon maaf kerana terpaksa menyusahkan pihak sekolah
mengatur “Sit-in” , kecuali mereka yang telah membuat perancangan awal untuk
bercuti.
Tidak dinafikan bahawa, jika guru
sering bercuti sedikit sebanyak akan menjejaskan Pengajaran dan Pembelajaran
murid. Guru ganti tidak sama dengan guru subjek. Maka akan berlakulah
kepincangan dalam perancangan, sama ada tidak habis sukatan pelajaran atau yang
lebih teruk bila semangat pelajar juga merudum. Pelajar tidak lagi berfokus
kepada objektif Pengajaran dan pembelajaran dan akhirnya kemerosotan akan mula
berlaku. Saya tidak pasti bagaimana seorang sahabat saya mengatasi kekurangan
guru di sekolahnya apabila 28 orang guru dari 150 orang guru bersalin serentak pada
tahun ini. Nampak macam berpakat tetapi hakikatnya jika seseorang guru itu
mengandung maka guru tersebut wajib memberitahu Pengetua atau Pejabat Am supaya senang untuk
menyediakan guru ganti.
Ramai guru yang pandai
menguruskan cuti, ramai guru yang masih belum bercuti dan ramai guru yang tidak
dibenarkan bercuti. Terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru yang
masih datang bertugas di masa cuti ini di SMK Baru Miri dan terima kasih kepada
guru-guru yang sentiasa bersama dengan pelajar untuk kelas tambahan sehingga kertas
peperiksaan mereka tamat sama ada SPM atau STPM sedangkan rakan-rakan guru lain
telah lama bercuti. Semoga Allah sahaja dapat membalas jasa cikgu dengan
memberikan kecemerlangan kepada diri sendiri dan kecemerlangan kepada anak
didik cikgu.
Selamat bercuti, jaga keselamatan
dan kesihatan. Jangan lupa 31 Disember 2012 Mesyuarat Pertama sekolah. Semua
guru dan kakitangan sokongan Wajib hadir.
Pengetua bila bercuti? Ikut
pekeliling…
Terima kasih Cikgu..
4 comments:
salam cikgu besaq.. ilahjy dulu mas sekolah tgktan 6 selama 2 tahun 1984 dan 85 100% kedatangan ke sekolah tapi tak dpt penghargaan pun huhuhuu..tapi dlm sijil berhenti tertera lah kedtgan penuh tuuu masih ada simpan lagi.. pun begitu masa tgktan 5 masa smsg 100% kedtgan penuh..pun tak dpt penghargaan..huhuuu... budak2 pun kena juga dihargai supaya jadi contoh tak gituuu?
ilahjy..
Dulu saya pun begitu, saya nak tengok rekod kedatangan saya 100%, memang seronok, rasa bangga pun ada. Macam ilah juga..
Sekarang pelajar (tidak semua) mereka bangga jika tidak datang ke sekolah dan ada yang berlumba2 siapa yang paling teror ponteng..
Kami di SMK Baru, beri ganjaran pingat kepada pelajar yang dapat datang 100% melalui sistem merit demerit. Jika merit mereka banyak sekolah akan anugerahkan pingat emas, perak atau gangsa..
cikgu2 dah nak habis bercuti, bossnya dah bercuti ke belum?
th ni saya ambil dua CRK ... dua-dua kerana nak hadir ke majlis anak di sek mereka
Saya sudah bercuti Ibuintan sehingga 24 Disember nanti. Sekarang di Sungai Petani...
Post a Comment