Cg Albert dari SMK Subis, Cg Kho dari SMK Luak dan YDP PPSMS (Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sarawak) Cg Marcus Hugo dar SMK Lutong Miri |
Lama sudah saya tidak menulis,
menjenguk blog sendiri pun jarang. Sibuk begitulah alasan yang seringkali diberikan,
tetapi sebaliknya sibuk memberi tumpuan pada blog sekolah SMK Baru Miri. Namun
sesekali masuk sempat juga melawat blog rakan-rakan yang saya menjadi
pengikutnya walaupun tidak meninggalkan komen. Tahniah kepada mereka yang
mempunyai semangat yang jitu, mempunyai banyak idea. Menulis
sebenarnya tidak memerlukan banyak kajian tertentu
tetapi perlukan banyak komitmen.
Semalam 26 November saya
bersama-sama dengan Majlis pengetua Daerah Miri, berada dalam satu majlis ilmu
yang sangat bermakna untuk semua pengetua. Perkongsian dengan Cg Albert
Pengetua SMK Subis Miri berkenaan dengan Pengurusan Ko-Kurikulum dan
perkongsian dengan Pengetua Cemerlang Ko Chee Kiat dari SMK Luak berkenaan
dengan Penulisan & Penyebaran Hasil Kajian Tindakan.
16 orang pengetua Daerah Miri |
Menurut Mr Ko Dari kajian yang
telah dibuat, terdapat beberapa alasan mengapa guru kurang menulis . Antaranya
ialah tiada keperluan untuk menulis, tiada masa, tiada keyakinan diri, tiada
kemahiran dan merasa susah dan tidak tahu apa yang hendak di tulis. Oleh itu
kita hanya membiarkan orang lain menulis tentang dunia pekerjaan kita dan kita
akan menjadi marah jika apa yang mereka tulis dan pandangan mereka tidak
menepati apa yang kita lakukan.
Banyak tranformasi dalam bidang pendidikan yang berlaku dan mana-mana sahaja orang bercakap tentang perubahan-perubahan tersebut. Banyak pandangan negative daripada positif tentang sesuatu perkara kerana perubahan yang baik itu tidak sampai dengan berkesan kepada mereka yang menjadi pelanggan kepada pendidikan disamping ada guru-guru yang tidak berusaha mendalami perubahan tersebut maka sukarlah yang baik itu akan sampai dengan baik. Maka penulisan tentang perkara sebenar dan memberikan kefahaman yang berkesan adalah sangat penting.
Pada hakikatnya guru adalah
penulis, kita banyak menis buku rekod mengajar, menulis refleksi, banyak surat-surat yang kita
sediakan, banyak menulis nota-nota untuk pelajar dan sebagainya. Dari
perkongsian dengan Pengetua Cemerlang tersebut beliau meyarankan, guru-guru
membuat kajian tindakan. Dengan membuat kajian tidakan yang memerlukan
data-data tertentu guru sudah boleh mula menulis. Apa yang menariknya selain
menulis hasil kajian tindakan ini guru-guru boleh menyertai pertandingan dan
memenagi anugerah yang dianjurkan oleh Kementerian atau Jabatan Pelajaran dan yang pentingnya sumbangan ini dikira dalam usaha untuk kenaikan pangkat.
Menulis juga tidak memerlukan bakat
yang besar. Semua orang boleh menulis dengan sedikit keyakinan. Mulalah menulis
dengan menceritakan pengalaman diri. Bila sudah mempunyai keyakinan yang tinggi
menulislah perkara-perkara yang lebih mencabar. Amalan menulis perlu ada kepada
guru-guru. Tanpa menulis ilmu yang kita ada akan hilang, kerap menulis maka
penulisan kita akan lebih bermutu. Dengan menulis kita bertanggungjawab pada
profesion selain membantu profesion ini disanjung tinggi oleh masyarakat.
Jom, sama-sama kita bersatu tekat
untuk mula menulis tanpa banyak alasan..
Terima kasih Cikgu..
No comments:
Post a Comment