Jauh di sudut sanubari setiap orang,
mahu diri mereka dihargai. Tidak kira siapa sama ada jawatan rendah maupun
tinggi , tidak kira kanak-kanak atau orang dewasa. Penghargaan yang diberikan
akan menyebabkan seseorang itu akan merasa dirinya begitu penting dan
berbangga. Kadang kala mereka akan merasa bahawa mereka sahaja yang hebat dan
menidakkan kehebatan orang lain. Maslow dalam Teori Keperluan Manusianya,
meletakkan penghargaan kepada manusia di tangga ke 4 sebelum seseorang manusia
itu mencapai kesempurnaan diri.
Berbagai cara boleh kita lakukan
untuk membuatkan seseorang itu berasa penting. Paling senang ialah mengucapkan
“Terima kasih”. Ucapan ini membawa maksud yang paling mendalam kepada semua
bangsa dan agama. Kita akan berasa bangga jika ada orang luar yang datang ke
Malaysia belajar perkataan “Terima Kasih”. Begitu juga jika kita belajar bahasa
bangsa lain yang sama ertinya dengan “Terima kasih”. Betapa hebatnya perkataan
itu lebih-lebih lagi bila diucapkan kepada kita atau orang lain atas bakti dan
jasa yang dicurahkan.
Dalam keadaan lain, cara kita mengahargai
ibu bapa ialah dengan menghormati mereka, menghormati rakan taulan, mengambil
berat kepada suami atau isteri, memberi hadiah atas kecemerlangan anak-anak,
mendengar akan masalah-masalah staf dan sebagainya. Kagum atas kebolehan dan
kebijaksanaan seseorang juga boleh digolongkan sebagai satu penghargaan.
Sebagai penjawat awam, sudah tentu
Anugerah Perkhdimatan Cemerlang tidak dapat dipisahkan. Majlis Anugerahnya
dikira sebagai satu yang berprestej tinggi. Tidak hairanlah bila menjelang
musim APC ini semua orang sama ada sudah menerimaAPC dan apatah lagi yang belum
merasainya setelah hampir 10 tahun bekerja akan tertanya-tanya kepada siapakah
pengiktirafan tersebut diberikan pada tahun ini. Perasaan ingin tahu
meluap-luap, lebih-lebih lagi yang pernah termakan janji dan ada yang bekerja
pada tahun itu untuk dinilai semata-mata untuk APC. Ada yang langsung tidak
kisah kepada siapa diberikan, dia tetap dia..
Berbagai ragam boleh dilihat. Lebih
menyedihkan ada yang melemparkan tomahan yang tidak baik kepada ketua jabatan
bila tidak terpilih sama ada dalam bentuk guruan atau dalam nada sinis. Ada
yang sanggup bersemuka bertanya kenapa dia tidak terpilih, ada yang cakap sana
dan sini menyatakan ketidakpuasan hati yang menunjukkan bahawa beliau seorang
pekerja yang cukup tidak professional dan cemerlang. Orang sebegini memang
sepatutnya tidak terpilih. Ada juga yang menangis teresak-esak mengenangkan dan
berasa segala jasa dan baktinya selama ini dipandang langsung ditambah lagi
dengan ejekan dan desakan rakan sekerja. Namun ada antara mereka yang
sangat-sangat bernasib baik dan menerima 2 atau 3 kali sepanjang perkhidmatan.
Betapa hebatnya APC. Walaupun
ganjarannya tidak seberapa seperti mula2 diperkenalkan dahulu, tetapi ia memberi
kesan yang sangat mendalam pada setiap pekerja awam. Walaupun markah nilaian
prestasi itu lebih penting, tetapi anugerah itu yang diiktiraf dihadapan
rakan-rakan adalah lebih menonjol. Tidak hairanlah, kadangkala ada pekerja yang
menuduh rakan-rakan memperolehinya dengan cara melobi, mengipas dan lain-lain
perkataan yang sewaktu dengannya untuk menunjukkan ketidakpuasan hati
masing-masing lebih-lebih lagi rakan-rakan yang baik dengan boss. Barangkali
juga sangkaan tersebut ada kebenarannya pada sesetengah institusi yang
pemimpinnya tidak mengamalkan budaya yang sihat.
Saya yakin bagi pemimpin yang hebat,
berintegriti, telus dan bertanggungjawab kepada pekerjanya akan berlaku adil
dan sentiasa mengambil berat. Berbagai penilaian telah dibuat sebelum seseorang
itu diberi pengiktirafan untuk 8% dari jumlah pekerja yang ada untuk tahun
tersebut. Disamping mengambil kira jumlah jantina, bangsa dan akur dengan
pelbagai syarat lain. Saya juga yakin pemilihan guru dan staf sokongan yang
diberi Anugerah Pekhidmatan Cemerlang oleh AJK Sumber Manusia bersama pegawai
di JPN untuk SMK Baru, Miri adalah yang
terbaik dari yang baik untuk tahun tersebut. Semua guru di SMK Baru Miri pada
hemat saya adalah merupakan guru yang sangat cemerlang.
Tahniah kepada semua guru SMK Baru
Miri yang telah dianugerahkan APC yang disempurnakan oleh Pengarah Pelajaran
Negeri Sarawak di Dewan Suarah Miri baru2 ini. Tahniah kepada Cg Hamidon, Cg
Doris Kho, Cg Parose, Cg Norzima, Puan Norayah, Cg Marlyni dan Cg Rhona. Semoga anda menunjukkan prestasi yang lebih cemerlang. Bekerja bukan
untuk hari ini sahaja tetapi untuk kecemerlangan perkhidmatan selama mana kita
bertugas.
Kesempatan ini juga mengucapkan
tahniah kepada semua guru di SMK Belawai yang telah dianugerahkan APC yang juga
disempurnakan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Sarawak di Mukah. Tahniah kepada
Cg Voon, Cg Jazimah, Cg Akmarlia, Cg Wardah dan En Jamaluddin. Semoga anda
semua akan terus cemerlang.
Kepada semua rakan guru yang lain,
anda juga adalah pekerja yang hebat, tetapi belum masanya untuk dianugerahkan
APC. Semoga selepas ini giliran anda pula. Berikan sokongan dan doakan mereka
terus berjaya. Semoga dengan sokongan dan doa ikhlas itu Allah SWT akan terus
menyokong dan merahmati apa yang kita lakukan. Seterusnya kita akan berjaya
seperti mereka.
“Apa yang kita lakukan menentukan
siapa diri kita; oleh itu keunggulan peribadi bukan hanya kita lakukan, tetapi
tabiat yang berterusan.” – Aristotle.
Terima kasih Cikgu..
Selamat Hari Pekerja 2012
2 comments:
Setuju dgn tulisan cikgu. Saya pernah dapat 'melintang' pada tahun 1999. Masa tu banyak yg diperoleh selain kenaikan gaji, bonus sebulan gaji, jam tangan berjenama dan wang ASN RM300. APC yg baru ni, dpt sekali dan memang dengar 'cakap cakap belakang' spt yg cikgu maksudkan itu. Saya pun tk sangka akan tersenarai kerana tk memikir tentang itu, dan kerja saya biasa biasa mcm org lain juga. Dapat pun seribu saja. Jadi, untuk menyedapkan hati semua pihak...saya gunakan separuh untuk sponsor satu majlis jamuan sekolah. Yg cakap cakap belakang pun makan sama....hati pun senang. Hehe
Memang sudah menjadi sifat manusia. Lama2 senyaplah.. Tetapi dalam tempoh tersebutlah yang membuatkan orang berlenaan tidak sedap hati dan bermacam2 rasa atas serangan demi serangan.
Jika pemilihan itu tepat, tiada apa yang perlu dibimbangkam..
Post a Comment