PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Saturday, April 23, 2011

179.Berundur lebih baik dari makan hati...

Gambar Hiasan
Gambar belakang : En Kuswadi sedang menyampaikan taklimat kepada pengetua tentang pelaksanaan orientasi guru baharu. Gambar depan : Seorang pelajar tingkatan 1 kusyuk membaca, semasa program NILAM dijalankan pada setiap hari Khamis..

Bersyukur hari ini saya berpeluang untuk menaip semula dan berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan yang sudi untuk berkunjung ke sini. Dalam masa hampir sebulan ini, banyak juga N3 rakan-rakan “follower” yang ketinggalan untuk saya membaca dan memberi komen. Namun begitulah lumrah kehidupan kita sebagai manusia, kadangkala kita terpaksa meninggalkan sebentar perkara-perkara yang menjadi kesukaan, minat dan keseronokkan kerana terpaksa menumpukan perkara-perkara yang lebih penting dan perkara-perkara yang tiba-tiba perlukan komitmen yang lebih memerlukan kita untuk bersama.

Walaupun demikian, terima kasih kepada semua rakan-rakan yang sudi berkunjung walaupun tiada N3 baru dan sanggup juga memberi komen ke atas N3 lama. Semua ini sebenarnya memberi satu kekuatan untuk saya mula bergerak dan cuba sedaya upaya untuk menulis semula. Bukan sahaja untuk menulis dalam blog sendiri, tetapi dalam mesyuarat persatuan pengetua Bahagian Mukah bulan lepas dimaklumkan, semua pengetua “diwajibkan” menulis pengalaman masing-masing untuk dimuatkan di dalam Buku Bicara Pendidik. Ia bertujuan, memberi peluang semua pemimpin sekolah berkongsi pengalaman yang mungkin tidak dilalui oleh orang lain.

Apabila kita berbicara tentang minat, kesukaan dan sebagainya yang terpaksa kita tinggalkan dan melakukan perkara-perkara lain untuk memenuhi kehendak orang lain, kita biasanya akan berhadapan dengan konsep pengorbanan. Berkorban apa sahaja harta atau nyawa, demi orang yang tercinta, tetapi hakikatnya setiap hari kita akan “makan hati”, bekerja dengan hati yang tidak tenang, sukar untuk digambarkan dan dimengerti oleh orang lain. Bagi mereka yang sudah sampai ke kemuncak kesabaran maka satu  tindakan drastic mungkin diambil. Namun tindakan tersebut biarlah memberi satu kebaikan kepada diri sendiri, tanpa sedikit pun meninggalkan kesan negative sepanjang hayat.

Dalam keadaan ini saya sangat-sangat “menghormati” dengan keputusan beberapa orang guru yang berjumpa saya berhasrat melepaskan jawatan sebagai guru untuk menumpukan kepada minat masing-masing. Sesungguhnya mereka ini adalah insan guru yang cemerlang dan mereka telahpun menunjukkan komitmen dalam pekerjaan. Tanpa semua orang sedari bahawa itu bukan minat mereka tetapi mereka telahpun menunjukkan kecemerlangan sebagai guru. Mereka berundur dengan kata-kata dan niat iklas yang disampaikan kepada saya “Tidak mahu musnahkan masa depan pelajar”.

Saya percaya dan yakin bahawa, mereka ini akan berjaya walau di mana sahaja mereka pergi kerana mereka bekerja dengan bersungguh-sungguh. Hanya yang tiada pada mereka adalah minat. Saya juga yakin mereka telahpun cuba untuk meminati bidang perguruan ini sepenuh hati tetapi tiada “kepuasan kerja” kerana ada yang lebih menarik untuk mereka ceburi dan bidang ini adalah untuk menunjukkan rasa hormat dan memenuhi perasaan orang yang tersayang. Namun kini mereka telah pun memenuhi hasrat itu, dan mereka kini bersedia untuk meneruskan perjalanan dan liku2 hidup menurut kehendak sendiri. Ia adalah lebih baik dari mereka yang tidak minat dalam bidang ini tetapi sukar membuat keputusan untuk diri sendiri dan sentiasa menyusahkan orang lain. Saya doakan semoga mereka ini akan berjaya walau dimana sahaja berada dan apa pun bidang yang mereka ceburi.

Dalam hidup kita ada  perkara yang penting untuk meraih kejayaan. Pertama, Lakukan perkara yang kita cintai dan kedua, Cintai perkara yang kita lakukan.  Kita akan lebih bersemangat apabila kita melakukan perkara yang kita suka. Begitu juga sebaliknya kita perlu cintai apa yang kita lakukan, jika tidak tiada kejayaan yang akan diraih. Dalam hidup, kita mempunyai beberapa pilihan. Bukan sahaja minat tetapi pegangangan hidup. Jika ada peluang, maka terokailah dan kenalilah cinta kita supaya kita mendapat ketenangan dalam hidup.. 

TERIMA KASIH CIKGU..

8 comments:

ibuintan said...

Assalamualaikum Cikgu,

semoga cikgu dan isteri sihat..

"Berundur lebih baik dari makan hati' namun tidak semua orang berpeluang melakukannya

IMANSHAH said...

Sangat bersetuju..berilah hak sebaiknya pada pelajar..jika tidak berminat dan sudah tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya pada kerjaya, berundurlah

Pn Kartini said...

assalamualaikum:)

membimbing pelajar biar dari hati nan ikhlas...di situ pasti ada keberkatanNya..InsyaAllah:)

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Ya, adalah lebih berundur jika kurang berminat dan beri laluan kepada yang berhak.

Mohamad said...

Ibuintan..
Kami berdua sihat..

Hanya yang mempunyai kekuatan yang hebat dapat melakukannya.. memang benar tidak semua orang berpeluang dan sayang apa yang sudah dikecapai..

Terima kasih

Mohamad said...

Imanshah..
Mereka memang hebat...

Mohamad said...

Pn Kartini..
Mereka ini walaupun tidak minat, mereka telah melakukan yang terbaik dan melaksanakan apa yang patut dibuat sebagai seorang guru tidak seperti yang berminat tetapi tidak melaksanakan apa yang sepatutnya...

Mohamad said...

Abd Razak...

Sama-sama kita doakan mereka akan berjaya walau dimana sekalipun. Mereka telah buat yang terbaik.. dan semoga Allah memberi keberkatan kepada mereka dan sentiasa berjaya...

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

PERJALANAN INI:


23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah


1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu


16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah


13 Februari 2012 - 20 Januari 2017 - SMK Baru, Miri


22 Januari 2017 Hingga Sekarang - SM Teknik, Sejingkat, Kuching


PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.