PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Tuesday, January 19, 2010

63. POST MORTERM

  1. Post-Morterm atau dalam bahasa melayu di sebut sebagai bedah siasat merupakan satu pemeriksaan secara terperinci ke atas sesuatu kes, biasanya dilakukan oleh pegawai perubatan ke atas mayat. Pemeriksaan di lakukan di bahagian dalam dan luar untuk mencari punca sebenar sebab-sebab kematian sama ada disebabkan oleh penyakit, radiasi, kemalangan atau kecederaan. Laporan post-morterm ini sangat penting bagi sesebuah syarikat Insurans sebelum mereka memutuskan untuk pembayaran gati rugi atau pampasan atas kes yang dipohon.

  2. Pada masa sekarang istilah ini telah digunakan secara meluas. Ia tidak terhad kepada bidang perubatan sahaja tetapi di bidang lain. Umpamanya sekiranya sesebuah pasukan bola sepak tidak dapat mengatasi pihak lawan, walaupun beberapa kali bermain dan berbagai strategi telah di atur tetapi masih lagi menunjukkan prestasi yang tidak baik. Maka post-morterm perlu diadakan bagi mencari sebab musababnya. Begitu juga dengan program-program yang kita jalankan dari masa ke semasa, sebaiknya berjaya atau tidak program tersebut, satu post-morterm perlu di adakan supaya jawatankuasa tersebut dapat menilai di mana kelemahan yang berlaku dan sama-sama mengatasi masalah tersebut untuk tahun hadapan.

  3. Walau bagaimanapun dalam kehidupan harian kita yang terlalu sibuk, kadang kala perkara yang penting ini (post-morterm) terpaksa diabaikan kerana ada program lain yang sedang menunggu dan perlu di bereskan. Begitulah seterusnya bila habis satu program, ada lagi program lain yang sedang menunggu. Oleh itu kelemahan-kelemahan yang ada di dalam program yang telah berlalu akan diulangi dari tahun ke tahun tanpa ada perubahan.

  4. Dalam dunia pendidikan post-mortem sangat penting dalam usaha kita mengatur strategi penambahbaikan prestasi akademik. Dalam konteks ini post-morterm perlu di adakan untuk mengetahui mata pelajaran yang gagal melepasi target keatas keputusan ujian atau peperiksaan. Dapatan dari post morterm ini guru atau ketua panitia mata pelajaran boleh mengatur strategi P & P yang lebih berkesan dengan menentukan strategi penambahbaikan.

  5. Selain dari itu post-morterm juga, mengajar guru-guru supaya tidak membuat tuduhan melulu kepada kohort murid. Guru hanya membandingkan murid tahun lalu dengan tahun ini secara rambang tanpa kajian tertentu. Dengan adanya post-morterm guru dapat melihat, apakah faktor sebenar selain menyalahkan kohort pada tahun tersebut.

  6. Sekiranya post-morterm dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan maka kita dapat menentukan keupayaan guru mengajar, keupayaan murid belajar, kualiti soalan sama ada menepati JSU, keberkesanan program yang telah diatur dalam palan strategik, plan taktikal dan plan operasi, pengukuhan dan penggayaan yang telah di buat kepada pelajar-pelajar yang telah di kenalpasti dalam kelompok-kelompok tertentu.

  7. Seterusnya post-morterm juga dapat memastikan program khas yang di buat oleh panitia mata pelajaran berkesan atau tidak untuk peningkatan akademik atau sebaliknya panitia mata pelajaran perlu mencari satu program yang betul-betul berkesan untuk meningkatkan keupayaan pelajar dalam menghadapi peperiksaan seterusnya meningkat pencapaian akademiknya.

  8. Program MaCS Fasa II, yang telah di lancarkan dan diguna pakai di semua sekolah adalah satu program yang sangat baik. Secara tidak langsung ia menjurus kepada satu bentuk post morterm dimana pelajar yang di dapati lemah perlu diambil tindakan segera. Guru bimbingan dan kaunseling juga berperanan penting membantu pihak sekolah dan guru mata pelajaran mengesan golongan galus atau golongan yang boleh ditolong sedikit, akan lulus. Selain dari itu guru-guru juga dapat kenalpasti tajuk-tajuk yang belum dikuasai oleh pelajar dan dengan ini dapat menentukan dengan segera tindakan pemulihan. Cuma yang penting ialah sedikit pengorbanan masa dan tenaga guru untuk mendapat yang terbaik.

No comments:

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.



Bersyukur Kita Kepada Allah S.W.T Dengan Izinnya Perancangan Pembangunan & Perancangan Peningkatan Akademik SMK Belawai Telah Berjalan Dengan Lancar. Kejayaan Paling Manis ialah pencapaian tertinggi PMR 2011 69.59% dengan GPSnya 3.05. Semoga kecemerlangan ini akan diteruskan oleh guru-guru di sana.



Sejak 13 Februari 2012 saya kini di SMK Baru Miri. Segala tenaga dan usaha kini tertumpu dipusat tanggungjawab yang baru. Perancangan 5 tahun saya bersama plan strategik sekolah sedang diatur. Harapan saya, saya akan berjaya laksanakannya sepertimana kejayaan saya di SMK Belawai dengan kerjasama dari warga SMK Baru Miri. Semuanya dengan kehendaknya jua...



Sejarah perkhidmatan:

23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah

1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu

16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah

13 Februari 2012 - sekarang SMK Baru, Miri

PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.
Anda Adalah Tetamu Saya, Kehadiran Anda Sangat-sangat dihargai. Terima Kasih
Elok Bahasa Bekalan Hidup, Elok Budi Bekalan Mati