Suasana dalam Dewan permainan Mega Lane East Bowling Centre, Bintang Megamall, Bandaraya Miri |
Pada jam 8 hingga 10 malam 18 Mei
2012 di Mega Lane East bowling Centre, Bintang Megamall, Miri digegarkan dengan
gelak ketawa daripada semua warga SMK Baru Miri yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Bowling antara guru-guru.
Suasana dalam dewan permainan tersebut riuh rendah, amat berbeza sekali dengan
suasana di sekolah yang masing-masing sibuk dengan hal dan tugas sendiri. Di
sini semua guru berkesempatan untuk menegur sapa, lebih –lebih lagi guru-guru
yang membawa family masing-masing. Sukar digambarkan dengan perkataan betapa
seronoknya guru-guru yang berada di sana dan melupakan sekejap soal
kerja.Rasanya tidak ada yang bercakap soal buku rancangan mengajar dan masalah
yang dihadapi dengan pelajar.
Kami guru hebat.. bergambar beramai-ramai selepas pertandingan |
YDP PIBG En. Anuar dan keluarga turut datang memberi sokongan |
Dari 80 orang guru dan 13 orang
staf sokongan separuh darinya menyertai pertandingan ini. Namun semua guru dan
staf semua hadir. Walau tidak bermain tetapi mereka tetap datang memberi
sokongan kepada rakan guru yang lain kecuali yang meminta izin tidak hadir
kerana ada hal lain yang tidak dapat dielakkan.
Berbagai gelagat dapat dilihat semasa pertandingan ini dijalankan. Ada yang melempar bola bowling sehingga terbabas ke dalam gelanggang, ada yang tidak menepati sasaran dan bola seringkali masuk longkang, ada yang membengkokkan badan supaya bola mengenai sasran, ada yang melompat, menjerit dan berbagai ragam lagi. Bagi yang pertama kali memegang bola bowling tentunya sangat teruja, baru nak belajar memegangnya, baru nak merasa memegangnya, yang sebelum ini hanya melihat dari jauh dan malu-malu untuk bermain. Tapi, pada malam tersebut semuanya mungkin kerana yang pergi untuk bermain itu adalah kalangan rakan-rakan yang serupa dan sama sahaja levelnya kecuali ada beberapa orang guru yang sudah mahir. Gaya lemparan bola bowling juga boleh mendatangkan kelucuan.
Gaya-gaya amatur, Bukan kemenangan yang menjadi keutamaan tetapi semangat kekeluargaan itu yang paling utama... |
Terima kasih kepada Jawatankuasa
Kecil sambutan hari guru yang diketuai oleh Cg Nurul Salwani, Cg Kamsiah, Cg
Dora, Cg Erman dan Cg Staffanie yang menjadikan sambutan hari guru pada kali
ini 16 Mei 2012 sehingga penutupannya pada 25 Mei 2012 nanti suatu yang
menarik. Komitmen dan daya usaha cikgu sangat-sangat dihargai dan tahniah
kepada semua guru kerana sanggup membayar dan tidak lokek untuk mengeluarkan
belanja sendiri. Saya berharap program pertandingan footsal pada 22 hb Mei ini
juga akan mendapat sambutan semua guru terutamanya guru lelaki.
Selain dari itu, Terima kasih
kepada En Anuar YDP PIBG yang merancang mengadakan Majlis BBQ bersama dengan
PIBG dan keluarga guru-guru dan Staf sokongan pada malam 24 Mei ini nanti.
Pengurus majlis BBQ yang diketui oleh Pn Dayang Laila Penolong Kanan HEM, kini
nampaknya sedang rancak membuat persiapan. Semoga majlis ini nanti juga akan
Berjaya untuk dilaksanakan. Kita buat untuk kita sendiri, menghargai
pengorbanan yang kita lakukan. Kita harus rasa gembira apa yang kita buat dan
gembira dengan apa yang rakan-rakan kita buat untuk kita bersama.
Kemuncak sambutan hari guru ialah
pada 25 Mei 2010 dengan program yang lebih menarik dengan penglibatan semua
warga sekolah termasuk pelajarnya. Majlis hari guru akan disambut bersama
dengan YB Datuk Lee Kim Shin DUN N.65 Senadin Merangkap Menteri Muda
Perhubungan dan Sukan.
Sempena hari guru ini juga, saya mengucapkan tahniah
kepada guru-guru yang mendapat berita gembira kerana kenaikan pangkat sebagai hadiah hari guru yang amat bermakna iaitu
(Penolong kanan Pentadbiran) Cg Boyce Ngau Anyi, (PK KK) Cg Siti Akmarliah Mohd
Amin dan (PK Hem) Cg Dayang Laila Bt Kahar yang telah dinaikkan pangkat ke
DG48(M), manakala Cg Edward Laing Epoi dinaikkan pangkat ke DG48(M) ke DG48 dan
Cg Rosmarina yang dinaikkan pangkat dari DG41 ke DG44. Tahniah kepada Cg Nur
Zatil Bayani yang telah mendirikan rumahtangga baru-baru ini dan terima kasih
kepada Cikgu Mohd Adib Bin Zunaidi (Guru Interim) yang akan tamat perkhidmatan
pada hujung bulan ini. Terima kasih kepada semua guru SMK Baru yang sentiasa
memberi kerjasama baik kepada saya sepanjang saya bertugas di sini sehingga
sekarang..
Terima kasih Cikgu..
7 comments:
Syabas dan tahniah Cikgu!Terbaek dari kita semua
Tahun depan jumpa lagi...kali ini team building pulak.
Syabas dan tahniah Cikgu!Terbaek dari kita semua
Syabas dan tahniah Cikgu!Terbaek dari kita semua
terima kasih pdafida..
Assallamualaikum..
Lama saya tak berkunjung ke sini..masih di seberang ka..bila agaknya akan bertukar ke Semenanjung..
Nadz, saya masih di Miri. Maaf lambat membalas. Sangat sibuk.. Selamat menjalani Ibadah Puasa..
Post a Comment