Saya baru saja terbaca dalam Fb rakan - Cg Aseng Kuman tentang satu cercaan keatas Bangsa Melanau oleh seorang yang tidak jelas latarbelakangnya. Walau bagaimanapun, perkara ini tidak sepatutnya berlaku dalam masa kerajaan mahukan semua rakyat bersatu dengan slogan 1 Malaysia. Kita perlu hidup dalam keadaan rukun damai dan dalam keadaan hubungan kaum yang harmonis. Dengan kebiadaban yang ditunjukkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab ini, sedikit sebanyak telah menimbulkan keresahan dan rasa marah kepada sesiapa sahaja yang berbangsa Melanau atau bangsa-bangsa lain yang dicemuh, lebih-lebih lagi jika identiti sipenulis dikenalpasti nama dan bangsanya.
Perkara ini bukan suatu yang baru, sebelum ini pun dalam kotak shoutmix blog sekolah ada orang yang berbuat begitu. Banyak kata-kata yang saya sendiri pun tidak sanggup menulis di sini yang mencemuh dengan perasaan rasa sakit hati yang meluap-luap. Ustaz Rozaidi Abd Rahman ketika itu yang mengendalikan blog sekolah memaklumkan kepada saya dengan bukti cetakan kenapa kotak shoutmix perlu ditiadakan. Saya percaya orang yang berbuat demikian mungkin bermasalah dengan rakan, guru atau sesiapa sahaja tetapi kemarahan itu ditujukan kepada bangsa tersebut. Sepatutnya selesaikan sahaja antara mereka bukannya mencemuh sebegini.
Isteri saya juga berdarah Melanau. Bapanya berasal dari Kampung Jemoreng, Matu. Walaupun dilahir dan dibesarkan di Sibu, apabila saya tunjukkan gambar di atas rasa marah tidak dapat disembunyikan lagi. Tentunya ada komen tertentu kepada orang seperti ini.
Sebelum ini saya ada dengar "Joke" daripada rakan-rakan, tetapi sekadar dengar sahajalah. Saya yakin setiap bangsa pun ada cerita disebaliknya, tetang asal usul nama sesuatu bangsa itu. Sama ada bangsa Cina, India, Melayu, Iban dan lain-lain. Cerita ini bukan cerita benar tetapi sengaja direka-reka secara spontan dan untuk main-main atau tujuan bergurau sesama sendiri, tetapi bukan bertujuan menyakiti hati mana-mana bangsa. Kita tahu, bangsa bumiputra di Malaysia adalah datangnya dari rumpun yang sama, kecuali Orang Asli dan mereka yang datang di Malaysia pada zaman perkembangan Bijih Timah dan Getah yang dibawa masuk oleh penjajah.
Izinkan saya berkongsi cerita (Bukan cerita sebenar tetapi yang saya dengar sebagai cerita jenaka sahaja asal usul bangsa Melanau). Tidak bertujuan mengaibkan sesiapa, sekadar mengatakan cerita-cerita begini memang ada diceritakan oleh masyarakat lain. Begitu juga kita sendiri, sudah tentu ada cerita tentang orang lain dari persepsi kita sendiri.
Pada suatu masa dahulu ada sekumpulan manusia di Sarawak yang sangat cintakan laut. Ada antara mereka yang tinggal dipesisir pantai dan ada yang tinggal di dalam kapal di laut. Yang tinggal di laut sangat jahat dan mereka suka merompak, mencuri dan sebagainya, perangai mereka seolah-olah macam lanun. Golongan ini tidak disukai oleh pemerintah Sarawak pada ketika itu (Zaman pemerintahan Rajah Brooke) dan mereka ini selalu diburu.
Golongan yang tinggal di persisir pantai pula sangat iri hati dengan Orang Melayu kerana bangsa ini dikatakan sangat disayangi oleh pemerintah kerana sikap lemah lembut dan senang ditadbir serta tidak menimbulkan banyak masalah. Sehinggalah suatu ketika, orang-orang yang tinggal di laut dan di persisir pantai berpakat, bersatu untuk berperang dengan askar pemerintah dengan harapan boleh menang. Malangnya selepas berhari-hari berperang, malah berlarutan berminggu-minggu, ramai yang telah mati ditembak oleh askar pemerintah. Apabila sudah ada tanda-tanda akan kalah dan untuk mengelakkan golongan ini pupus, mereka telah berpakat untuk menyerah diri.
Untuk mengelak diri dari ditembak semasa menyerah diri mereka pun menjerit beramai-ramai berulangkali" We Are Malay Now, We Are Malay Now...", Askar pemerintah terpinga-pinga dan bertanya, "What? You Are Malay Now? Lalu mereka menjawab lagi, "Yes We Are Malay Now...", Oleh kerana orang-orang ini mengaku bahawa mereka sekarang adalah berbangsa Melayu, dan bangsa ini disayangi oleh pemerintah, maka askar-askar ini mengambil keputusan sendiri menamatkan peperangan dengan orang-orang ini.
Tindakan memberhentikan oleh peperangan diketahui oleh pemerintah dan orang yang bertanggungjawab dipanggil. Apabila ditanya oleh pemerintah kenapa peperangan dihentikan, dengan segera dia menjawab, "They Are Malay Now", mereka sekarang adalah Melayu, pemerintah tidak bermusuh dengan bangsa ini. Maka peperangan perlu dihentikan. Mereka adalah "Malay Now". Lama kelamaan bila disebut berulang-ulang kali, akhirnya wujudlah perkataan "Melanau".
Seperti yang saya sebutkan tadi, jangan mempercayai cerita ini. Saya mohon maaf pada semua rakan-rakan berbangsa Melanau jika tersentuh. Kita lama bekerja bersama-sama untuk mencapai impian, untuk maju kehadapan. Jangan hiraukan apa yang orang lain kata. Marilah kita berusaha kearah kecemerlangan.
Saya percaya bangsa Melanau adalah satu bangsa yang sangat unik, sangat berpegang teguh kepada kekeluargaan, Saling hormat menghormati antara satu sama lain, walaupun berlainan agama, ada yang Islam, Kristian atau yang
"Likau" tiada agama. Mereka dapat hidup bersama-sama dalam satu bumbung dengan mengenepikan perbezaan agama yang menjadi masalah besar. Seorang rakan yang saya kenali (Nama dirahsiakan) dan sangat dihormati oleh masyarakat telah mengizinkan anak lelakinya berkahwin dengan seorang guru agama dari Semenanjung.
Sikapnya amat terpuji. Bahkan ia berpesan kepada anaknya, jika kamu mahu menjadi seorang Islam, kamu perlu mendalami agama itu seperti mana mereka yang sudah lama dalam agama itu. Kebetulan sepupu saya Wan Bushra Wan Yusuf yang juga mengenali beliau, kerana sering berulang-alik membuat Audit dari Putrajaya, selalu memuji sikap beliau kepada saya. Begitu juga dengan rakan yang banyak menolong saya semasa mula-mula sampai ke Mukah pada tahun 1993 Mr.K (Bukan nama sebenar- Bukan Islam) yang seringkali menghantar emaknya ke Mekah.
Seperti yang dikatakan oleh PPD Mukah, Cg Abd Wahab Sapawi semasa Mesyuarat Pengurusan Pendidikan 1/2010 pada awal tahun ini, Orang-orang Melanau sebenarnya adalah satu bangsa yang mempunyai IQ yang sangat tinggi. Jika dilihat kepada pencapaian akademik, Bahagian Mukah telah memperlihatkan peningkatan yang sangat mendadak berbanding Bahagian lain. Oleh itu kita perlu yakinkan para pelajar tentang kebolehan dan potensi diri mereka. Malah Pejabat Pelajaran Bahagian Mukah telah menerima berbagai anugerah dari Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak dan dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekarang matlamat kita di Bahagian Mukah, Kita berazam supaya Jabatan Pelajaran Bahagian Mukah - Yakni Daerah Mukah, Dalat dan Daro nanti akan menjadi Bahagian contoh kepada bahagian-bahagian lain Di Malaysia. InsyaAllah.
2 comments:
tak bertamdun langsung la org yg mgata tentang melanau tu.. jgn2 mreka jeles tgk bgsa melanau yg byk brjaya..
Salam miszhana,
Belajar rajin2 nanti dah lulus dengan baik cari kerja kerja yang bagus2, tentu kita tidak dipandang rendah kan.. teruskan usaha sehingga berjaya. T.k
Post a Comment