Hari ini saya rasa sangat gembira dan sangat-sangat bersyukur, disamping sejuknya permulaan hari Khamis kerana hujan, sejuk lagi hati saya apabila melihat semua kelas berada dalam keadaan bersih dan terurus kecuali beberapa kelas yang masih lagi dalam peringkat permulaan ke arah mencari identiti tersendiri. Tahniah kepada semua guru tingkatan dan para pelajar yang telah memberi kerjasama dalam pengurusan bilik darjah.
Saya masuk semua kelas kecuali tingkatan 1 di blok makmal. Tidak sempat kerana ada urusan yang menunggu saya di pejabat. Saya yakin semua guru dan pelajar sangat-sangat memahami, bukan sahaja kehendak saya tetapi hak-hak kita sebagai manusia untuk mendapatkan persekitaran yang bersih dan selesa. Saya juga yakin dengan kelas yang bersih dan teratur ini pengajaran & pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Apabila P & P berjalan dengan lancar maka ilmu yang disampaikan dapat diterima oleh pelajar dengan sempurna.
Saya percaya guru-guru memahami BOS ( Blue Ocean Strategi ) atau ada yang menterjemahkannya sebagai Strategi Samudera Biru. Strategi ini menyatakan bahawa dalam business yang sama kita perlu mempunyai sedikit "sentuhan" kelainan supaya kita akan berjaya berbanding dengan syarikat yang satu lagi. Umpamanya Air Asia, Walaupun ia merupakan syarikat penerbangan yang baru ditubuhkan tetapi dengan strategi pemasarannya maka syarikat ini telah melonjak berbanding dengan syarikat penerbangan lain. Dengan strategi tambang murahnya, Air Asia membuat keuntungan yang berlipat kali ganda. Walaupun ada kritikan, orang ramai masih lagi memilih Air Asia dengan Mottonya "Everyone can fly".
Penerapan BOS dalam pengurusan pendidikan diharap dapat memberi kesan yang positif dan saya mengharapkan SMKB akan ada perubahan yang drastik. "Business" kita adalah sama dengan sekolah-sekolah lain di seluruh Malaysia dan sesama kita di sesebuah sekolah. Apa yang pasti adakah kita (guru) sebagai pengurus dapat memahami dan mempunyai "target" untuk diri sendiri bahawa kita kena buat yang terbaik untuk diri sendiri dan untuk orang lain yang kita urus.
Tahniah sekali lagi kepada semua guru dan para pelajar. Semua ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk membina SMKB kerana saya mula mendapat petunjuk bahawa saya mempunyai sokongan yang kuat dari guru-guru yang mempunyai keyakinan diri yang kental. Sama-samalah kita berusaha menjadikan SMKB sebagai sekolah contoh di Daerah Daro dan seterusnya pada peringkat yang lebih tinggi. TERIMA KASIH CIKGU
4 comments:
Cikgu, salam.
Saya percaya usaha murni Cikgu akan sentiasa mendapat sokongan semua guru.
Kejayaan sekolah, kejayaan mereka juga. Kejayaan mereka kejayaan Cikgu juga.
Amat penting melakukaan berubahan, tetapi amat lebih penting untuk mengekalkan perubahan baik itu...
Terima kasih mantan.. Cikgu lebih berpengalaman dr saya.
Kalau kat kilang kami menggunakan pendekatan 6S utk melakukan "Housekeeping"
Che gayah,
Apa maksud 6s tu. Nak tau juga. Barangkali boleh digunakan di sekolah untuk menambah kebaikan. T. Kasih
Post a Comment