PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Tuesday, July 13, 2010

95. Jom Berubah... Change Your Mind and Your Life Will Follow

Gambar hiasan-sumber google

Anak-anakku, anak-anak murid ku, Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu sehingga kamu mengubahnya sendiri.
Perubahan memang menakutkan tetapi sayang sebahagian besar dari kita masih lagi menjadi pengikut dan enggan menjadi pemimpin dan mencipta cara-cara baru. Bagi mereka yang berani sudah tentu menghadapi risiko dan berperinsip "Lebih baik meminta maaf dari meminta izin". Mereka bukan pembangkang tetapi mengambil tindakan dengan realistik.
"Kemajuan mustahil dicapai tanpa perubahan dan mereka yang enggan mengubah fikiran mereka tidak boleh mengubah sesuatu apa pun."
- George Bernard Shaw ( Rhenald Kasali, PHD)

Friday, July 9, 2010

94. D.I.D.I.K

Semasa perjalanan pulang dari mengahdiri mesyuarat kewangan dan mesyuarat staf PPD Mukah pada 8 Julai 2010, sempat saya menjenguk majlis Konvokasyen ke 3 Politeknik Mukah. Agak lama juga tidak menghadiri majlis seperti ini, sekurang-kurangnya bukan sebagai tetamu tetapi sekadar jalan-jalan melihat gerai-gerai jualan yang menjual pelbagai jenis barang dan melihat gelagat para graduan yang bergembira meraikan kejayaan masing-masing.

Majlis Konvokasyen tersebut dirasmikan oleh Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, mewakili Ketua Menteri Sarawak. Dalam ucapannya Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu menyatakan dalam usaha mencari ilmu untuk kehidupan kita tidak boleh jauh dengan perkataan DIDIK. D yang pertama ialah dedikasi, dalam mencari ilmu semua pelajar perlu ada motivasi dan perlu bekerja keras untuk mencapai kejayaan selain dibantu oleh ibu bapa dan guru-guru, pelajar perlu bekorban untuk diri sendiri untuk mencapai kejayaan.
I untuk Intelligent (cerdas, pandai) - Rakyat Malaysia perlu pandai berfikir dan membuat keputusan yang baik untuk diri dan masyarakat. D seterusnya ialah Discipline (Disiplin)- Tanpa disiplin yang kuat, kejayaan tidak akan tercapai. I pula untuk Integrity (integriti) iaitu sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya dan yang terakhir ialah K untuk Knowledge (Ilmu Pengetahuan) - Dengan ilmu seseorang dapat berfikir dengan bijak dan negara akan kekal mamur selamanya. Gandingan semua perkataan ini DIDIK maka kita boleh bersedia untuk bersaing di pasaran global.

















Gambar-gambar sekitar Majlis Konvokasyen Politeknik Mukah. Gambar atas kiri- Pelajar Cemerlang sedang menerima sijil..

Thursday, July 8, 2010

93. Perkongsian Ilmu - MRSM Mukah

Alhamdulillah, seperti mana doa yang dibaca oleh Ustaz Sarkawi dan Tuan Hj. Mustapha diawal setiap kali bermesyuarat, mesyuarat kewangan dan mesyuarat staf 2/2010 pada 6-7 Julai 2010 telah berjalan lancar seperti yang dirancang. Banyak teguran kepada sekolah oleh Pengarah Pelajaran Sarawak yang disampaikan oleh PPD Mukah Cikgu Abdul Wahab Hj Sapawi, dan menjadi tanggungjawab kepada semua pengetua dan guru besar untuk disampaikan kepada guru-guru.
Selain dari itu mesyuarat juga telah diselitkan dengan satu slot perkongsian ilmu dengan MRSM Mukah yang baru sahaja beroperasi. Banyak info berguna yang disampaikan oleh Timbalan Pengetua HEA MRSM Mukah, En. Azman b. Muda dan Timbalan Pengetua HEPnya, En. Abu Zaki b. Ahmad Affandi, terutamanya bagaimana Sistem Pendidikan MRSM dilaksanakan.
Berulangkali En. Azman ulangi, jangan jadikan MRSM sebagai "Musuh" tetapi melihat ia sebagai saingan sihat kerana tujuan pendidikan adalah sama iaitu bagaimana caranya kita ingin menyampaikan satu wadah pendidikan terbaik kepada semua pelajar. Bezanya sedikit sahaja, MRSM berfokus kepada kecemerlangan dengan target, seberapa ramai pelajar yang boleh mendapat A dalam semua mata pelajaran bukan setakat lulus dan cemerlang. Ini kerana pelajar-pelajar yang diambil adalah pelajar yang boleh lulus dan cemerlang, maka cemerlang yang ertikata sebenar pada pandangan MRSM ialah bilangan A's yang mereka perolehi.
Dari penerangan yang diberikan, ternyata perjalanan MRSM adalah sama dengan sekolah-sekolah lain tetapi namanya mungkin diubah contohnya Kelas disebut kuliah, Kelas P & P dipanggil Kelas Pesediaan Akademik(Prep) yang diadakan siang dan malam, Ujian Penggal (Ujian Selaras Kebangsaan) yang soalannya digubal oleh Jawatan Kuasa Penggubalan soalan, Hari Permuafakatan (Konfrensi Akademik), Program-program lain yang diadakan menjurus kepada kecemerlangan Akademik ialah program motivasi, kem cuti, seminar subjek & teknik menjawab, kelas tambahan, kelas pemulihan, program intervensi dll.
Selain dari itu yang menarik ialah MRSM sangat menekankan Sistem Bimbingan Rakan Sebaya spt Mentor-mentee, "Buddy System", Elite Group dan sebagainya untuk memastikan semua pelajar diberikan bimbingan oleh rakan-rakan serta guru untuk peningkatan pencapaian. Semua orang mesti berjaya, bukan kejayaan individu tetapi kejayaan bersama. Selain pencapaian akademik MRSM juga sangat mengutamakan Ko-kurikulum.
Kedua-dua Timbalan Pengetua ini menyatakan, MRSM positif berjaya kerana guru-guru yang berkhidmat memang ada "Budaya" MRSM. Jika guru sudah tahu Visi dan Misi untuk dicapai untuk diri dan organisasi maka semua menjadi mudah. Jadi untuk menunjukkan MRSM dipandang tinggi maka pemilihan sebutan terbaik dipilih. Penolong Kanan Pentadbiran dipanggil kepada Timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik (HEA), Penolong Kanan HEM dipanggil Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar (HEP) begitu juga Penolong Kanan Ko-k dipanggil Timbalan Pengetua Ko-kurikulum dan seterusnya. Dengan cara ini, motivasi guru dan pelajar akan hadir bersama seterusnya MRSM terus cemerlang dengan targetnya...
GURU-GURU SMKB - SAMA- SAMALAH KITA JADIKAN MRSM SEBAGAI CONTOH DAN BERUSAHA KERANA KITA SENDIRI YANG MEMBINA KEJAYAAN - TERIMA KASIH CIKGU

Thursday, July 1, 2010

91. Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri di Miri Pada 28-30 Jun 2010

Sambutan hari guru peringkat Kebangsaan sudah lama berlalu - 16 Mei 2010 tetapi bagi peringkat sekolah bermula minggu ini dengan permulaan majlis makan malam di RH Hotel Sibu. Ini adalah kali ke dua majlis makan malam di buat di luar kawasan sekolah. Sederhana dan tetap meriah dengan kedatangan guru-guru bersama-sama dengan keluarga masing-masing. Tahniah kepada guru-guru yang bertungkus lumus atas usaha murni ini dan mahu melihat SMKB terserlah setanding dengan sekolah-sekolah lain untuk memberi sesuatu yang terbaik kepada guru-guru. Seterusnya, sambutan hari guru bersama-sama dengan pelajar dan PIBG SMKB diadakan pada hari ini Khamis 1 Julai 2010. Majlis diserikan dengan kehadiran YB Datuk Hj Hamden, untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar cemerlang PMR dan SPM 2009 serta guru-guru yang telah berjaya meningkatkan peratusan dalam subjek masing-masing sama ada PMR atau SPM.
Sambutan hari guru peringkat Negeri baru bermula, dengan pendaftaran peserta pada jam 2.00pm - 5.00pm petang Isnin dan akan berakhir pada 30 Jun 2010. Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri ini telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak di Dewan Suarah Miri jam 11.20am, tempat di mana Pameran Hari Guru diadakan.Berbagai acara disusun oleh AJK Pengelola bermula dengan Aktiviti gotong royong di Pantai Tanjong Lobang, Ceramah keagamaan di Kolej TDT Hj Bujang ( Ceramah diadakan mengikut agama masing2 - Lain2nya di Dewan SK St Columba dan Bilik Multimedia SJK Chung Hua Miri ).
Forum Gaya Hidup Sihat dan Forum diadakan di IPG Miri, Seterusnya Lawatan ke Petronas dan Sun Flower. Majlis Makan Malam bersama Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam pula di Eastwood Golf and Country Club. Sedikit Info dan gambar2 yang dapat saya rakamkan sepanjang Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri 2010 di Miri.



(Mohon maaf gambar lain tidak dapat di muatkan kerana masalah Internet- slow. saya akan masukkan kemudian - T.Q)

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

PERJALANAN INI:


23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah


1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu


16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah


13 Februari 2012 - 20 Januari 2017 - SMK Baru, Miri


22 Januari 2017 Hingga Sekarang - SM Teknik, Sejingkat, Kuching


PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.