PESAN SAIYIDINA ALI RA
Thursday, June 24, 2010
90. PERUBAHAN YANG DRASTIK..
Tuesday, June 22, 2010
89. I LOVE ACCOUNTING, WE LOVE ACCOUNTING
GURU KREATIF DAN INOVATIF
ACCOUNTING POEM
ACCOUNTING CIRCLE OF LOVE
( Kenangan dari seorang rakan semasa praktikal di Syarikat Majutani Keda, Kedah pada tahun 1990, Jalan Stadum. Alor Setar - Difahamkan sekarang sudah tiada lagi, telah ditutup )
I will debit your eyes
If your credit my love
I will post journal your account
To the ledger of my heart
I will bring down the balance
And double rule the amount
Balance will be extended
To the worksheet of our romance
Trial balance will show
We are meant for each other
Adjust entries …… my dear
We’ll make our love forever
Profit and loss statement
Tell us what will happen
If our balance of love
Will still be the same
Closing entries my dearest
Will lead us to heaven
Post closing trial balance
Connec trusted to be our guide
Accounting is finished my sweet
Let’s see our balance sheet
Does our balance sheet profit?
Oh! My…. Goodness! Goodness! Goodness!
Twelve little naughty kid !!!
Sunday, June 20, 2010
88. BOSS VS PEMIMPIN
Harian Metro - 19.6.2010 Edisi Sarawak.Perbandingan yang diberikan oleh H. Gordon Selfridge antara seorang Boss dan seorang Pemimpin
- People will sit up and take notice of you if you will sit up and take notice of what makes them sit up and take notice.
- The boss drives his men; the leader coaches them.
- The boss depends upon authority; the leader on good will.
- The boss inspires fear; the leader inspires enthusiasm.
- The boss says "I"; the leader, "we."
- The boss fixes the blame for the breakdown; the leader fixes the breakdown.
- The boss knows how it is done; the leader shows how.
- The boss says "Go"; the leader says "Let's go!"
- The customer is always right.
Terima kasih kerana panggil saya " CIKGU"
Wednesday, June 16, 2010
87. Are You A Leader?
Pemimpin dan kepimpinan tidak dapat dipisahkan dan seringkali dibincangkan dan tiada noktah kesudahan sejak dahulu lagi. Jika dilihat dari definisi yang diberikan oleh pengkaji-pengkaji teori kepimpinan rata-rata bersetuju bahawa pemimpin "A leaders ability to influence people to proactively take actions necessary for realizing a positive outcome," Ia adalah penting untuk kejayaan sesuatu organisasi."influence" is NOT hammering an employee over the head to complete a task," dan pengaruh tersebut biarlah pengaruh konstruktif yang disertakan dengan kompentensi. Semua orang di muka bumi ini adalah pemimpin, Pemimpin datang dan pergi, kadang-kadang dipuji, dicaci, diumpat, difitnah dan pelbagai tomahan dileparkan. Dan tidak semua pemimpin berjaya walaupun memimpin hidup dan keluarga sendiri. Namun begitu sesuatu yang sangat penting, seseorang pemimpin perlu ada Ilmu pengetahuan, mesti berkarisme dan menggunakan kuasa yang ada dengan sebaik mungkin. Semua orang adalah pemimpin, dan jika di Sekolah, bukan Pengetua dan Guru Besar sahaja pemimpin, Guru-guru juga adalah pemimpin kepada anak-anak muridnya. Guru-guru yang sangat dekat dengan anak-anak muridnya. Guru-guru yang dapat mempengaruhi anak-anak murid ke jalan kecemerlangan. Cemerlang di dunia dan Cemerlang di akhirat.
Penilaian orang kepada pemimpin adalah berbeza-beza antara satu sama lain, Menurut Ybhg. Profesor Dr. Jamil Hj. Hamali ada orang menilai pemimpin dari dari :
- Seyuman - ada pemimpin yang susah nak senyum dan kelihatan sombong dan bongkak. Ada pemimpin yang sangat manis dipandang serta manis tutur katanya dan menjadi idola kepada pengikutnya.
- Salam [ Berjabat tangan ] - Pemimpin juga dinilai melalui cara bagaimana ia berjabat tangan, Iklas atau tidak. Ada pemimpin yang memberi tumpuan kepada orang2 tertentu sahaja atau hanya kepada yang berkepentingan atau yang disukainya.
Sikap - Ada pemimpin yang mengambil sikap acuh tidak acuh dalam pekerjaan, sikap tidak peduli dan ada pemimpin yang mengambil sikap yang positif. Sesuatu rancangan akan berjaya jika bekerja bersungguh.
Bermaklumat / terancang - Ada pemimpin yang beilmu dan ada yang cukup apa yang ada. Jika ditanya, jawapan tidak tahu? Ini menjatuhkan maruah. Perkembangan semasa tidak diketahui. Perkembangan teknologi tercanggih. Jalur lebar tetapi akalnya sempit.
Pakaian - Ada pemimpin yang dilihat segak bergaya dan ada pemimpin yang selekeh. Busuk, Pemalas dan Kedekut untuk diri sendiri.
Selain dari itu menurut beliau ada pemimpin yang selalu memberi pelbagai alasan alasan untuk mengelak dari melakukan pelbagai perkara yang diarahkan kepadanya.
- Kesihatan tak bagus - Mengelak dengan memberi alasan sakit, demam, batuk, asma dan sebagainya dengan harapan bukan dia yang melaksanakannya. Contohnya jika diminta mengahdiri kursus, pembentangan kertas kerja dan sebagainya.
Tidak mempunyai kepakaran / tidak tahu / tiada pengalaman - Diminta menulis minit mesyuarat, tidak tahu? Diminta memasang PA Sistem, tidak tahu? Diminta itu dan ini, semuanya tidak tahu. Sedangkan yang diminta untuk dilaksankan adalah perkara yang senang tanpa mendapat didikan formal.
Umur - Alasan ini juga sering digunakan. "Saya dah tua, 1 tahun lagi nak pencen, berikan sahaja pada orang lain," atau "Saya masih "fresh", baru sahaja lapor diri, saya tak tahu nak buat.
Nasib - " Dari pengalaman saya, kalau saya pergi tentu kalah pasukan kita, suruh orang lain sahajalah yang pergi,"
Oleh itu pilihlah mana satu pemimpin yang dikehendaki oleh oleh kita. Sama ada,
- Pemimpin Siaran - Cakap sahaja tetapi tidak buat.
- Pemimpin Sinaran - Cakap dan melaksanakannya dengan cekap dan berkesan.
- Pemimpin Sialan - Cakap lain buat lain (Cakap Tak Serupa Bikin)
"Every leader is a boss. But every boss is not the leader. The boss is respected and obeyed because of his/her seniority. A leader is respected and looked up to as a example not only because of seniority but mainly because of the qualities of character and ability".
Monday, June 14, 2010
85. Seminar Kepimpinan Islam Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Pelajaran Sarawak 2010 7-9 Jun 2010
Ini kali pertama saya menjejakkan kaki di Pusat Latihan Sarawak. Perjalanan ke sana dari Bandaraya Kuching yang memakan masa kurang lebih setengah jam terubat apabila sampai di Pusat Latihan tersebut yang kelihatan sangat menarik. Sangat kondusif. Pemilihan tempat sangat sesuai. Sebenarnya, untuk mengadakan seminar atau kursus tidak perlu hotel mewah memadailah tempat seperti ini disamping dapat menjimatkan belanja.
84. Hutang..
Macam tidak percaya bila masuk pejabat pagi ini 14 Jun 2010, di atas meja ada bungkusan pos laju. Bila dibuka, kad kredit dari Bank Rakyat. Pada hal suratnya pada 6 Mei 2010 menyatakan, dukacita pemohonan tidak dapat dipertimbangkan. Nampaknya pihak bank telah mengubah fikiran, permohonan akhirnya telah dipertimbangkan, setelah saya terpengaruh dengan kata-kata manis penaja kad tersebut di PPD, Mukah awal tahun ini dengan tawaran hadiah yang harganya tidak sampai RM10.00.
Saya pernah menolong rakan-rakan dan saudara mara yang minta pertolongan. Ada sahabat yang berhutang kerana terpaksa, anak sakit dan berjanji akan bayar esok tetapi lupa hingga hari ini. Ada saudara mara yang datang ke rumah bertangisan bagai tak cukup kain untuk mengelap air mata, minta hutang kerana api elektrik dan air dipotong tetapi lupa bila sudah menerima KWSP, Ada yang datang minta hutang kerana tiada tambang kapalterbang anak nak balik dari UUM ke Sibu untuk berhari raya tetapi lupa hingga sekarang walaupun anaknya sudah bergelar cikgu, ada yang datang menggeletar ketakutan kerana di kejar Ah Long tetapi lupa bila sudah jadi taukey kuih, Seorang sahabat Tuan Haji *** sanggup menyembah, minta hutang untuk selamatkan "business komputernya" yang hampir gulung tikar tetapi seringkali mengelak dari bertemu. Saudara mara yang berhutang ini juga tidak lagi datang ke rumah dan jika berjumpa di mana-mana sering mengelak. Jika sedikit dapatlah disedekahkan tetapi jika sudah beribu? Bagaimana? Allah sahaja yang maha mengetahui... Lembutnya hati orang yang hendak menolong tetapi kerasnya hari orang yang mahu membayar balik. Orang-orang yang tidak membayar hutang mungkin terlepas daripada hukuman di dunia ini, tetapi mereka tidak terlepas daripada hukuman di akhirat kelak.Sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah di hari Hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi.”
Wednesday, June 2, 2010
83. Zon Tanjung Manis Tuan Rumah PSKPP dan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Daro 2010
Ahli Majlis Mesyuarat Bergambar Beramai-ramai bersama PPD Daerah Daro Cg Awet Bin Gapor di Dataran Ilmu SMK Belawai sebelum bertolak pulang ke kawasan masing-masing.
Tuesday, June 1, 2010
82. Tak pasal-pasal cari pasal...
Perkara ini bukan suatu yang baru, sebelum ini pun dalam kotak shoutmix blog sekolah ada orang yang berbuat begitu. Banyak kata-kata yang saya sendiri pun tidak sanggup menulis di sini yang mencemuh dengan perasaan rasa sakit hati yang meluap-luap. Ustaz Rozaidi Abd Rahman ketika itu yang mengendalikan blog sekolah memaklumkan kepada saya dengan bukti cetakan kenapa kotak shoutmix perlu ditiadakan. Saya percaya orang yang berbuat demikian mungkin bermasalah dengan rakan, guru atau sesiapa sahaja tetapi kemarahan itu ditujukan kepada bangsa tersebut. Sepatutnya selesaikan sahaja antara mereka bukannya mencemuh sebegini.
Isteri saya juga berdarah Melanau. Bapanya berasal dari Kampung Jemoreng, Matu. Walaupun dilahir dan dibesarkan di Sibu, apabila saya tunjukkan gambar di atas rasa marah tidak dapat disembunyikan lagi. Tentunya ada komen tertentu kepada orang seperti ini.
Sebelum ini saya ada dengar "Joke" daripada rakan-rakan, tetapi sekadar dengar sahajalah. Saya yakin setiap bangsa pun ada cerita disebaliknya, tetang asal usul nama sesuatu bangsa itu. Sama ada bangsa Cina, India, Melayu, Iban dan lain-lain. Cerita ini bukan cerita benar tetapi sengaja direka-reka secara spontan dan untuk main-main atau tujuan bergurau sesama sendiri, tetapi bukan bertujuan menyakiti hati mana-mana bangsa. Kita tahu, bangsa bumiputra di Malaysia adalah datangnya dari rumpun yang sama, kecuali Orang Asli dan mereka yang datang di Malaysia pada zaman perkembangan Bijih Timah dan Getah yang dibawa masuk oleh penjajah.
Izinkan saya berkongsi cerita (Bukan cerita sebenar tetapi yang saya dengar sebagai cerita jenaka sahaja asal usul bangsa Melanau). Tidak bertujuan mengaibkan sesiapa, sekadar mengatakan cerita-cerita begini memang ada diceritakan oleh masyarakat lain. Begitu juga kita sendiri, sudah tentu ada cerita tentang orang lain dari persepsi kita sendiri. Pada suatu masa dahulu ada sekumpulan manusia di Sarawak yang sangat cintakan laut. Ada antara mereka yang tinggal dipesisir pantai dan ada yang tinggal di dalam kapal di laut. Yang tinggal di laut sangat jahat dan mereka suka merompak, mencuri dan sebagainya, perangai mereka seolah-olah macam lanun. Golongan ini tidak disukai oleh pemerintah Sarawak pada ketika itu (Zaman pemerintahan Rajah Brooke) dan mereka ini selalu diburu.
Seperti yang dikatakan oleh PPD Mukah, Cg Abd Wahab Sapawi semasa Mesyuarat Pengurusan Pendidikan 1/2010 pada awal tahun ini, Orang-orang Melanau sebenarnya adalah satu bangsa yang mempunyai IQ yang sangat tinggi. Jika dilihat kepada pencapaian akademik, Bahagian Mukah telah memperlihatkan peningkatan yang sangat mendadak berbanding Bahagian lain. Oleh itu kita perlu yakinkan para pelajar tentang kebolehan dan potensi diri mereka. Malah Pejabat Pelajaran Bahagian Mukah telah menerima berbagai anugerah dari Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak dan dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekarang matlamat kita di Bahagian Mukah, Kita berazam supaya Jabatan Pelajaran Bahagian Mukah - Yakni Daerah Mukah, Dalat dan Daro nanti akan menjadi Bahagian contoh kepada bahagian-bahagian lain Di Malaysia. InsyaAllah. RAKAN GURU YANG DIHORMATI...
Popular Posts
-
Semasa kita menjawat jawatan sebagai guru atau selepas kita keluar maktab atau university dan posting ke sekolah, dalam hati sebilangan bes...
TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA
PERJALANAN INI:
23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah
1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu
16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah
13 Februari 2012 - 20 Januari 2017 - SMK Baru, Miri
22 Januari 2017 Hingga Sekarang - SM Teknik, Sejingkat, Kuching
PENAFIAN :
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.
Mohamad.