PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Tuesday, May 11, 2010

75. Hangit...

Adoi.. mau hilang sabar juga hari ini bila 2 orang pekerja pembersihan tiba-tiba masuk untuk menyapu di dalam bilik sedang saya sibuk-sibuk untuk membereskan semua kerja sebelum punch out. Ikutkan hati mau cakap terus terang saja. Tapi tak sanggup lagi nak cakap. Terus keluar bilik dan buka pintu luas-luas. KPT di luar tersenyum bila melihat saya bergegas keluar. Rupa-rupanya mereka dah tahu sebabnya.
"Kenapa boss?" Diyana pura-pura bertanya. "Tak ada apa-apa!" Jawab saya sambil menjeling kepada pekerja tersebut.
Dari cerita orang kat pejabat, itu bukan kali pertama. Tapi dah berbulan sejak Januari lalu bila pekerja pembersihan baru diambil, tapi mereka tak tercakap. Bila ada pekerja pembersihan masuk mereka yang tolong bukakan pintu bilik saya supaya hilang semua bau. Kemudian di sembur dengan pewangi bilik. Patut le bila saya siap meronda semua kawasan sekolah dan masuk ke pejabat bau wangi giler.
Belum pernah saya tercium bau badan yang keterlaluan begitu. Barangkali dalam bilik tertutup dan berhawa dingin. Ramai pelajar yang masuk ke dalam bilik saya atas sebab disiplin dan sebagainya, tetapi bau badan (Ketiak) mereka tak lah seteruk mana sehingga terasa hilang sabar dan hilang semua idea.
Akhirnya saya panggil seorang darinya dan minta dia "Slow talk" dengan rakan tersebut supaya menjaga penampilannya. Kalau saya yang cakap nanti berkecil hati pula.
Bukan niat untuk menghina. Bau ketiak kita pun bukannya sedap sangat jika kita bekerja, bermain dan berpeluh. Tidak dinafikan jika bau badan kita sendiri kita tidak sedar tetapi bila kita ditegur atau melihat riak orang lain yang pegang-pegang hidung jika berdekatan dengan kita sudah tentu kita tahu ada sesuatu yang tak kena. Begitu juga dengan bau mulut. Jika dah tahu carilah jalan mengatasinya. Jagalah cara mengambilan makanan atau carilah ubat dan sebagainya.
Bagaimana jika guru yang berkeadaan begini tentu akan mengganggu P & P kan? Cikgu cantik, hensome tapi ketiak berbau... hangit.

2 comments:

mantan said...

Cikgu,
Demikianlah Cikgu, Ketika kita menjadi pengurus di sekolah, akan kita temui pelbagai masaalah. Kadang-kadang yang tidak terduga pun, yang menuntut kita membuat keputusan segera. Sebagai Pengetua, semua perkara, sekecil mana pun, tidak terlepas daripada tanggungjawab kita.

Kita buat keputusan, kita perthan kepada keputusan dan itu semua menuntut dan mecabar kebijaksanaan.

Ketika saya menjadi pengetua, dalam taklimat kepada pekerja sekolah saya selalu menyebut "siapa saja yang melangkah masuk pintu pagar sekolah ni, sudah "terasa" harumnya"... Kemudian saya akanjelaskan bagaimana nak wujudkan keadaan itu...termasuk uruskan "ketiak" mereka juga.

'Selamat bertugas dalam suasana yang "segar". cikgu...'

Mohamad said...

cg,
Saya sangat bersetuju dengan pandangan cikgu. Ringan mata orang yang memandang, berat lagi bahu menanggungnya.

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

PERJALANAN INI:


23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah


1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu


16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah


13 Februari 2012 - 20 Januari 2017 - SMK Baru, Miri


22 Januari 2017 Hingga Sekarang - SM Teknik, Sejingkat, Kuching


PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.