Semasa saya mula-mula menjejakkan kaki di Bandar Sibu pada tahun 1993, saya dapati banyak banner yang dipasang di kedai-kedai kopi dengan perkataan "GAYU GURU GERAI NYAMAI". Di tepinya pula ada iklan Guinness Stout. Saya fikir itu ucapan selamat hari guru dan mungkin kedai tersebut menghidangkan makanan yang sedap-sedap untuk dilanggan oleh para guru. Bila dapat tahu... ternyata salah. Ia langsung tak berkait rapat dengan guru. Nasib baik tak beritahu orang...
Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di Seluruh Malaysia khususnya guru-guru di SMK Belawai.
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
IKRAR GURU MALAYSIA
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami.
Kami akan berbakti
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.
2 comments:
Cikgu,
Di Sibu,GURU (untuk kedai itu) itu apa maknanya?
Cg,
Bagi rakan-rakan kita yang akan menyambut Hari Gawai tak lama lagi, kita biasanya ucapkan Selamat Hari Gawai, Gayu guru gerai nyamai. Gayu guru - (semoga) panjang umur, Gerai nyamai (semoga) sihat walafiat.
Post a Comment