PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Monday, February 8, 2010

64. Meriahnya Hari Sukan Tahunan SMK Belawai 2010

  1. Temasya sukan tahunan yang merupakan satu acara terbesar di SMK Belawai akhirnya dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sepanjang beberapa hari sehingga majlis perasmian penutupan pada 6 Februari 2010, saya melihat semua warga sekolah telah meletakkan komitmen yang sangat tinggi. Tiada insiden yang tidak diingini berlaku dan semuanya berjalan dengan lancar. Tahniah saya ucapkan kepada semua guru, terutama sekali kepada penolong kanan ko-k Cg Abd. Gani Sibli dan Setiausaha sukan Cg Mahhadir Mohamad. Pengurusan pada tahun ini menampakkan kematangan dan saya percaya kita mampu untuk mengelola sukan yang lebih besar, atau secara khususnya Olahraga MSS Bahagian Mukah.

  2. InsyaAllah, jika tiada halangan sukan ini akan diteruskan dari tahun ke tahun kerana dengan adanya sukan seperti ini akan mewujudkan ikatan silaturahim yang lebih kukuh sama ada hubungan guru dengan guru, hubungan murid dengan murid dan hubungan guru dan murid. Terutama bagi guru-guru dan murid-murid baru yang baru saja menjadi warga SMK Belawai.
  3. Selain dari itu melalui sukan juga akan melahirkan murid-murid yang cergas tubuh badan dan mindanya. Murid-murid juga dapat mempelajari sikap bertanggungjawab, dinamik dan cemerlang dalam pelbagai aspek. Setiap acara sukan yang dipertandingkan mempunyai peraturan-peraturan yang telah dipersetujui oleh semua pihak yang bertanding. Mereka yang melanggar peraturan akan dihukum berdasarkan peraturan sedia ada. Di dalam sukan mengandungi konsep ”fair-play”, persefahaman, disiplin, taat, daya saing, perjuangan, persediaan strategi ke arah memenangi sesuatu acara. Nilai-nilai positif dapat diterapkan seterusnya membina jati diri dan modal insan yang berkualiti.

  4. Sebagai seorang atlet yang bertanding pula, soal menang atau kalah adalah adat pertandingan. Atlet yang berjaya perlu berusaha mengekalkan kecemerlangan dan sebaliknya atlet yang kurang berjaya pada pertandingan ini perlu berusaha lagi. Kita merasakan diri kita boleh melakukannya tetapi apabila kita digelanggang kita dapat dikalahkan dengan mudah. Oleh itu kita mesti berusaha sedaya upaya untuk cemerlang. Berusaha bukan pada musim bersukan sahaja tetapi perlu berusaha sepanjang tahun. Walaubagaimanapun, Bak kata-kata pujangga, "Kegagalan pertama tidak bermakna kegagalan selama-lamanya. Sebaliknya, kejayaan hari ini tidak bermakna kejayaan itu kekal di genggaman. Hanya yang sedar dan sentiasa berusaha akan kekal sebagai juara".

  5. Harapan saya atlet yang terpilih mewakili sekolah pada tahun ini akan menunjukkan daya saing dan perjuangan yang kental pada sukan olahraga MSS Bahagian Mukah yang akan diadakan di Daro nanti dan kita akan pastikan kita akan kekal juara seperti tahun 2009.

Kelihatan Cg. Maszura bertungkus lumus menyediakan murid-muridnya untuk pertandingan perbarisan.

Pegawai Pelajaran Daerah Daro, Cg Awet Bin Hj Dapur sedang menyampaikan ucapan penangguhan Sukan Olahraga SMK Belawai Kali ke 19

Antara tetamu yang hadir

Tahniah dan Terima Kasih kepada semua guru dan warga sekolah.

You Are The Best

SMK Belawai Cemerlang 2010

2 comments:

mantan said...

Cikgu,
Apapun yg dilaksanakan dlm program pendiddikan sememangnya memerlukan kesungguhan untuk mencapai kejayaan.

Kejayaan program sukan sekolah pastinya memerlukan kerjasama semua pihak.

Syabas, semoga terus berjaya.

Kejayaan pelajar dalam acara sukan yang dipertandingan memerlukan "KETEPATAN". Mereka yang menjadi Juara adalah mereka yang 'tepat'.

lokman hawari said...

kena banyak belajar lagi terutama dari teknik ambil gambar untuk sesuatu majlis. Bagaimanpun sebagai jurugambar amatur, saya bagi 3 bintang dari 5 bintang. ...... kah...kah

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

PERJALANAN INI:


23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah


1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu


16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah


13 Februari 2012 - 20 Januari 2017 - SMK Baru, Miri


22 Januari 2017 Hingga Sekarang - SM Teknik, Sejingkat, Kuching


PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.