
Kepulangan mereka amat ditunggu-tunggu oleh kaum keluarga masing-masing. Bandar Sibu yang sebelum ini kurang sesak dah pandai "Jam". Tetapi tidaklah seteruk Bandaraya Kuching dan KL. Apa yang menarik ialah kesibukan membeli belah di sertai juga oleh kaum lain. Bukan sahaja rakan-rakan kita kaum Cina yang sibuk membuat persediaan terakhir, untuk makan besar. Tetapi, orang lain juga mengambil kesempatan menyebuk membeli belah dengan tawaran harga murah di gedung-gedung perniagaan. Selain dari itu, ramai juga orang-orang Melayu dan Iban yang menerima tempahan makanan dari rakan-rakan untuk di sajikan di Tahun Baru.
Isteri saya juga tidak ketinggalan "Gago" membuat kek dan masak untuk di berikan kepada rakan dan jiran. Almaklumlah semua jiran dari keturunan Cina, hanya kami sekeluarga sahaja orang Melayu di situ. Semasa hari raya, mereka juga buat begitu. Ini kira main balas-balas lah.. tapi menarik juga sebab dapat mengenali jiran dengan lebih dekat.
Isteri saya juga tidak ketinggalan "Gago" membuat kek dan masak untuk di berikan kepada rakan dan jiran. Almaklumlah semua jiran dari keturunan Cina, hanya kami sekeluarga sahaja orang Melayu di situ. Semasa hari raya, mereka juga buat begitu. Ini kira main balas-balas lah.. tapi menarik juga sebab dapat mengenali jiran dengan lebih dekat.

Walau apa pun, konsep 1 Malaysia yang di war-warkan oleh Perdana Menteri kita sangat menjadi di Sarawak. Perkahwinan campur yang berlaku antara orang Cina, Melayu, Melanau, Iban dan sebagainya menjadikan hubungan kaum lebih erat. Kerana antara mereka ada pertalian saudara mara tetapi agama sahaja yang berlainan.
Perkara inilah yang saya rasa sangat ganjil, semasa saya mula-mula sampai di Sarawak pada tahun 1993, bila mendapat tahu dalam satu keluarga, islam dan kristian dapat hidup bersama. Saya masih ingat Mr. Kong seorang guru [sudah pencen tetapi masih kenal jika bertemu, orang pertama belanja saya minum di Bandar Mukah] berkata "Saya sangat berbangga dapat menghantar emak saya pergi haji dan saya anak yang baik pergi gereja setiap hari Ahad". Semoga hubungan kaum di Malaysia terus aman, makmur dan semua orang dapat hidup dalam suasana yang harmoni. Saling hormat- menghormati dan tidak merasa takut dan bebas ke mana-mana.
Gago = sibuk
Melanggar = ziarah
Gago = sibuk
1 comment:
salam 1 malaysia utk cikgu Shariff,,,,sama2 la kita doakan agar hubungan antara rakyat dapat dikekalkan keharmoniannya.........
Post a Comment