Sambutan Tahun Baru Cina kali ini di Sibu sangat meriah. Dua minggu sebelumnya ramai sanak saudara, rakan taulan yang bekerja di luar pulang untuk menyambut kedatangan tahun harimau bersama keluarga masing-masing. Suasana di Bandar Sibu penuh sesak. Jika dilihat dari nombor kereta, kebanyakkannya adalah nombor luar, antaranya dari bandar-bandar besar seluruh Sarawak dan dari Brunai Darulsalam. Isteri saya juga tidak ketinggalan "Gago" membuat kek dan masak untuk di berikan kepada rakan dan jiran. Almaklumlah semua jiran dari keturunan Cina, hanya kami sekeluarga sahaja orang Melayu di situ. Semasa hari raya, mereka juga buat begitu. Ini kira main balas-balas lah.. tapi menarik juga sebab dapat mengenali jiran dengan lebih dekat.
Tiga hari berturut-turut "melanggar" dari pagi hingga ke malam dari satu rumah ke satu rumah, saya dapati ada sesuatu yang unik iaitu makanan yang disajikan. Banyak makanan melayu. Ada rendang, ketupat, nasi himpit, sate dan tidak ketinggalan ialah kek lapis Sarawak yang sekarang dah terkenal seluruh Malaysia. InsyaAllah, yang pastinya Halal. Saya rasa semua kaum di Malaysia educated lah. Tahu akan pantang-larang orang Melayu tentang hal-hal makanan nie.. tetapi mungkin juga, ada yang sengaja buat-buat tak tahu. Walau apa pun, konsep 1 Malaysia yang di war-warkan oleh Perdana Menteri kita sangat menjadi di Sarawak. Perkahwinan campur yang berlaku antara orang Cina, Melayu, Melanau, Iban dan sebagainya menjadikan hubungan kaum lebih erat. Kerana antara mereka ada pertalian saudara mara tetapi agama sahaja yang berlainan.
Melanggar = ziarah
Gago = sibuk
