PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Thursday, February 18, 2010

66. 1 Malaysia

Sambutan Tahun Baru Cina kali ini di Sibu sangat meriah. Dua minggu sebelumnya ramai sanak saudara, rakan taulan yang bekerja di luar pulang untuk menyambut kedatangan tahun harimau bersama keluarga masing-masing. Suasana di Bandar Sibu penuh sesak. Jika dilihat dari nombor kereta, kebanyakkannya adalah nombor luar, antaranya dari bandar-bandar besar seluruh Sarawak dan dari Brunai Darulsalam.

Kepulangan mereka amat ditunggu-tunggu oleh kaum keluarga masing-masing. Bandar Sibu yang sebelum ini kurang sesak dah pandai "Jam". Tetapi tidaklah seteruk Bandaraya Kuching dan KL. Apa yang menarik ialah kesibukan membeli belah di sertai juga oleh kaum lain. Bukan sahaja rakan-rakan kita kaum Cina yang sibuk membuat persediaan terakhir, untuk makan besar. Tetapi, orang lain juga mengambil kesempatan menyebuk membeli belah dengan tawaran harga murah di gedung-gedung perniagaan. Selain dari itu, ramai juga orang-orang Melayu dan Iban yang menerima tempahan makanan dari rakan-rakan untuk di sajikan di Tahun Baru.
Isteri saya juga tidak ketinggalan "Gago" membuat kek dan masak untuk di berikan kepada rakan dan jiran. Almaklumlah semua jiran dari keturunan Cina, hanya kami sekeluarga sahaja orang Melayu di situ. Semasa hari raya, mereka juga buat begitu. Ini kira main balas-balas lah.. tapi menarik juga sebab dapat mengenali jiran dengan lebih dekat.
Tiga hari berturut-turut "melanggar" dari pagi hingga ke malam dari satu rumah ke satu rumah, saya dapati ada sesuatu yang unik iaitu makanan yang disajikan. Banyak makanan melayu. Ada rendang, ketupat, nasi himpit, sate dan tidak ketinggalan ialah kek lapis Sarawak yang sekarang dah terkenal seluruh Malaysia. InsyaAllah, yang pastinya Halal. Saya rasa semua kaum di Malaysia educated lah. Tahu akan pantang-larang orang Melayu tentang hal-hal makanan nie.. tetapi mungkin juga, ada yang sengaja buat-buat tak tahu.

Walau apa pun, konsep 1 Malaysia yang di war-warkan oleh Perdana Menteri kita sangat menjadi di Sarawak. Perkahwinan campur yang berlaku antara orang Cina, Melayu, Melanau, Iban dan sebagainya menjadikan hubungan kaum lebih erat. Kerana antara mereka ada pertalian saudara mara tetapi agama sahaja yang berlainan.

Perkara inilah yang saya rasa sangat ganjil, semasa saya mula-mula sampai di Sarawak pada tahun 1993, bila mendapat tahu dalam satu keluarga, islam dan kristian dapat hidup bersama. Saya masih ingat Mr. Kong seorang guru [sudah pencen tetapi masih kenal jika bertemu, orang pertama belanja saya minum di Bandar Mukah] berkata "Saya sangat berbangga dapat menghantar emak saya pergi haji dan saya anak yang baik pergi gereja setiap hari Ahad".
Semoga hubungan kaum di Malaysia terus aman, makmur dan semua orang dapat hidup dalam suasana yang harmoni. Saling hormat- menghormati dan tidak merasa takut dan bebas ke mana-mana.
Melanggar
= ziarah
Gago = sibuk

Wednesday, February 10, 2010

65. Chinese New Year

Gambar hiasan copy dari:
http://www.theholidayspot.com/chinese_new_year/

Selamat menyambut Tahun Baru Cina di ucapkan kepada semua warga guru dan murid-murid yang berbangsa Cina khususnya di SMKB. Semoga dengan kehadiran tahun harimau ini semua guru akan tetap gagah untuk mengajar dan murid-murid akan tetap gagah belajar.
Bagi guru-guru dan murid-murid lain, inilah masanya untuk kita berkunjung ke rumah rakan-rakan yang berbangsa Cina. Saya yakin ramai rakan-rakan Cina kita faham situasi kita dan tidak akan menghidangkan makanan tidak halal. Bukan makan yang menjadi agenda utama, tetapi yang lebih penting kunjung mengunjung antara satu sama lain dan mengekalkan perpaduan kaum.
Ekoran dari itu, sekolah juga akan ditutup selama seminggu mulai 13 Feb. hingga 21 Feb 2010. Semua guru dan pelajar juga diseru, jagalah keselamatan dan kesihatan sepanjang cuti ini. Keselamatan pulang ke rumah dan datang semula ke sekolah pada 21.Feb 2010 bagi pelajar asrama dan mula bersekolah pada 22 Feb. 2010.
Happy New Year
dan Selamat Bercuti,
Terima Kasih Cikgu.

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

PERJALANAN INI:


23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah


1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu


16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah


13 Februari 2012 - 20 Januari 2017 - SMK Baru, Miri


22 Januari 2017 Hingga Sekarang - SM Teknik, Sejingkat, Kuching


PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.