Ahli Majlis Mesyuarat Bergambar Beramai-ramai bersama PPD Daerah Daro Cg Awet Bin Gapor di Dataran Ilmu SMK Belawai sebelum bertolak pulang ke kawasan masing-masing.
PESAN SAIYIDINA ALI RA
Wednesday, June 2, 2010
83. Zon Tanjung Manis Tuan Rumah PSKPP dan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Daro 2010
Tuesday, June 1, 2010
82. Tak pasal-pasal cari pasal...
Perkara ini bukan suatu yang baru, sebelum ini pun dalam kotak shoutmix blog sekolah ada orang yang berbuat begitu. Banyak kata-kata yang saya sendiri pun tidak sanggup menulis di sini yang mencemuh dengan perasaan rasa sakit hati yang meluap-luap. Ustaz Rozaidi Abd Rahman ketika itu yang mengendalikan blog sekolah memaklumkan kepada saya dengan bukti cetakan kenapa kotak shoutmix perlu ditiadakan. Saya percaya orang yang berbuat demikian mungkin bermasalah dengan rakan, guru atau sesiapa sahaja tetapi kemarahan itu ditujukan kepada bangsa tersebut. Sepatutnya selesaikan sahaja antara mereka bukannya mencemuh sebegini.
Isteri saya juga berdarah Melanau. Bapanya berasal dari Kampung Jemoreng, Matu. Walaupun dilahir dan dibesarkan di Sibu, apabila saya tunjukkan gambar di atas rasa marah tidak dapat disembunyikan lagi. Tentunya ada komen tertentu kepada orang seperti ini.
Sebelum ini saya ada dengar "Joke" daripada rakan-rakan, tetapi sekadar dengar sahajalah. Saya yakin setiap bangsa pun ada cerita disebaliknya, tetang asal usul nama sesuatu bangsa itu. Sama ada bangsa Cina, India, Melayu, Iban dan lain-lain. Cerita ini bukan cerita benar tetapi sengaja direka-reka secara spontan dan untuk main-main atau tujuan bergurau sesama sendiri, tetapi bukan bertujuan menyakiti hati mana-mana bangsa. Kita tahu, bangsa bumiputra di Malaysia adalah datangnya dari rumpun yang sama, kecuali Orang Asli dan mereka yang datang di Malaysia pada zaman perkembangan Bijih Timah dan Getah yang dibawa masuk oleh penjajah.
Izinkan saya berkongsi cerita (Bukan cerita sebenar tetapi yang saya dengar sebagai cerita jenaka sahaja asal usul bangsa Melanau). Tidak bertujuan mengaibkan sesiapa, sekadar mengatakan cerita-cerita begini memang ada diceritakan oleh masyarakat lain. Begitu juga kita sendiri, sudah tentu ada cerita tentang orang lain dari persepsi kita sendiri. Pada suatu masa dahulu ada sekumpulan manusia di Sarawak yang sangat cintakan laut. Ada antara mereka yang tinggal dipesisir pantai dan ada yang tinggal di dalam kapal di laut. Yang tinggal di laut sangat jahat dan mereka suka merompak, mencuri dan sebagainya, perangai mereka seolah-olah macam lanun. Golongan ini tidak disukai oleh pemerintah Sarawak pada ketika itu (Zaman pemerintahan Rajah Brooke) dan mereka ini selalu diburu.
Seperti yang dikatakan oleh PPD Mukah, Cg Abd Wahab Sapawi semasa Mesyuarat Pengurusan Pendidikan 1/2010 pada awal tahun ini, Orang-orang Melanau sebenarnya adalah satu bangsa yang mempunyai IQ yang sangat tinggi. Jika dilihat kepada pencapaian akademik, Bahagian Mukah telah memperlihatkan peningkatan yang sangat mendadak berbanding Bahagian lain. Oleh itu kita perlu yakinkan para pelajar tentang kebolehan dan potensi diri mereka. Malah Pejabat Pelajaran Bahagian Mukah telah menerima berbagai anugerah dari Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak dan dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekarang matlamat kita di Bahagian Mukah, Kita berazam supaya Jabatan Pelajaran Bahagian Mukah - Yakni Daerah Mukah, Dalat dan Daro nanti akan menjadi Bahagian contoh kepada bahagian-bahagian lain Di Malaysia. InsyaAllah. RAKAN GURU YANG DIHORMATI...
Popular Posts
-
Selamat Hari Raya Aidilfirri kepada semua rakan-rakan bloger yang masih mengenali diri ini dan semua rakan yang menemui blog ini. Semoga ...
TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA
PERJALANAN INI:
23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah
1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu
16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah
13 Februari 2012 - 20 Januari 2017 - SMK Baru, Miri
22 Januari 2017 Hingga Sekarang - SM Teknik, Sejingkat, Kuching
PENAFIAN :
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.
Mohamad.