PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Showing posts with label Melancong dan Bercuti. Show all posts
Showing posts with label Melancong dan Bercuti. Show all posts

Wednesday, November 28, 2012

242.Cuti itu kemudahan..


Cuti itu kemudahan, saya percaya semua guru tahu. Tidak kira sama ada dia guru lama atau baru. Semasa di Maktab atau IPG perkara ini sudah didedahkan. Begitu juga semasa kursus induksi dan kerapkali juga diingatkan di sekolah pada setiap kali mesyuarat oleh pengetua.

http://jbcool.com/wp-content/uploads/2009/10/Legoland-johor.jpg
Sepanjang tahun ini, 2012 SMK Baru Miri mencatatkan lebih 45 orang guru telah mengambil pelbagai jenis cuti sama ada cuti sakit, cuti rehat khas, cuti tanpa rekod atas sebab kematian keluarga terdekat atau menghadiri peperiksaan PJJ, cuti tanpa gaji, cuti bersalin dan sebagainya. Manakala 37 orang lagi masih bertahan tanpa mengambil apa-apa cuti. Mereka telah membuat rekod peribadi 100% kehadiran ke sekolah. Pujian patut diberikan dan pihak sekolah akan berusaha mengeluarkan sijil penghargaan kepada mereka.Begitu juga dengan 11 orang kakitangan sokongan. Mereka juga tidak terlepas dengan pengambilan cuti, sama ada cuti sakit atau cuti rehat yang telah diperuntukan kepada mereka.

Saya juga yakin jika tiada sebab tertentu guru-guru atau kakitangan sokongan ini tidak akan bercuti. Dari pemerhatian dan pengetahuan saya, guru-guru SMK Baru sangat berintegriti. Mereka bercuti kerana terpaksa. Oleh itu saya meletakkan kepercayaan kepada mereka dan meluluskan cuti dengan syarat alasan yang kukuh dan munasabah serta tidak melanggar mana-mana perintah Am atau pekeliling Jabatan Pelajaran yang berkuatkuasa. Tidak kurang juga, pemberian cuti kepada guru-guru atas dasar bertimbang rasa dan bersifat kemanusiaan walaupun tenaga guru tersebut sangat-sangat diperlukan dalam sesuatu majlis dan beliau menjadi orang utama yang mengendalikannya. Biarpun terpaksa diganti dan berlaku sedikit kepincangan majlis, beliau bercuti dengan tenang tetapi organisasi yang menanggung kesulitan.

Saya sangat-sangat berharap agar kepercayaan yang diberikan kepada semua guru tidak dimanipulasikan. Saya besyukur kerana sebilangan besar guru yang datang ke sekolah selepas bercuti sakit akan berjumpa saya dan memohon maaf kerana terpaksa menyusahkan pihak sekolah mengatur “Sit-in” , kecuali mereka yang telah membuat perancangan awal untuk bercuti.

Tidak dinafikan bahawa, jika guru sering bercuti sedikit sebanyak akan menjejaskan Pengajaran dan Pembelajaran murid. Guru ganti tidak sama dengan guru subjek. Maka akan berlakulah kepincangan dalam perancangan, sama ada tidak habis sukatan pelajaran atau yang lebih teruk bila semangat pelajar juga merudum. Pelajar tidak lagi berfokus kepada objektif Pengajaran dan pembelajaran dan akhirnya kemerosotan akan mula berlaku. Saya tidak pasti bagaimana seorang sahabat saya mengatasi kekurangan guru di sekolahnya apabila 28 orang guru dari 150 orang guru bersalin serentak pada tahun ini. Nampak macam berpakat tetapi hakikatnya jika seseorang guru itu mengandung maka guru tersebut wajib memberitahu Pengetua atau Pejabat Am supaya senang untuk menyediakan guru ganti.

Ramai guru yang pandai menguruskan cuti, ramai guru yang masih belum bercuti dan ramai guru yang tidak dibenarkan bercuti. Terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru yang masih datang bertugas di masa cuti ini di SMK Baru Miri dan terima kasih kepada guru-guru yang sentiasa bersama dengan pelajar untuk kelas tambahan sehingga kertas peperiksaan mereka tamat sama ada SPM atau STPM sedangkan rakan-rakan guru lain telah lama bercuti. Semoga Allah sahaja dapat membalas jasa cikgu dengan memberikan kecemerlangan kepada diri sendiri dan kecemerlangan kepada anak didik cikgu.

Selamat bercuti, jaga keselamatan dan kesihatan. Jangan lupa 31 Disember 2012 Mesyuarat Pertama sekolah. Semua guru dan kakitangan sokongan Wajib hadir.

Pengetua bila bercuti? Ikut pekeliling…

Terima kasih Cikgu..

Monday, May 30, 2011

186.Bila Bercuti Ingat Makan..


Ingatkan cuti kali ini tidak mahu pulang, nak rehat di rumah sahaja kerana tahun ini sahaja sudah 2 kali saya pulang ke kampung, tetapi nampaknya terpaksa melangkah balik juga. Tiket “belon” ditempah pada saat-saat akhir. Mahallah sikit. Tapi untuk memuaskan hati semua orang di sana dan di sini, tak apalah, bukan untuk orang lain pun. Asalkan semuanya gembira menjalani hidup ini. Anak-anak pun dah bersedia dan mula senaraikan apa yang nak di beli dan nak dimakan. Mohamad Muzzammil awal-awal lagi, menyatakan tempat kesukaannya untuk pergi, TESCO yang terletak tidak sampai setengah 1 Km dari rumah saya di Kedah. Kakaknya tentu sekali untuk ke Restaurant Bamboo di Pekan Rabu. Emak Bapaknya pun apa kurangnya, sudah tentu ada tempat pilihan untuk pergi, dan tempat yang tidak dapat tinggal sama sekali biasanya ialah Pasar Malam dan kalau ada masa tentu ke Sempadan Siam.

Bukan di Sibu ini tidak ada kedai makan yang bagus tetapi mungkin pilihan dan citarasa agak kurang kerana seseorang itu mungkin ada “liur”nya sendiri. Awal-awal lagi isteri saya menyatakan niat nak makan Mee Bandung di Kuala Sungai, Jalan Putera, Kedah. Memang tidak dapat dinafikan, bilangan kedai makan Islam di sana memang lebih banyak di bandingkan di Sibu. Namun di Kuching perkembangan dan pertumbuhan kedai makan  dan restaurant memang pesat. Barangkali juga factor jumlah penduduk yang ada, tawarannya lebih banyak berbanding di Sibu. Namun begitu apa yang menarik di Sarawak kedai-kedai makan dan restaurant milik orang-orang Islam memang mendapat permintaan yang baik dari kaum-kaum lain.

Sebelum ini ada tanda-tanda bahawa kesihatan saya terganggu disebabkan pengambilan makanan yang tidak mengikut diet yang betul. Badan naik dengan tiba-tiba. Kesannya, kesakitan, penyesalan dan macam nak bertaubat... Nasihat doctor diikut dengan baik. Bila sudah sihat, dan berdepan dengan makanan yang diminati maka, datanglah lagi “sikap buruk” dan tidak dapat tertahan lagi untuk makan dengan sepuas-puasnya. Kadang-kadang rasa “Jeles” juga dengan rakan-rakan yang badannya tidak mudah untuk naik mendadak walaupun makan dengan kadar yang banyak. Tetapi bagi badan saya walau makan dalam kadar sedikit, badan tetap naik. Mungkin factor “genetic” warisan termasuk penyakit keturunan.

Jom sama-sama kita layan gambar-gambar “Makan-makan” sepanjang perjalanan saya pulang ke Kedah dan “berambeh” ke Melaka dan Kelantan sebelum ini.

Sampai sahaja ke KL semasa menghadiri seminar di Melaka baru-baru ini seorang rakan terus membawa saya dan  Cikgu Hamid ke Bukit Bintang, Pekena Kari kepala Ikan. Kari sedap malangnya, kepala ikan tidak masal. Mungkin terlalu besar atau barangkali juga kepala ikan masih beku dan ia hanya masak di luar. Apa2 pun terima kasih banyak2 kepada En. Aziz bersusah payah bawa kami ke sana..
Pada keesokkannya, selepas seminar selesai. Penolong PPD Miri Cikgu Alias  belanja makan buah durian. Apa ke jenis atau nama nya saya tidak pasti. Kalau makan dengan pulut santan tentu sekali "best". Habis satu, satu dibuka. Makan puas-puas. Sehingga akhirnya semua "serender.." Gambar perut di atas tu, perut Cikgu Bohan,.. Hehehe..
Malam tu pulak selepas "dinner" keluar makan Nasi dengan "Asam Pedas"
Malam terakhir di Melaka, makan di sebuah taman selera. Tak ingat nama tempatnya.. Orang Melaka tentu tahu tempat ini  kan.. 

Bila sampai ke Melaka, ambil peluang balik ke Kedah. TESCO Mergong menggamit... "Ciken Cop"
Esok malamnya makan di sebuah restauran di Simpang Kuala..Lupa le pulak namanya  tapi tidak jauh dr Restaurant Langkasuka. Boleh tahan masakannya. Masakan Thailand. Tidak tahu mana perginya identiti makanan orang-orang kedah. Banyak restauran yang menghidangkan makanan Thailand. Harap-harap Laksa, pulut udang, pulut durian, nasi minyak masih kekal..
Warong Haji Yusup ni memang menjadi pilihan saya. Orang Kampung Sungai Baru Gunung. Mee Rebus. Kalau pergi ke Kelantan minta Mee Rebus, yang datang Mee Sup. Warong ini terletak berdepan dengan kedai perabot Pantai Johor. Seberangnya pula warong cendol. Yang specialnya Mee Rebus ini ialah kuahnya, bagi saya ia lebih sedap dr Mee Abu..
Kenyang makan bolehlah santai kat depan Masjid Zahir, masjid tertua di Kedah.  Suasana malamnya sangat menarik dengan dimandikan cahaya lampu. Kedah Sejahtera..
Lagi pemandangan depan masjid Zahir. Kelihatan dalam gambar Balai Nobat dan Menara Telekom. Mana gambar masjidnya? Lupa pulak nak "snap" teruja melihat keindahan dan perubahan yang berlaku di negeri sendiri ..
Perjalanan ke Kelantan. Singgah di sebuah Restauran Thailand. Makanan di hidang secara pakej untuk 3 orang makan. Paling rendah RM50.00. Itu pun dah ok. Tengok dalam gambar tu, ada ikan masak "stim" Burung puyuh masak kicap, sayur kangkong, ulam timun dan sambal sokong.. Adik saya Zainol memulakan santapan..
Sampai di Kota Bharu Kelantan, tidak sah kalau tidak singgah makan tengahari  di Restaurant  Nasi Ulam Cikgu.. Hebat. Kalau tiap2 hari tentu "parah" nasib baik le sesekali.. Makanannya murah dan sedap. Selepas makan, asyik nak cium tangan je. Masih terlekat bau budunya. Bagus jugak lah, kurang sikit mengantuk..
Sup Belut. Singgah makan semasa perjalanan pulang. Rasanya di Kawasan Jeli. Tak ingat nama tempatnya. Tapi  kawe tak dapat masuk... macam2 kawe fikir. Lebih2 lagi kawe tengok kepala belut tu.. Kawe minum je. Biar depa saja. Kawe bayar pun tak apa..
Jom makan.. Sup Gear Box.. Kat mana? Tungguuu..
Tu dia aksi-aksi menarik bila makan sup ini. Tentunya banyak sangat lemak.. Menakutkan. Kalaulah lemak tersebut tersangkut di saluran2 tertentu dalam jantung.. entahlah.. Yang bagusnya, bila makan sup ini dihidangkan bersama dengan limau nipis. Air suam free.. "suspen" kat mana ya..
Ya.. disinilah tempatnya..Restaurant E-Rup Sup. Dekat Mace (Macang)..
Pantang tengok nak singgah beli. Jumpa air tuak, berhenti juga.. Perjalanan yang singkat jadi panjang. Kalau di  Sarawak tentunya air tuak ini memabukkan. Lebih-lebih lagi dekat Hari Gawai banyak tuak. Tapi tuak di kelantan ini tidak le memabukkan. Kalau di Kedah kami panggi air nira dan Sibu di kenali sebagai air sadap. Malangnya air yang kami beli "masam". Tengok tu apa dah jadi pada adik saya suami isteri ini... mabuk tuak ke mabuk kereta..awal2 bukan main romantik lagi.. lepas tu dua2 terlentok.
Ini di rantau panjang. Makan ais kacang. Kreatif betul le depa ni. Berwarna warni. Tak tahu le sama ada  pewarnanya diluluskan oleh Kementerian Kesihatan. Tapi yang pasti ais cream tu memang buatan sendiri..Lain-lain, gambar diatas mencerita segalanya..
Sampai ke Kedah. Sebelum balik ke Sibu mesti makan di rumah ramai2 dengan adik beradik. Al-maklum abang sulung. Mesti semua berkumpul. Mak mesti masak.. Tempat yang menjadi pilihan membeli semua makanan basah ini ialah di Pasar Borong .. Mak sedang memilih ikan siakap. Keang RM2.00 sekilo, di Sibu RM7.00 sekilo.
Masih di pasar borong.
Pekan Rabu adalah destinasi terakhir sebelum terbang pulang ke Sibu. Ikan pekasam dan haruan kering mesti beli..
Restaurant Bamboo Nadhirah..  Banyak yang sudah berubah, Pekan Rabu yang semakin ceria dan ramai pelancong berkunjung. Yang tidak berubah dari dulu ialah tempat mencari rezeki bagi pakcik2 ini. Saya tidak pasti sama ada mereka masih ada ke tidak sanak saudara. Tapi tangan di atas adalah lebih baik dr tangan yang di bawah. Namun yang tidak manisnya apa pandangan orang terhadap mereka ini. Siapakah yang patut bertanggungjawab. Di Kuching, di atas jambatan Satok pun ada seperti ini..
Dah termenung emak saya, bila agaknya anak menantunya sekeluarga akan balik. InsyaAllah  2 hari lagi... Pesan makanan dulu, Ke mana selepas ini.. Langkawi?

TERIMA KASIH CIKGU

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

PERJALANAN INI:


23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah


1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu


16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah


13 Februari 2012 - 20 Januari 2017 - SMK Baru, Miri


22 Januari 2017 Hingga Sekarang - SM Teknik, Sejingkat, Kuching


PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.