PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Sunday, January 25, 2009

34. Tekadkan usaha bergerak bersama mencapai impian


Sudah 3 minggu sekolah dibuka, kini cuti lagi “ Tahun Baru Cina”. Bukan alang-alang cuti. 1 Minggu pulak tu. Baru sahaja kita bermotivasi diri untuk berjuang terpaksa bertangguh lagi dan akan bermula lagi pada 2 Februari 2009. Oh.. dah sebulan berlalu dalam tahun 2009. Apa yang telah kita lakukan? Balik-balik terpaksa menghadapi “ Blue Monday” Terpaksa lagi di cucuk dengan pelbagai motivasi untuk bangun dari mimpi. Dah mula bangun, cuti lagi dan begitulah berulangnya cerita hingga penghujug tahun 2009 nanti . Namun begitu kita kena akur begitulah kehidupan kita saban tahun.

Menyorot kembali 3 minggu persekolahan, saya merasakan semua guru terlalu sibuk dengan pelbagai tugas yang diamanahkan. Bermula tarikh rasmi pendaftaran masuk pelajar pada 4 Januari 2009 sehingga sekolah ditutup untuk sama-sama merayakan Tahun Baru bersama-sama rakan-rakan yang berketurunan Cina, ramai guru yang masih sibuk dengan pelbagai tugas termasuklah menguruskan wang KWAPM untuk digaihkan kepada ibu bapa dalam "majlis penyerahan" pada hari jumaat yang lalu, hari terakhir persekolahan sebelum bercuti. Begitulah rentetan selain dari melatih pelajar untuk olahraga tahunan, mesyuarat panitia dll. Percayalah “Tiada kejayaan tanpa pengorbanan” Terima Kasih Cikgu.

Menurut Sumilah Marto http://jendelahikmah05.blogspot.com - PROFESION perguruan pada era mencabar ini tidak semudah seperti anggapan kebanyakan orang – kerjanya mudah, separuh hari dan cutinya panjang. Sebagai arkitek sosial, guru mempunyai tanggungjawab besar, bukan sekadar memberi pendidikan dan menyampaikan ilmu malah dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan transformasi pendidikan yang dicita-citakan negara. Tetapi pelbagai tugas lain juga dibebankan kepada guru.

Dari pengamatan saya, guru-guru di SMK Belawai amat komited terhadap tugas yang diberikan. Di dalam diri mereka terpancar ciri-ciri istimewa sama ada terbina secara semulajadi atau yang telah menerima latihan secukupnya. Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang guru perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu mengatasi pelajar yang semakin bijak disebabkan perkembangan teknologi maklumat. Guru SMK Belawai perlu bangkit dengan memiliki keterampilan diri sebagai pendidik yang sempurna. Disamping mengamalkan etika perkhidmatan cemerlang.

Mengikut Stenhouse dan Fink (1986), guru yang baik ialah guru yang boleh membuat pertimbangan professional tersendiri. Mereka tidak perlu diberitahuu apa yang perlu dilakukan. Mereka tidak menolak nasihat, sokongan atau perundingan kerana mereka tahu bahawa idea ini menyerap dan menjadi pertibangan guru itu sendiri. Namun di dalam bilik darjah hanya guru yang boleh menentukan dan membentuk pengajaran yang baik.


Siapa pemimpin di sekolah?

Sudah tentu jari telunjuk kita akan diajukan kepada pengetua. Memang benar pengetua adalah pemimpin sesebuah sekolah dan tidak dapat dinafikan setiap kali ada kursus dan seminar untuk pengetua, perkara inilah yang selalu ditekankan. http://noddenberek12kbr.blogspot.com/ Pengetua memainkan peranan penting ke arah menjadikan sekolahnya sebagai sekolah berkesan.Pengetua menjadi faktor penentu kejayaan sekolah. Kepemimpinan pengetua akan menentukan kemenjadian sekolah berkesan. Sekolah itu menjadi moving school. Ibubapa dan murid menaruh harapan yang tinggi kepada sekolah itu. Sekolah berkesan ialah sebuah sekolah yang berjaya menghasilkan murid yang berjaya dalam aspek akademik, ko-kurikulum, pembangunan sahsiah dan kemahiran sosial melalui pemupukan budaya tradisi dan watak sekolah itu sendiri.

Namun begitu suatu perkara yang kita sama-sama perlu ingat bahawa walau sebagaimana baiknya pentadbiran yang dilakukan oleh pengetua, sekiranya tidak dapat di ikuti oleh semua warganya maka semua program akan terbengkalai dan pengetua tersebut tidak akan berjaya. Oleh itu kepimpinan di sesebuah sekolah bukan terletak kepada pengetuanya sahaja tetapi kepada semua orang yang ada di dalamnya. Setiap orang guru di sekolah adalah pemimpin. Setiap orang guru ada tanggungjawab dan tugas yang perlu dilaksanakan. PK1, PKKK, PKHem, GPK Akademik, Ketua Guru disiplin, Ketua Warden, Setiausaha peperiksaan, dan lain-lain guru yang bertanggungjawab kepada Jawatankuasa masing-masing adalah pemimpin. Walaupun kepimpinan tersebut dalam kelompok yang kecil, ia tidak dapat dinafikan bahawa kejayaan kepimpinan inilah yang membawa kepada kecemerlangan sesebuah sekolah.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Orang Gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu".
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim,Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)


Oleh kerana setiap dari kita adalah pemimpin, maka marilah kita sama-sama renungkan dari mula sekolah dibuka sehingga sekolah ditutup apakah selama 3 minggu tersebut kita sudahpun menjalankan amanah yang telah di pertanggungjawabkan kepada kita. Sudahkan kita bersungguh-sungguh mencapai visi dan misi sekolah seperti yang telah ditetapkan. Adakah kita telah menjadi seorang guru rumah sukan yang berkesan. Adakah kita telah menjadi seorang guru tingkatan yang berkesan.Adakah semua tugas yang diberikan dilakukan dengan jujur dan iklas atau semua dilakukan sebagai melepaskan batuk ditangga.
Jika kita belum lagi kearah itu maka sedarlah dari mimpi, ayoh bersama-samalah kita bersatu tekad berusaha untuk menjadi pemimpin yang berjaya untuk diri sendiri dan untuk kecemerlangan sekolah. Sesungguhnya ada di antara kita yang masih tidur, yang masih lagi mencari arah tujuan dan masih mimpi untuk mencapai kesenangan tanpa usaha. Ketahuilah kita bercita-cita besar untuk menjadikan sekolah Menengah Kebangsaan Belawai sekolah cemerlang. Semua jentera sekolah perlu digerakkan menuju visi dan misi sekolah. Maka sudah tentu semua warga sekolah perlu disemai kecenderungan meningkatkan standard prestasi yang tinggi. Usaha ini bukan main-main, kita perlu mencapainya menjelang 2010. Jadikan diri kita guru yang berwawasan dan menyintai pekerjaannya. Guru SMK Belawai perlu bersikap positif dan yakin dalam apa yang dilakukan, di samping sabar menerima kenyataan biarpun pahit untuk ditelan.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan seluruh malaikat-Nya serta penghuni langit dan bumi, sehingga semut yang ada di dalam liangnya dan ikan yu, semuanya memohon kerahmatan ke atas orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia." (Hadis riwayat at-Tirmizi)

No comments:

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

PERJALANAN INI:


23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah


1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu


16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah


13 Februari 2012 - 20 Januari 2017 - SMK Baru, Miri


22 Januari 2017 Hingga Sekarang - SM Teknik, Sejingkat, Kuching


PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.