- Kita sering mendengar pelbagai ungkapan mengenai amalan membaca. Membaca itu jambatan ilmu, Bangsa membaca bangsa berjaya dan lain-lain ungkapan. Usaha kearah kecemerlangan akademik juga tidak akan sampai kemana jika pelajar malas membaca. Seperti yang kita ketahui purata rakyat Malaysia membaca ialah 2 buah buku setahun. Jumlah ini amat sedikit berbanding dengan limpahan ilmu yang ada sekarang.
- Bagi AJK Nilam dan Cikgu Hazina selaku Ketua Bidang Bahasa, perkara ini sangat merisaukan. Sikap pelajar yang seringkali tidak serius terutama sekali dalam program memperkasakan NILAM membuatkan AJK tersebut memikirkan bagaimana cara terbaik untuk mencapai tujuan tersebut. Akhirnya dengan kerjasama semua guru, sedikit paksaan terpaksa dibuat keatas pelajar. Program Nilam yang lain berjalan seperti biasa, tetapi berbeza untuk hari khamis. Semua pelajar diwajibkan membawa bahan bacaan yang dipinjam dari perpustakaan atau yang dibeli sendiri. Jam 6.40am semua pelajar yang biasanya bersedia untuk nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku disuruh duduk dan membaca sehingga jam 7.00 am. Pada hari selasa semasa perhimpunan mingguan pelajar akan membaca ringkasan novel atau bahan bacaan mereka.
- Semoga dengan adanya aktiviti ini AJK NILAM berjaya menerapkan nilai-nilai kepentingan membaca kepada murid. Dalam masa 20 minit murid mungkin tidak dapat menghabiskan 1 buah novel tetapi jika pelajar ada keseronokkan membaca, pelajar akan terus menyambung membaca sehingga habis di rumah, seterusnya mencapai target dan anugerah.
PESAN SAIYIDINA ALI RA
“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”. "Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".
Thursday, April 29, 2010
72. Nadi Ilmu Amalan Membaca
Monday, March 22, 2010
69. Sijil Bukan Segalanya
Keratan akhbar : Utusan Malaysia, Sabtu 20 Mac 2010, ms 2.
- Beberapa orang pelajar lepasan SPM yang saya temui pagi tadi ( 22.3.2010) yang datang ke pejabat sekolah untuk mengambil testimonial dan sijil berhenti sekolah, sedikit pun tidak menampakkan kerisauan, bimbang akan masa depan. Semuanya nampak ceria walaupun keputusan SPM yang mereka dapat sekadar lulus dan ada yang tidak layak menerima sijil pun. Masing-masing bercerita sesama sendiri dan ada yang merasa bangga kerana baru sahaja tamat PLKN. Ada antara mereka bekerja di Kilang-kilang yang ada di Tanjung Manis.
- Berbeza sekali dengan rakan-rakan mereka yang datang minggu lepas, yang awal-awal lagi merancang untuk masa depan dengan berjumpa guru-guru terutama PK1 dan Guru Kaunseling untuk mengisi borang online.
- Keputusan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia yang sama-sama akan berbincang untuk mencari kaedah terbaik bagi pelajar-pelajar yang kurang berjaya merupakan satu langkah bijak. Selama ini kita hanya menumpukan kepada pelajar-pelajar yang berjaya sahaja dan pelajar-pelajar tadi disisihkan. Dengan adanya perbincangan ini harapan saya kedua-dua Kementerian ini akan mecari arah tuju pelajar yang lebih berobjektif kerana haluan yang dipilih oleh pelajar yang kurang berjaya belum tentu betul.
- Tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas usaha ini. Semoga pendidikan di Malaysia bukan sahaja pendidikan selepas pelajar mendapat sijil tetapi lebih kepada pendidikan seumur hidup. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu umat itu, jika umat itu sendiri tidak mengubahnya.
- Saya yakin, pelajar yang tidak berjaya dalam bidang akademik tetapi cemerlang dalam bidang lain. Contohnya Adik Hendra Bin Bakri, anak pengawal keselamatan di SMKB yang sekarang ini menjadi salah seorang pemain bola sepak negeri.
- Kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, selepas ini fikirkanlah tentang bagaimana boleh kita menjana kemahiran pelajar. Wujudkan banyak sekolah-sekolah seperti dulunya sekolah Vokasional, Sekolah yang dapat melatih pelajar tentang perhotelan, Chef, Pengurusan Restaurant, Jahitan, perkhidmatan dan lain-lain. Semoga idea ini akan memberi lebaran baru kepada pendidikan negara.
Subscribe to:
Posts (Atom)
RAKAN GURU YANG DIHORMATI...
Popular Posts
-
Selamat Hari Raya Aidilfirri kepada semua rakan-rakan bloger yang masih mengenali diri ini dan semua rakan yang menemui blog ini. Semoga ...
TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
PERJALANAN INI:
23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah
1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu
16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah
13 Februari 2012 - 20 Januari 2017 - SMK Baru, Miri
22 Januari 2017 Hingga Sekarang - SM Teknik, Sejingkat, Kuching
PERJALANAN INI:
23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah
1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu
16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah
13 Februari 2012 - 20 Januari 2017 - SMK Baru, Miri
22 Januari 2017 Hingga Sekarang - SM Teknik, Sejingkat, Kuching
PENAFIAN :
Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.
Mohamad.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.
Mohamad.
Mutiara Kata
Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.