PESAN SAIYIDINA ALI RA
“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”. "Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".
Thursday, June 29, 2017
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2017
Selamat Hari Raya Aidilfirri kepada semua rakan-rakan bloger yang masih mengenali diri ini dan semua rakan yang menemui blog ini. Semoga anda semua berbahagia hendaknya disamping keluarga tercinta...
Thursday, June 25, 2015
257. Pertemuan Semula.. RU
Bertemu semula dengan rakan-rakan yang telah lama berpisah pada 6 Jun 2015 adalah satu pengalaman yang sangat menarik. Masing-masing dalam hati tertanya-tanya dan masih lagi terpahat gambaran lama tentang wajah dan watak rakan-rakan yang ditinggalkan.
Pertemuan semula di Sala Restaurant Alor Mengkudu, Alor Star, Kedah, menggamit lebih 30 orang rakan yang datang dari jauh dan dekat. Ada yang memandu dari Kuala Lumpur dan terperangkap dalam kesesakan lalulintas dan sampai ke tempat pertemuan sudah lewat malam, namun semangat untuk berjumpa tetap jitu dan bila sudah bertemu rasa hilang semua penat lelah semasa dalam perjalanan.
31 tahun bukan masa yang singkat, ada rakan-rakan yang sudah kembali kepada penciptanya. Bagi yang berkesempatan, bersyukur sangat-sangat.. Pertemuan selama 3 jam dari Jam 8-12 malam tidak terasa, Berbagai cerita, Dari bertanya khabar sehinggalah ke renteten cerita pengalaman hidup selama berpisah.
Kemesraan sebagai kawan bertukar sebagai sahabat. Walaupun dulu hanya berkenalan tetapi tidak rapat tetapi bila bertemu sebegini, seperti pulih dari mimpi yang lama. Bayangkanlah Sejak habis persekolahan tingkatan 5 di SMK Tunku Abdul Malik, Alor Merah, Alor Setar, hingga ke umur yang hampir pencen.. Berjabat tangan, berpelukan, ketawa melihat antara sama lain, adalah hiburan malam itu. Ada yang betul-betul berubah wajah dan fizikal, ada yang masih kekal dan senang dikenali.
Inilah kelebihan teknologi, Whatsapp, Telegram, Facebook, Instagram dan sebagainya. Yang lama berpisah dipertemukan, yang jauh menjadi dekat dan yang renggang menjadi rapat walaupun tidak kurang juga kesan negatifnya..
Subscribe to:
Posts (Atom)
RAKAN GURU YANG DIHORMATI...
Popular Posts
-
Dua buah majalah yang masih dalam simpanan pihak sekolah "Majalah Sekolah" merupakan satu dokumen yang sangat penting selain da...
TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
PERJALANAN INI:
23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah
1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu
16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah
13 Februari 2012 - 20 Januari 2017 - SMK Baru, Miri
22 Januari 2017 Hingga Sekarang - SM Teknik, Sejingkat, Kuching
PERJALANAN INI:
23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah
1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu
16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah
13 Februari 2012 - 20 Januari 2017 - SMK Baru, Miri
22 Januari 2017 Hingga Sekarang - SM Teknik, Sejingkat, Kuching
PENAFIAN :
Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.
Mohamad.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.
Mohamad.
Mutiara Kata
Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.
