PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Tuesday, May 17, 2011

184. Bersyukur dan berterima kasih..

Malam berambeh.. Jamuan Makan Malam di taja khas oleh Kerajaan Negeri Sarawak mengalu-alukan kedatangan semua tetamu dari seluruh Malaysia sempena sambutan hari guru ke 40 di Borneo Convention Center Kuching.. Malam yang penuh warna warni dengan persembahan konsert dari orkestra Jabatan Pelajaran Sarawak serta persembahan dari guru-guru di Bumi Kenyalang...

Hari ini, perbincangan tentang pengumuman oleh Yang Berhormat Perdana Menteri masih lagi menjadi tajuk utama antara guru-guru. Buat julung kalinya mengumuman yang dibuat itu yang nampaknya memberi satu nafas baru kepada para pemimpin pendidikan di sekolah. Semua pengetua dan penolong kanan tentunya menarik nafas lega. Ada yang mengatakan golongan ini mendapat durian runtuh dan tidak kurang juga yang mengatakan bagai bulan jatuh ke riba. Dan.. ada yang mempersoalkan kenapa pengetua DG48,  penolong kanan DG44 dan penolong kanan DG32  ini yang perlu diberi keutamaan kerana golongan yang membantu golongan ini sudah tentunya golongan DG41 dan rakan-rakan DG yang lain. Macam-macam.. dan berbagai pendapat yang dikemukakan. Namun semua ini adalah rezeki Allah, dan terimalah dengan reda dan bukan dengan iri hati kerana suatu hari nanti sudah tentu masanya akan tiba bagi golongan DG41 dan rakan-rakan guru lain untuk merasainya.

Ucapan dari Pengarah Pelajaran Negeri Sarawak, En Abdillah Adam dan Ketua Menteri Sarawak di Majlis Malam Berambeh..
Saya masih ingat sehingga kini, kata-kata seorang guru kepada saya, ”Kami yang penat-penat berusaha tetapi cikgu yang mendapat nama”, Menyirap darah saya bila terdengar kata-kata tersebut. Namun kesabaran masih ada. Kalau diikutkan kata hati mahu juga saya berhujah dengannya, tetapi seperti kata Nabil, ”Lu fikirlah sendiri..” Tidak perlu kita bertengkar sesama sendiri kerana perkara sebegini kerana sampai ketikanya, guru ini juga akan menerima keadaan yang serupa. Guru-guru lain akan bekerja atas perancangan yang telah  diatur olehnya. Maka, kejayaan sesebuah organisasi dimata masyarakat sudah tentulah kejayaan kepada pengurusannya seterusnya memberi kesan yang baik bagi sesebuah organisasi. 

Amanat dan pengumuman yang ditunggu-tunggu
Begitu juga dengan SMS Ucapan hari guru yang saya terima dari rakan-rakan dengan diselitkan ucapan tahniah, namun saya dapat rasakan bahawa ada sedikit rasa kekecewaan di hati mereka. Kenapa di sekolah sahaja, bagaimana kami di pejabat yang sentiasa bertungkus lumus seperti juga pengurus pendidikan di sekolah. Semoga segala rintihan dan cakap-cakap ini didengar oleh orang-orang yang berkuasa untuk mengubahnya. Sama-samalah kita doakan, barangkali ada yang lebih baik yang akan diumum walaupun bukan pada perayaan hari guru yang ke 40 ini. Bersabarlah..


Dalam perkembangan lain, bagi saya pengumuman yang dibuat oleh YB Perdana Menteri dan ulasannya yang dibuat oleh YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Bin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, dalam ucapannya di Borneo Convention Centre Kuching pada 16 Mei 2011 itu sebenarnya adalah menyeluruh. Semua guru sebenarnya telah diberi pengiktirafan sewajarnya. Dalam pengumuman tersebut terdapat 5 kaedah kenaikan pangkat telah diperkenalkan untuk menambahbaikan perkhidmatan perguruan dan kenaikan pangkat tersebut tidak terhad sehingga ke DG48 sahaja.

Sekitar Borneo Convention Centre, Kuching pada 16 Mei 2011
Sambutan Hari Guru ke 40
Antara kaedah kenaikan pangkat yang telah diberi nafas baru tersebut ialah Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru. Dari konsep Guru Wibawa dan Pendeta guru ini laluan kerjaya guru2 Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) akan diperluaskan ke gred DG54 dalam tempoh 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh lembaga kenaikan pangkat. Selain dari itu kerajaan juga mewujudkan satu gred khas “C” sebelum bersara. Namun guru yang tidak dinaikkan ke gred ini boleh menikmati pergerakan gaji tahunan.

Tokoh guru, Dato' Prof Dr. Ab. Rahim Selamat, Dato' Siva Subramaniam, cik Hamedah Wok Awang, Datuk Hajah Rita T Jaafar @ Rita Bagong dan Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2011 Datuk (Dr) Haji Nor Bin Daim @ Matnor Bin Daim.
Dalam pada itu semua pengetua sekolah menengah gred DG48 akan ke gred DG52.  GPK Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik? (Yang ada di sekolah PK Hem) dan GPK Kokurikulum DG44 akan dinaikkan ke gred DG48 melibatkan 6,585 jawatan. Manakala bagi GPK Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik? Dan Kokurikulum di sekolah rendah Kluster dinaikkan dari gred DGA32 ke gred DGA34 melibatkan 99 jawatan.

Mereka yang Kelainan Upaya, walaupun nyanyian tanpa suara tetapi persembahan mereka juga menghiburkan..
Walau apapun kepada semua warga pendidik, marilah kita sama-sama bekerja dengan lebih berdedikasi dan betul-betul  merealisasikan tema hari guru pada tahun ini “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”. Jadikan diri kita benar-benar sebagai agen perubahan dan contoh untuk menggerakkan pelajar berfikiran global dan berdaya saing. Seperti kata Timbalan Perdana Menteri Malaysia, merangkap Menteri Pelajaran Malaysia dalam buku program Pelancaran Perayaan Hari Guru ke 40, jadilah guru kebanggaan Negara, teruskan usaha demi masa depan anak-anak, laksanakan amanah ini dengan jujur, ikhlas dan yakin..

  • SMS kepada saya yang saya kira cukup hebat kepada seorang guru walaupun, barangkali sms ini beberapa kali di ulang hantar..
“Assalam Cikgu, Iklas dariku.. kaulah seorang antara guru pada pandanganku.. yang mempunyai tanggungjawab dan komitmen yang tinggi pada profesionmu.. kau sentiasa menjadi idolaku dan teman-teman. Doaku semoga Allah terus memacu kecemerlangan dan kerahmatan keatas segala kerja buatmu.. Cikgu, kau telah menjadi seorang guru yang hadirmu di tunggu, hilangmu di rindu, ilmumu diburu, nasihatmu di seru dan tingkahmu di tiru. SELAMAT HARI GURU, TERUSKAN PERJUANGANMU...

Tahniah kepada pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Induk Majlis Pelancaran Hari Guru 2011, sesungguhnya usaha tuan-tuan menjayakan majlis ini sangat disanjung tinggi dan berakhir dengan cemerlang.. 


Selamat Hari Guru

Monday, May 2, 2011

182.Selamat Hari Pekerja 2011

Ingatkan isteri saya ditahan di hospital 1 hari sahaja tetapi nampaknya sampai 1 hari 1 malam juga. Jam 9 pagi 1 Mei saya ke Hospital Sibu untuk menjemput beliau pulang. Kerana tidak ada surat dari sekolah, maka bayar sahajalah, ingatkan mahal, terkejut juga bila kerani di kaunter pembayaran hanya minta rm3.00. Selesai membuat pembayaran, Jam 10.00 pagi baru doctor pakar sampai ke wad 12. Lama juga menunggu, mungkin sebelumnya beliau sudahpun melawat ke wad2 lain. Jam 11.00 baru dapat keluar dari perkarangan hospital.

Hospital Sibu
Kadar gula dalam darah beliau masih tinggi, doctor tidak berpuas hati dan terpaksa menahan beliau sehingga pagi semalam. Apa boleh buat, terpaksalah ikut. Hari ini, kena buat sendiri sebanyak 6 kali setiap hari mengikut masa yang ditetapkan dengan menggunakan alat yang diberi oleh pihak hospital dengan doposit rm50.00.  Dari katil isteri saya, saya melihat semua jururawat gagas bertugas ke sana kemari memberi khidmat kepada semua pesakit dengan senyuman. Walaupun hari tersebut ramai yang bercuti sempena Hari Buruh, nampaknya mereka terpaksa melaksanakan tugas termasuk doctor.

Bandar Sibu, akhir-akhir ini juga kelihatan sedikit sibuk dengan pertambahan kenderaan. Terutamanya pada masa cuti begini. Hotel-hotel termasuk hotel “budget” juga kelihatan penuh. Jalan sepanjang Kampung Hilir dan Kampung Datuk juga kelihatan banyak kenderaan. Begitu juga dengan pusat-pusat membeli belah seperti Farley, Gaint, Star, Parkson, Sing Kwong dan sebagainya. Kini ada 2 buah pusat membeli belah yang terbesar sedang dalam pembinaan di Sibu iaitu Star dan Giant yang nampak gayanya seperti ala-ala “TESCO”. Apa tidaknya, dengan adanya kemudahan perhubungan ini ramai pengunjung yang tertumpu di Sibu.

Kedai-kedai makan juga kelihatan penuh. Kedai-kedai francais seperti KFC, Mc Donald, Pizza Hut, Sugar Bun, Singapore Chiken Rice juga mendapat tumpuan dan pilihan pengunjung. Yang tidak bertambah ialah tempat “Parking”.  Bila diamati dalam masa cuti begini, ramai peniaga yang “buat duit” terutama bagi yang pandai merebut peluang. Sedikit menyedihkan ialah kedai-kedai makan milik “Orang Kita” yang lebih rela tutup. 3 buah kedai makan yang bertaraf restaurant saya dan keluarga pergi selepas keluar dari hospital, ketiga-tiganya tutup. Satu di Jalan Pedada, 1 di Sungai Antu dan 1 di Jalan Ke Lapangan Terbang.  Ada rasa kecewa di hati kerana bila saya sampai ke Kedai tersebut kelihatan beberapa buah kenderaaan lain juga berpatah balik. Mungkin mereka juga seperti saya. Apa boleh dikatakan, hari pekerja, jadi kedai kena tutup beri penghormatan kepada pekerja bercuti.

Hari pekerja mula diiktiraf oleh kerajaan pada tahun 1973 apabila kerajaan mengistiharkan 1 Mei setiap tahun sebagai cuti umum. Mulai tahun 1991, perhimpunan hari pekerja di adakan secara tetap bagi menghargai sumbangan pekerja kepada pembangunan Negara. Namun ada diantara para pekerja mempunyai perancangan masing-masing untuk bersama-sama keluarga sama ada untuk ber”Shopping” atau untuk beriadah. Kebetulan pada tahun ini jatuh pada hari Ahad, maka hari Isnin dikira cuti. Agak panjang sedikitlah cuti dan masa lebih panjang untuk bersama keluarga.

Saya difahamkan, perhimpunan yang bertemakan “Pekerja Merealisaikan Transformasi Negara” akan diadakan pada 7 Mei di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Dalam majlis ini nanti Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju untuk menyampaikan amanat khas sebagai penghormatan kepada para pekerja. Saya berharap ada sesuatu yang menarik disampaikan oleh Datuk Seri kepada golongan pentadbir sekolah selain dari Tawaran Baru atau “New Deal”. Sudah lama Persatuan Pengetua Sekolah Sarawak memperjuangkan elaun tanggungjawab RM150.00 dinaikkan. Semoga mendapat perhatian daripada Perdana Menteri kita. Wang bukan segalanya untuk cemerlang, tetapi berilah sedikit penghormatan kepada golongan ini kerana tugas mereka yang semakin hari semakin bertambah dengan pelbagai program sama ada secara langsung dan tidak langsung yang memerlukan pengorbanan dari mereka.... Begitu juga dengan para pekerja lain, sebagai penghormatan dan motivasi..

Terima kasih Cikgu..

Selamat Hari Pekerja, Selamat bercuti dan beristirahat...




RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

PERJALANAN INI:


23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah


1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu


16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah


13 Februari 2012 - 20 Januari 2017 - SMK Baru, Miri


22 Januari 2017 Hingga Sekarang - SM Teknik, Sejingkat, Kuching


PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.