PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Friday, January 1, 2010

62. SELAMAT TAHUN BARU 2010

  1. Sudah hampir habis satu hari Tahun Baru 2010 hari ini 1/1/2010 tetapi saya masih lagi menerima SMS dari rakan-rakan mengucapkan Selamat Tahun Baru. Berbagai ucapan saya terima dan saya rasa sangat bersemangat. Terima kasih banyak-banyak. Semoga tahun ini kita akan lebih cemerlang dengan Azam baru dan semangat baru.
  2. Azam saya pada tahun ini seperti tahu lalu terbahagi kepada 2, Pertama sebagai pengetua di SMKB sudah tentulah saya mahu melihat Oraganisasi yang saya pimpin terus maju dan mencapai visi dan misinya. Sebagai ketua keluarga pula sudah tentu saya ingin menjadi pemimpin yang terbaik untuk keluarga.
  3. Saya sangat bersetuju dengan tulisan Mardiana Mat Ishak, Dalam Utusan Malaysia, Jumaat 1 Jan 2010 m.s 10 , seorang penyarah Jabatan Bahasa Al-Quran, Pusat Asasi UIAM, semua orang boleh berazam sebanyak mana pun tetapi bergantung kepada kemampuan diri dan terus istiqamah iaitu gigih, tekun dan komited untuk melakukan sesuatu perkara sehingga kita betul-betul mencapainya.
  4. Menurut beliau lagi, seseorang boleh mencapai impian dan matlamat jika ada kemahuan, percaya kepada diri sendiri, bermotivasi, meletakkan tempoh masa dan berfokus.
  5. Saya percaya, semua warga SMKB juga mempunyai Azam masing-masing dan salah satu Azam tersebut ialah gigih, tekun dan komited kepada tugas. Pengawal keselamatan akan buat yang terbaik akan tugasnya, Pembersih kawasan akan buat yang terbaik, kakitangan anggota sokongan pun begitu juga dan guru-guru dengan Agenda tersendiri iaitu kita ingin menganggkat SMK Belawai ke tahap yang tinggi seganding dengan sekolah-sekolah lain.
  6. Impian kita ingin melihat pelajar PMR mencapai 8A sudah tercapai w/p tidak ramai. Tetapi ia membuktikan bahawa usaha kita tidak sia-sia jika ada kemahuan. Kita percaya pada diri bahawa pelajar SMKB yang kita didik mampu mendapat keputusan yang baik. Jadikan keputusan terbaik ini motivasi dan sepanjang tempoh masa 1 tahun ini usaha kita berfokus untuk meningkatkan pencapaian. Jika tahun ini 2 orang 8A, Barangkali tahun 2010 kita mampu mengeluarkan 10 orang pelajar yang akan mendapat 8A. Seterusnya Matlamat SMK Belawai Cemerlang 2010 tercapai.
  7. Jom, Sama-sama kita renungi Iklan Petronas ini. Di mana kita. Azam kita. Siapa kita. Dalam satu matlamat membina SMK Belawai.

Ada yang membenci

Ada yang menyayangi

Ada yang menangguh

Ada yang bersungguh

Ada yang sentiasa menuding jari

Ada yang sentiasa menghulur tangan

Ada yang mempersoalkan setiap jawapan

Ada yang menjawab setiap persolan

Ada yang tidak mahu mengalah

Ada yang sentiasa menawan hati

Ada yang mahukan perubahan

Ada yang sendiri mahu berubah

Ada yang melihat hanya satu warna kulit

Ada yang tidak mengenal warna kulit

Ada yang berbangga dengan satu bangsa

Ada yang berbangga menjadi bangsa manusia

Tahun baru ini, ia bukan tentang persoalan dan perbandingan antara kita. Tetapi ia tentang matlamat perkongsian Satu Warisan. Satu Matlamat, 1 Malaysia. Kerana untuk membina sebuah negara yang sempurna, kita perlu belajar erti kesempurnaan di dalam ketidaksempurnaan.

SELAMAT TAHUN BARU

Lama Rasanya Tak Makan Bubur Ashora Mak Kat Kedah

Monday, December 28, 2009

61. Keputusan PMR

  1. Keputusan PMR yang diumumkan pada 24/12/2009 lalu, menunjukkan satu peningkatan yang mendadak dari segi kualiti di SMK Belawai. Dua orang mendapat 8A dan 4 Orang mendapat 7A 1B dari 165 calon PMR. Keputusan keseluruhan menurun 10.23% dari 58.11% kepada 47.88%. "Killer subjek" tentulah Bahasa Inggeris. Namun begitu pencapaian yang ditunjukkan oleh pelajar yang mendapat semua A's amat dibanggakan kerana beberapa tahun kebelakangan ini tidak ada pencapaian sebegitu.
  2. Diantara pelajar tersebut ialah : Abdul Razak Bin Hasbi (8A). Azleea Azira Binti Abdul Rashid (8A), Muhammad Hisyamuddin Raimi Bin Rusli (7A1B), Muhammad Zakwan Bin Yusup (7A1B), Nurhayati Binti Mokhtar (7A1B) dan Nurul Khatikhah Binti Ahmad (7A1B).
  3. Pada keseluruhannya keputusan PMR SMK Belawai sangat memuaskan, Kelas yang dikatakan kelas hujung yang mungkin pada dasarnya pada analisis guru pada peperiksaan percubaan 1 dan 2 yang dikategorikan gagal semua mata pelajaran juga menunjukkan prestasi yang sangat baik, mereka mampu memperolehi sekurang-kurangnya D dan ada di antara mereka yang lulus semua mata pelajaran. Tetapi yang mendukacitakan ialah pelajar-pelajar yang gagal satu mata pelajaran umpamanya, 42 orang yang gagal 1 mata pelajaran iaitu Bahasa Inggeris, 3 orang gagal hanya 1 mata pelajaran Matematik dan 1 orang hanya mata pelajaran sejarah.
  4. Bayangkan jika semua pelajar yang lulus satu mata pelajaran ini lulus, maka keputusan keseluruhan PMR SMKB tentulah meningkat. Bagaimanapun GPS sekolah pada tahun ini masih berada pada tahap yang memuaskan walaupun menurun sebanyak 0.02 dari 3.21 ke 3.23.
  5. Kepada semua guru saya ucapkan tahniah, kita telah berusaha. Kita telah merancang dengan baik, Bertawakkal. Tetapi itu yang sudah ditentukan Allah maka kita terima. Tahun 2010 kita akan berusaha lagi tanpa jemu. Dan kita akan pastikan mata pelajaran yang menjadi penghalang di pertingkatkan lagi pencapaiannya tanpa menyerah kalah melalui Program MaCS.
  6. Di sini saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Yayasan Sarawak yang selama ini memberi sokongan penuh kepada SMKB dengan projek HIPERS. Terima kasih kepada Pegawai Daerah, Daerah kecil Belawai yang memberi peruntukan untuk program motivasi pelajar, Para dermawan seperti Persatuan Nelayan Belawai, Cg Murshidi yang sentiasa memberi sokongan dan galakan kepada para pelajar, orang perseorangan dan badan-badan kerajaan dan swasta sekitar Daerah Belawai yang banyak memberi sokongan. Para ibu bapa yang tidak jemu menghantar anak kesekolah terutama kelas tambahan petang dan malam dan guru-guru yang banyak berkorban masa dan tenaga. Sesungguhnya pengorbanan dan usaha kita berbaloi.

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

PERJALANAN INI:


23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah


1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu


16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah


13 Februari 2012 - 20 Januari 2017 - SMK Baru, Miri


22 Januari 2017 Hingga Sekarang - SM Teknik, Sejingkat, Kuching


PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.