2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
PESAN SAIYIDINA ALI RA
“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”. "Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".
Monday, April 13, 2009
Thursday, April 9, 2009
45. MaCS - 2009-2011
- Nampaknya masih ada lagi kekeliruan kita berkenaan dengan MaCS program ini di kalangan warga pendidik terutamanya di sekolah kita. Kemungkinan besar perkara ini timbul kita beranggapan program ini hanya untuk membebaskan diri kita daripada SPR - Sekolah yang berprestasi rendah atau sekolah yang berkemampuan rendah dimana pencapaian pelajarnya kurang dari 50%.
- Oleh itu, apabila saya menyatakan program ini akan diteruskan ia menjadi tanda tanya kepada sebilangan guru. Lebih-lebih lagi pada hari Khamis lalu saya memanggil semua guru yang mengajar tingkatan 3 bersama-sama dengan ketua panitia masing-masing dan GPK mata pelajaran untuk menetapkan sasaran yang lebih berfokus kepada peningkatan 10% bagi tahun 2009. Dan selepas ini guru-guru dalam panitia masing-masing akan bersama-sama saya, duduk dan merangka program yang lebih mantap.
- Walaupun SMKB sudah bebas dari SPR, kita perlu kekalkan kejayaan tersebut atau perlu meningkat lebih dari itu kerana kita ada target iaitu Sekolah Lonjakan Saujana. Apabila kita sudah berjaya, kita tidak boleh meraikan kejayaan tersebut dengan berpeluk tubuh tetapi kita perlu sentiasa kehadapan. PMR bukan noktah di tahun 2008 tetapi berterusan tahun demi tahun dan kita sentiasa dinilai. Apakah PMR tahun 2009 boleh kekal cemerlang tanpa usaha? Atau kita hanya menanti sesuatu yang ajaib akan berlaku di SMKB?
- Hebatnya Program MaCS ialah pada namanya. Kita merasa tertekan kerana ia adalah satu program. Tetapi sebenarnya, sebelum program ini dilancarkan kebanyakkan sekolah mempunyai pelbagai program sendiri untuk melihat prestasi pelajar. Tiada keselarasan. Bagi sekolah-sekolah yang hebat sudah tentu program yang dilakukan adalah menepati kehendak dan sekolah tersebut berjaya. Kita perlu berterima kasih dengan orang yang mencetuskan idea dengan menamakan program ini sebagai MaCS- Managing Chalanging School dengan menggabungkan idea-idea dari sekolah-sekolah dan dapat diguna pakai untuk semua sekolah dengan begitu teratur dan mantap.
- JPNS patut diberi pujian, mereka sentiasa berusaha untuk melihat pendidikan di Sarawak sentiasa maju dan bukannya berada pada ranking yang terakhir. Walaupun MaCS di perkenalkan untuk sekolah berprestasi rendah, tetapi ramai pengetua dari sekolah-sekolah yang berprestasi tinggi mengambil kesempatan menggunakan program ini dan pencapaian sekolah mereka kekal cemerlang.
- Program MaCS banyak kebaikannya. Walaupun ia sedikit membebankan guru dengan membuat analisis tetapi P & P lebih berfokus. Guru dapat kenalpasti potensi murid dan P & P akan lebih berkesan. Bagi guru-guru yang tidak menghayati program ini dan mengambilnya sambil lewa, betapa ruginya dia dan yang timbul ialah rungutan kerana kurang faham.
- Program MaCS Fasa II - telah dilancarkan. Pihak SPA telah mengambil peranan dengan memberi penerangan kepada semua pengetua. Bagi Bahagian Mukah penerangan di selitkan semasa Mesyuarat Kurikulum 1/2009 pada 7-9 April 2009 di Mukah. Program MaCS Fasa II (2009-2011) melibatkan semua sekolah dan berfokus kepada HUI atau Holistik, Unik dan Interaktif. Berbagai pendekatan baru di terapkan supaya program ini lebih mantap dan bersepadu. Ia termasuklah Lawatan ke sekolah-sekolah.
- Semua pengetua di fahamkan apabila rakan-rakan kita di SPA - Sektor Pengurusan Akademik membuat lawatan, perkara-perkara yang akan di lihat ialah:
- SKPM sekolah (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia)
- Buku Rekod Mengajar Guru
- Jadual Waktu Induk dan Individu (guru)
- Senarai Guru dan Option
- Kelas Guru Mengajar
- Senarai Murid
- RPS (Rancangan Pemajuan Sekolah atau Rancangan Strategik atau GEMS)
- Plan Taktikal
- TOV dan ETR
- Headcount sekolah
- Jadual pencerapan sekolah
- Buku Latihan Pelajar
Semoga SMKB mengambil manfaat darinya. Tiada yang lebih baik dari berusaha dan bertawakal. Terima Kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)
RAKAN GURU YANG DIHORMATI...
Popular Posts
-
Aktiviti : Petandingan Bola Tampar Pesta Pantai Belawai 2011 dan Karnival Mesra 1 Belia yang ditetapkan pada 24-27 Mac 2011 yang diadak...
TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
PERJALANAN INI:
23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah
1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu
16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah
13 Februari 2012 - 20 Januari 2017 - SMK Baru, Miri
22 Januari 2017 Hingga Sekarang - SM Teknik, Sejingkat, Kuching
PERJALANAN INI:
23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah
1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu
16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah
13 Februari 2012 - 20 Januari 2017 - SMK Baru, Miri
22 Januari 2017 Hingga Sekarang - SM Teknik, Sejingkat, Kuching
PENAFIAN :
Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.
Mohamad.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.
Mohamad.
Mutiara Kata
Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.