PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



Thursday, January 15, 2009

30. Selamat Kembali Ke Sekolah

  1. Alhamdulillah Bersyukur kehadrad Allah S.A.W dengan kehendaknya permulaan Tahun 2009 disambut dengan kejayaan dengan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan PMR dari 45% melonjak kepada 59.3%. Ucapan tahniah yang tidak terhingga dari saya kepada semua guru SMK Belawai yang terlibat secara langsung mengajar tingkatan 3 dan guru-guru lain yang sama-sama mendoakan agar sekolah kita cemerlang dalam semua bidang sama ada ko-kurikulum dan kurikulum.
  2. Guru-guru yang saya hormati sekelian, Selamat kembali ke sekolah. Semoga percutian cikgu penuh dengan rasa gembira apatah lagi bersama-sama dengan orang yang tersayang yang lama tidak kita jumpa. Abadikan dalam kenangan bersama dengan gambar-gambar kenangan, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki kita akan bersama-sama dengan mereka lagi pada masa cuti yang akan datang.
  3. Apabila kita kembali kesekolah bermakna kita sudah mempunyai tanggungjawab baru, matlamat baru, sasaran baru dan azam baru untuk membina kerjaya. Sekali kita cemerlang kita akan terus cemerlang. Kita berazam mengekalkan kecemerlangan atau akan lebih cemerlang dalam tahun 2009 ini.
  4. Segala maklumat dan arah tuju SMK Belawai telah pun disampaikan dengan jelas kepada semua guru termasuk guru baru pada Mesyuarat 1/2009 pada 3 Januari 2009 yang lalu. Semoga hasrat sekolah untuk menjadikan SMK Belawai Cemerlang 2010 akan mencapai matlamatnya. Saya sekiranya perkara-perkara yang disentuh dalam mesyuarat tersebut dan perkara-perkara yang terkandung di dalam Buku Panduan Staf 2009 di hayati kita mampu menjadikan diri kita seorang guru yang berintegriti tinggi.
  5. Guru-guru yang saya hormati sekelian. Selain dari matlamat sekolah, kita sebagai guru kita perlu mempunyai azam dan matlamat sendiri. Jadikan diri kita sebagai seorang yang mempunyai pendirian. Cikgu berhak untuk mengenali diri sendiri, dimana arah tuju kita sebenarnya. Letakkan satu matlamat atau sasaran untuk diri sendiri dan jadikan diri kita sebagai guru yang cemerlang. Kejayaan seorang askar di medan peperangan adalah mengalahkan musuh maka kejayaan diri kita dilihat berapa peratus kelulusan anak murid yang kita didik. Besama-samalah kita mempunyai azam yang sama kerana azam yang sama itu akan mewujudkan satu TEAMWORK yang kuat.
  6. Guru-guru yang saya hormati sekelian, Saya sekali lagi mengucapkan tahniah kepada semua guru dengan kejayaan sekolah yang kita perolehi, Ucapan terima kasih juga kepada semua guru yang terlibat dalam urusan pendaftaran pelajar, urusan buku teks, jadual waktu, koperasi dan kepada semua guru yang terlibat sehingga sanggup mengorbankan masa cuti masing-masing. Sesungguhnya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik cikgu dan cikgu akan mendapat ganjaran yang sewajarnya di dunia dan di akhirat.
  7. Sekian, selamat mengajar anak bangsa kita, selamat menjadi guru yang berperibadi tinggi.

SMK BELAWAI CEMERLANG 2010.

Monday, November 24, 2008

29. PPSMI gagal?

Oleh: Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

KETIKA Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan pada 2003, matlamatnya untuk membantu pelajar meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris (BI) sejajar memenuhi permintaan global yang kian mencabar.Meskipun wujud polemik pada awal pengenalannya, semua pihak mengalu-alukan langkah itu.
Bagaimanapun, selepas enam tahun pelaksanaannya, ada suara yang mempertikaikan kewujudan PPSMI.Lebih menimbulkan konflik, apabila PPSMI dianggap satu pembaziran kerana keputusan kebanyakan pelajar terutama di luar bandar kurang memberangsangkan.
Natijahnya, ada pihak tertentu menyarankan PPSMI ditukar kepada sistem pembelajaran sebelum ini dalam bahasa Melayu.Persoalannya, adakah objektif PPSMI gagal? Adakah benar ia satu pembaziran dan wajar diberhentikan?
Bagaimana pula dengan pelajar yang berjaya?Walaupun keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan Khamis lalu menunjukkan peningkatan pelajar menjawab soalan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, namun ada penurunan pelajar yang mendapat 5A dalam semua subjek.Kebanyakan mereka hanya mendapat 4A dan B atau C dalam subjek Matematik dan Sains.
Jadi, rasionalkah keputusan UPSR ini dijadikan kayu pengukur untuk menilai reputasi PPSMI?Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad, berkata tidak perlu menunggu keputusan UPSR untuk meneruskan PPSMI, sebaliknya pelaksanaannya perlu merujuk kepada objektif utama ia diperkenalkan pada 2003.
Menurutnya, bukan isu utama untuk memperkatakan mengenai sama ada PPSMI berjaya atau tidak, tetapi perlu mencari jalan terbaik menyelesaikan kemelut yang berlaku apabila ia diperkenalkan.“Dalam isu ini, semua aspek perlu dipertimbangkan sebelum mengambil keputusan terbaik.
Sepanjang enam tahun ia dilaksanakan, ada pelajar yang boleh mengikutinya dan ada yang gagal.“Pemantauan serius perlu dititikberatkan kepada mereka yang lemah terutama di luar bandar. Pelajar cemerlang dalam PPSMI juga perlu diberi perhatian,” katanya.
PPSMI diperkenalkan atas kesedaran membantu meningkatkan kualiti tahap pendidikan pelajar dalam menguasai BI sebagai medium penjanaan globalisasi.Malangnya, pengenalan ini menimbulkan reaksi pro dan kontra daripada pelbagai lapisan masyarakat. Ada yang menyatakan langkah itu tepat kerana dapat membantu pelajar lemah memperbaiki mutu pencapaian BI manakala sebahagiannya membantah kerana bimbang pencapaian mereka lebih merosot.
Mengulas sama ada kejayaan PPSMI ini mampu dikecapi sebahagian besar pelajar, Syed Anuar berkata, dalam konteks ini, bukan hanya melihat kepentingannya pada kelompok pelajar tertentu tapi keseluruhan.
Menurutnya, tidak dapat dinafikan kebanyakan pelajar luar bandar ketinggalan dalam pelaksanaan PPSMI ini, namun mereka tidak seharusnya dipersalahkan sepenuhnya.“Bukankah lebih baik jika mereka diberi pendedahan lebih luas seperti meningkatkan kesedaran melalui pembacaan. Ia membantu menarik minat mereka mengenai kepentingan BI.“Tetapi, jangan korbankan masa depan pelajar cemerlang dengan kurang mengendahkan mereka kerana sudah yakin terhadap pencapaian sedia ada.
Setiap pelajar adalah aset bagi semua, tidak perlu ada diskriminasi,” katanya.Bagi mengatasi kemelut ini, GPMS menyarankan melaksanakan pendekatan sistem dua aliran supaya masalah sedia ada tidak berlarutan.
Melalui sistem ini, pelajar cemerlang boleh mengikuti PPSMI dalam BI manakala kurang cemerlang mengikutinya dalam bahasa Melayu.Syed Anuar berkata, jika PPSMI diberhentikan, ia akan menyebabkan pembaziran kerana kerajaan membelanjakan peruntukkan besar bagi melaksanakannya.“Sudah banyak wang dibelanjakan, jadi kita tidak dapat menolak hakikat itu.“Bagi saya, teruskan PPSMI tapi biarlah ada pemantauan secara menyeluruh agar objektif yang disasarkan dapat dicapai dan tidak membebankan pelajar,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Wilayah Persekutuan (PIBGWP), Datuk Suhaimi Yaacob, berkata pengenalan PPMSI perlu dilihat dan dinilai secara menyeluruh.Menurutnya, subjek BI sedia ada sudah memadai bagi membantu pelajar menguasai BI dan tidak perlu diperkenalkan dalam Sains dan Matematik.
“Jika objektif utama untuk memperkasakan penggunaan BI kepada pelajar, rasanya tidak perlu membuat uji kaji dalam Sains dan Matematik.“Lebih baik mewujudkan keseimbangan dalam penggunaan semua bahasa. Ini satu aset dalam membina kejayaan generasi masa depan.“Kita mahu generasi masa depan mampu menguasai pelbagai bahasa dengan baik, justeru tidak perlu memberi penekanan atau fokus pada BI keterlaluan hingga menyebabkan kepincangan dalam aspek lain,”

RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

PERJALANAN INI:


23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah


1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu


16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah


13 Februari 2012 - 20 Januari 2017 - SMK Baru, Miri


22 Januari 2017 Hingga Sekarang - SM Teknik, Sejingkat, Kuching


PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.