- Post-Morterm atau dalam bahasa melayu di sebut sebagai bedah siasat merupakan satu pemeriksaan secara terperinci ke atas sesuatu kes, biasanya dilakukan oleh pegawai perubatan ke atas mayat. Pemeriksaan di lakukan di bahagian dalam dan luar untuk mencari punca sebenar sebab-sebab kematian sama ada disebabkan oleh penyakit, radiasi, kemalangan atau kecederaan. Laporan post-morterm ini sangat penting bagi sesebuah syarikat Insurans sebelum mereka memutuskan untuk pembayaran gati rugi atau pampasan atas kes yang dipohon.
- Pada masa sekarang istilah ini telah digunakan secara meluas. Ia tidak terhad kepada bidang perubatan sahaja tetapi di bidang lain. Umpamanya sekiranya sesebuah pasukan bola sepak tidak dapat mengatasi pihak lawan, walaupun beberapa kali bermain dan berbagai strategi telah di atur tetapi masih lagi menunjukkan prestasi yang tidak baik. Maka post-morterm perlu diadakan bagi mencari sebab musababnya. Begitu juga dengan program-program yang kita jalankan dari masa ke semasa, sebaiknya berjaya atau tidak program tersebut, satu post-morterm perlu di adakan supaya jawatankuasa tersebut dapat menilai di mana kelemahan yang berlaku dan sama-sama mengatasi masalah tersebut untuk tahun hadapan.
- Walau bagaimanapun dalam kehidupan harian kita yang terlalu sibuk, kadang kala perkara yang penting ini (post-morterm) terpaksa diabaikan kerana ada program lain yang sedang menunggu dan perlu di bereskan. Begitulah seterusnya bila habis satu program, ada lagi program lain yang sedang menunggu. Oleh itu kelemahan-kelemahan yang ada di dalam program yang telah berlalu akan diulangi dari tahun ke tahun tanpa ada perubahan.
- Dalam dunia pendidikan post-mortem sangat penting dalam usaha kita mengatur strategi penambahbaikan prestasi akademik. Dalam konteks ini post-morterm perlu di adakan untuk mengetahui mata pelajaran yang gagal melepasi target keatas keputusan ujian atau peperiksaan. Dapatan dari post morterm ini guru atau ketua panitia mata pelajaran boleh mengatur strategi P & P yang lebih berkesan dengan menentukan strategi penambahbaikan.
- Selain dari itu post-morterm juga, mengajar guru-guru supaya tidak membuat tuduhan melulu kepada kohort murid. Guru hanya membandingkan murid tahun lalu dengan tahun ini secara rambang tanpa kajian tertentu. Dengan adanya post-morterm guru dapat melihat, apakah faktor sebenar selain menyalahkan kohort pada tahun tersebut.
- Sekiranya post-morterm dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan maka kita dapat menentukan keupayaan guru mengajar, keupayaan murid belajar, kualiti soalan sama ada menepati JSU, keberkesanan program yang telah diatur dalam palan strategik, plan taktikal dan plan operasi, pengukuhan dan penggayaan yang telah di buat kepada pelajar-pelajar yang telah di kenalpasti dalam kelompok-kelompok tertentu.
- Seterusnya post-morterm juga dapat memastikan program khas yang di buat oleh panitia mata pelajaran berkesan atau tidak untuk peningkatan akademik atau sebaliknya panitia mata pelajaran perlu mencari satu program yang betul-betul berkesan untuk meningkatkan keupayaan pelajar dalam menghadapi peperiksaan seterusnya meningkat pencapaian akademiknya.
- Program MaCS Fasa II, yang telah di lancarkan dan diguna pakai di semua sekolah adalah satu program yang sangat baik. Secara tidak langsung ia menjurus kepada satu bentuk post morterm dimana pelajar yang di dapati lemah perlu diambil tindakan segera. Guru bimbingan dan kaunseling juga berperanan penting membantu pihak sekolah dan guru mata pelajaran mengesan golongan galus atau golongan yang boleh ditolong sedikit, akan lulus. Selain dari itu guru-guru juga dapat kenalpasti tajuk-tajuk yang belum dikuasai oleh pelajar dan dengan ini dapat menentukan dengan segera tindakan pemulihan. Cuma yang penting ialah sedikit pengorbanan masa dan tenaga guru untuk mendapat yang terbaik.
PESAN SAIYIDINA ALI RA
Tuesday, January 19, 2010
63. POST MORTERM
Friday, January 1, 2010
62. SELAMAT TAHUN BARU 2010
- Sudah hampir habis satu hari Tahun Baru 2010 hari ini 1/1/2010 tetapi saya masih lagi menerima SMS dari rakan-rakan mengucapkan Selamat Tahun Baru. Berbagai ucapan saya terima dan saya rasa sangat bersemangat. Terima kasih banyak-banyak. Semoga tahun ini kita akan lebih cemerlang dengan Azam baru dan semangat baru.
- Azam saya pada tahun ini seperti tahu lalu terbahagi kepada 2, Pertama sebagai pengetua di SMKB sudah tentulah saya mahu melihat Oraganisasi yang saya pimpin terus maju dan mencapai visi dan misinya. Sebagai ketua keluarga pula sudah tentu saya ingin menjadi pemimpin yang terbaik untuk keluarga.
- Saya sangat bersetuju dengan tulisan Mardiana Mat Ishak, Dalam Utusan Malaysia, Jumaat 1 Jan 2010 m.s 10 , seorang penyarah Jabatan Bahasa Al-Quran, Pusat Asasi UIAM, semua orang boleh berazam sebanyak mana pun tetapi bergantung kepada kemampuan diri dan terus istiqamah iaitu gigih, tekun dan komited untuk melakukan sesuatu perkara sehingga kita betul-betul mencapainya.
- Menurut beliau lagi, seseorang boleh mencapai impian dan matlamat jika ada kemahuan, percaya kepada diri sendiri, bermotivasi, meletakkan tempoh masa dan berfokus.
- Saya percaya, semua warga SMKB juga mempunyai Azam masing-masing dan salah satu Azam tersebut ialah gigih, tekun dan komited kepada tugas. Pengawal keselamatan akan buat yang terbaik akan tugasnya, Pembersih kawasan akan buat yang terbaik, kakitangan anggota sokongan pun begitu juga dan guru-guru dengan Agenda tersendiri iaitu kita ingin menganggkat SMK Belawai ke tahap yang tinggi seganding dengan sekolah-sekolah lain.
- Impian kita ingin melihat pelajar PMR mencapai 8A sudah tercapai w/p tidak ramai. Tetapi ia membuktikan bahawa usaha kita tidak sia-sia jika ada kemahuan. Kita percaya pada diri bahawa pelajar SMKB yang kita didik mampu mendapat keputusan yang baik. Jadikan keputusan terbaik ini motivasi dan sepanjang tempoh masa 1 tahun ini usaha kita berfokus untuk meningkatkan pencapaian. Jika tahun ini 2 orang 8A, Barangkali tahun 2010 kita mampu mengeluarkan 10 orang pelajar yang akan mendapat 8A. Seterusnya Matlamat SMK Belawai Cemerlang 2010 tercapai.
- Jom, Sama-sama kita renungi Iklan Petronas ini. Di mana kita. Azam kita. Siapa kita. Dalam satu matlamat membina SMK Belawai.
Ada yang membenci
Ada yang menyayangi
Ada yang menangguh
Ada yang bersungguh
Ada yang sentiasa menuding jari
Ada yang sentiasa menghulur tangan
Ada yang mempersoalkan setiap jawapan
Ada yang menjawab setiap persolan
Ada yang tidak mahu mengalah
Ada yang sentiasa menawan hati
Ada yang mahukan perubahan
Ada yang sendiri mahu berubah
Ada yang melihat hanya satu warna kulit
Ada yang tidak mengenal warna kulit
Ada yang berbangga dengan satu bangsa
Ada yang berbangga menjadi bangsa manusia
Tahun baru ini, ia bukan tentang persoalan dan perbandingan antara kita. Tetapi ia tentang matlamat perkongsian Satu Warisan. Satu Matlamat, 1 Malaysia. Kerana untuk membina sebuah negara yang sempurna, kita perlu belajar erti kesempurnaan di dalam ketidaksempurnaan.
SELAMAT TAHUN BARU
Lama Rasanya Tak Makan Bubur Ashora Mak Kat Kedah
RAKAN GURU YANG DIHORMATI...
Popular Posts
-
Gambar hiasan-sumber google Anak-anakku, anak-anak murid ku, Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu sehingga kamu mengubahnya sendiri...
TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA
PERJALANAN INI:
23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah
1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu
16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah
13 Februari 2012 - 20 Januari 2017 - SMK Baru, Miri
22 Januari 2017 Hingga Sekarang - SM Teknik, Sejingkat, Kuching
PENAFIAN :
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.
Mohamad.