Kata-kata ini diucapkan oleh seorang pemimpin. Sama-sama kita renungkan...
“Sekuat mana seseorang manusia, apabila lapar manusia terpaksa makan dan minum.
Setinggi mana kelaparan dan dahaga manusia, apabila kenyang mereka terpaksa berhenti,
Segagah mana seseorang manusia, akan ada waktu penat dan lelah,
Sehebat mana seorang manusia itu sekalipun, suatu hari mereka pasti mati.”
Pengajarannya:
Siapapun kita di dunia ini,
sesuatu yang kita lakukan ada had dan sempadan.
السلم عليكم ورحمة الله
ReplyDeleteTerima kasih cikgu..
Selalu mengingatkan diri, jangan pernah berhenti mendengar nasihat, kerana hati akan buta apabila kehilangan nasihat.
Kehidupan kita pun ada batas sempadannya. Semoga kita tidak terleka dengan kehidupan ini hingga melupakan bahawa saat untuk kita kembali akan tiba jua...
ReplyDeleteSame2 la kite ingat mengingati
ReplyDeleteSalam Cikgu,
ReplyDeleteSegalanya terbatas. Jadi buat sesuatu hendaklah beringat dan besederhana supaya tidak merosak diri.
assalamualaikum cikgu
ReplyDeletebenar, kehidupan ini ada masanya
disaluti kegembiraan
ada kalanya kedukaan
ada kalanya mendung tiba
ada ketikanya panas membara
dan yang pasti
batasan kemampuan tetap ada
kerna kita makhluk sahaja...
hamba kepada Yang Esa
salam cikgu,
ReplyDeletetiada yang kekal di dunia ini, semuanya pinjaman belaka
وعليكم السلام Ustaz,
ReplyDeleteBegitulah hendaknya ustaz, Semoga kita yang celik di mata dan jugs celik dihati...
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته kakcik,
ReplyDeleteMakin hari makin banyak untuk diingat dan bila banyak untuk diingat, makin lupa...
Rupa2nya.. kudrat kita semakin lemah.. kulit kepala makin nipis..
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Jejaka Desa,
ReplyDeleteSemoga saling mengingati itu tidak membuatkan kita semakin leka dengan keseronokan di dunia..
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kunang-Kunang,
ReplyDeleteSemua perkara kita nak lakukan.. namun keupayaan kita terhad.. sumber juga terhad...
Kembali kepada fitrah hidup - sederhana dan bersyukur
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Ummu,
ReplyDeleteKadang-kadang kita bersemangat untuk membuat sesuatu..
suatu ketika, kita langsung tidak bermaya, letih, lesu dan semua yang dibuat serba tidak kena..
Namun, hidup perlu diteruskan. Alang2 menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan..
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Ibuintan,
ReplyDeleteBesetuju sangat2.. tambah lagi pinjaman peribadi, pinjaman kereta, pinjaman rumah dan berbagai-bagai lagi pinjaman lain yang membuatkan hidup kita semakin gusar...
Bila nak bereskan semua hutang atau semua itu akan tertanggung kepada WARIS..
Hidup ibarat roda....
ReplyDelete...kata pujangga.