Thursday, February 10, 2011

163.Tazkirah Pagi : Fitrah Manusia.


Kata-kata ini diucapkan oleh seorang pemimpin. Sama-sama kita renungkan...

“Sekuat mana seseorang manusia, apabila lapar manusia terpaksa makan dan minum.

Setinggi mana kelaparan dan dahaga manusia, apabila kenyang mereka terpaksa berhenti,

Segagah mana seseorang manusia, akan ada waktu penat dan lelah,

Sehebat mana seorang manusia itu sekalipun, suatu hari mereka pasti mati.”

Pengajarannya:
Siapapun kita di dunia ini,
sesuatu yang kita lakukan ada had dan sempadan.

13 comments:

  1. السلم عليكم ورحمة الله

    Terima kasih cikgu..

    Selalu mengingatkan diri, jangan pernah berhenti mendengar nasihat, kerana hati akan buta apabila kehilangan nasihat.

    ReplyDelete
  2. Kehidupan kita pun ada batas sempadannya. Semoga kita tidak terleka dengan kehidupan ini hingga melupakan bahawa saat untuk kita kembali akan tiba jua...

    ReplyDelete
  3. Salam Cikgu,

    Segalanya terbatas. Jadi buat sesuatu hendaklah beringat dan besederhana supaya tidak merosak diri.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum cikgu
    benar, kehidupan ini ada masanya
    disaluti kegembiraan
    ada kalanya kedukaan
    ada kalanya mendung tiba
    ada ketikanya panas membara
    dan yang pasti
    batasan kemampuan tetap ada
    kerna kita makhluk sahaja...
    hamba kepada Yang Esa

    ReplyDelete
  5. salam cikgu,

    tiada yang kekal di dunia ini, semuanya pinjaman belaka

    ReplyDelete
  6. وعليكم السلام Ustaz,
    Begitulah hendaknya ustaz, Semoga kita yang celik di mata dan jugs celik dihati...

    ReplyDelete
  7. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته kakcik,
    Makin hari makin banyak untuk diingat dan bila banyak untuk diingat, makin lupa...

    Rupa2nya.. kudrat kita semakin lemah.. kulit kepala makin nipis..

    ReplyDelete
  8. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Jejaka Desa,

    Semoga saling mengingati itu tidak membuatkan kita semakin leka dengan keseronokan di dunia..

    ReplyDelete
  9. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kunang-Kunang,

    Semua perkara kita nak lakukan.. namun keupayaan kita terhad.. sumber juga terhad...

    Kembali kepada fitrah hidup - sederhana dan bersyukur

    ReplyDelete
  10. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Ummu,

    Kadang-kadang kita bersemangat untuk membuat sesuatu..

    suatu ketika, kita langsung tidak bermaya, letih, lesu dan semua yang dibuat serba tidak kena..

    Namun, hidup perlu diteruskan. Alang2 menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan..

    ReplyDelete
  11. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Ibuintan,
    Besetuju sangat2.. tambah lagi pinjaman peribadi, pinjaman kereta, pinjaman rumah dan berbagai-bagai lagi pinjaman lain yang membuatkan hidup kita semakin gusar...

    Bila nak bereskan semua hutang atau semua itu akan tertanggung kepada WARIS..

    ReplyDelete
  12. Hidup ibarat roda....

    ...kata pujangga.

    ReplyDelete