Bagi AJK Nilam dan Cikgu Hazina selaku Ketua Bidang Bahasa, perkara ini sangat merisaukan. Sikap pelajar yang seringkali tidak serius terutama sekali dalam program memperkasakan NILAM membuatkan AJK tersebut memikirkan bagaimana cara terbaik untuk mencapai tujuan tersebut. Akhirnya dengan kerjasama semua guru, sedikit paksaan terpaksa dibuat keatas pelajar. Program Nilam yang lain berjalan seperti biasa, tetapi berbeza untuk hari khamis. Semua pelajar diwajibkan membawa bahan bacaan yang dipinjam dari perpustakaan atau yang dibeli sendiri. Jam 6.40am semua pelajar yang biasanya bersedia untuk nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku disuruh duduk dan membaca sehingga jam 7.00 am. Pada hari selasa semasa perhimpunan mingguan pelajar akan membaca ringkasan novel atau bahan bacaan mereka.
No comments:
Post a Comment