Thursday, April 29, 2010

72. Nadi Ilmu Amalan Membaca

  1. Kita sering mendengar pelbagai ungkapan mengenai amalan membaca. Membaca itu jambatan ilmu, Bangsa membaca bangsa berjaya dan lain-lain ungkapan. Usaha kearah kecemerlangan akademik juga tidak akan sampai kemana jika pelajar malas membaca. Seperti yang kita ketahui purata rakyat Malaysia membaca ialah 2 buah buku setahun. Jumlah ini amat sedikit berbanding dengan limpahan ilmu yang ada sekarang.
  2. Bagi AJK Nilam dan Cikgu Hazina selaku Ketua Bidang Bahasa, perkara ini sangat merisaukan. Sikap pelajar yang seringkali tidak serius terutama sekali dalam program memperkasakan NILAM membuatkan AJK tersebut memikirkan bagaimana cara terbaik untuk mencapai tujuan tersebut. Akhirnya dengan kerjasama semua guru, sedikit paksaan terpaksa dibuat keatas pelajar. Program Nilam yang lain berjalan seperti biasa, tetapi berbeza untuk hari khamis. Semua pelajar diwajibkan membawa bahan bacaan yang dipinjam dari perpustakaan atau yang dibeli sendiri. Jam 6.40am semua pelajar yang biasanya bersedia untuk nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku disuruh duduk dan membaca sehingga jam 7.00 am. Pada hari selasa semasa perhimpunan mingguan pelajar akan membaca ringkasan novel atau bahan bacaan mereka.
  3. Semoga dengan adanya aktiviti ini AJK NILAM berjaya menerapkan nilai-nilai kepentingan membaca kepada murid. Dalam masa 20 minit murid mungkin tidak dapat menghabiskan 1 buah novel tetapi jika pelajar ada keseronokkan membaca, pelajar akan terus menyambung membaca sehingga habis di rumah, seterusnya mencapai target dan anugerah.