Julina Johan, Pegawai Perhubungan Awam telah menjawab bagi pihak Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia kepada seorang penulis artikal di di dalam akhbar Utusan Malaysia (2005) yang bertajuk Kemiskinan Punca 1,800 murid gagal menguasai 3M. Isu yang dibangkitkan tersebut adalah mengenai kegagalan murid-murid dijajahan Bachok, Kelantan yang tidak dapat menguasai kemahiran menulis, membaca dan mengira.
Katanya satu kajian telah dibuat dan antara faktor yang dikenalpasti penyebab utamanya ialah (a)Faktor Biologi - neurologi dan intelek (b) Faktor persekitaran (c) Faktor Iklim Sekolah dan (d) Faktor Pengajaran dan Pembelajaran.
Sekiranya murid mengalami masalah lemah pencapaian akademik disebabkan faktor biologi, mereka memerlukan satu program intervensi yang memakan masa yang panjang berbanding dengan rakan sebaya mereka.
Murid dalam kategori ini dinasihatkan supaya mendapatkan pengesahan pakar agar penempatan program pendidikan bagi golongan ini dapat dilaksanakan bersesuaian dengan keperluan pendidikan yang sebenar.
Bagi murid yang penguasaan 3M bukan faktor biologi mereka mempunyai harapan yang cerah untuk dipulihkan.
Walaupun begitu faktor kemiskinan adalah menjurus kepada faktor persekitaran tetapi ia bukanlah faktor utama murid lemah dalam pencapaian akademik, tetapi ia dilihat lebih kepada pengaruh budaya hidup sesuatu kelompok masyarakat, kualiti pemakanan, kesihatan dan suasana yang tidak menjana ke arah proses pembelajaran yang selesa serta konsisten.
Bagi mengatasi masalah ini, Kementerian Pelajaran menerusi bahagian sekolah, bahagian biasiswa, bahagian buku teks dan Jabatan Pendidikan Khas telah melaksanakan pelbagai program.
Antara Program tersebut ialah : Rancangan makanan tambahan, program susu sekolah, skim pinjaman buku teks, Skim Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin, Skim baucer tuisyen, biasiswa kecil, program pemulihan khas, pusat sumber sekolah, program nilam dan sebagainya.
Semua program tersebut adalah bertujuan untuk dimanfaatkan oleh golongan pelajar miskin.
Kementerian pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian dan penekanan khususnya dalam memberi peluang pendidikan kepada golongan yang kurang berkemampuan bagi memastikan kesamarataan dalam mendapatkan pendidikan dapat dinikmati oleh golongan tersebut.
No comments:
Post a Comment