PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

Friday, October 7, 2011

207. Bajet

Seperti yang diketahui umum, pada petang hari ini 7 Oktober 2011 Perdana Menteri Malaysia akan membentangkan bajet @ belanjawan Negara untuk tahun 2012. Saya percaya ramai diantara kita tertungu-tunggu terutamanya bagi semua kakitangan awam. Sebelum ini Datuk Seri Najib pernah membayangkan hadiah mengejut menanti rakyat. Kita berharap agar kejutan itu akan bermanfaat kepada semua seperti mana kejutan yang diumumkan oleh beliau tetang kenaikan pangkat kepada pengetua dan semua penolong kanan , walaupun bahang kejutan itu belum terasa sehingga bulan januari 2012.
Selain dari bajet hari ini dikatakan berfokus kepada penjanaan kekuatan ekonomi domestic ketika berhadapan suasana ekonomi dunia yang tidak menentu. Diharap bajet kali ini adalah yang terbaik untuk member kesejahteraan kepada rakyat. Tahun ini bagi warga pendidikan barangkali agak tertekan dengan apa yang dikatakan bajet berhemah, sehingga timbulnya pelbagai rungutan. Harapan kita tinggi menggunung, jika semua perancangan telah dibuat dengan baik dan berjalan lancar. Tidak mustahil ekomoni Negara akan berada ditahap yang baik. Sudah tentu permintaan rakyat dapat ditunaikan seperti mana yang diwar-warkan bahawa belanjawan 2012 akan menyaksikan pengumuman kenaikan gaji 40% dan bonus untuk kakitangan awam seperti yang dituntut oleh CUEPACS dan menggariskan kadar cukai yang mampu menarik pelabur asing ke Malaysia.

Sekiranya kita tidak dapat apa yang dipohon dengan alasan ketidakmampuan atau apa-apa alasan sekalipun kerajaan buat masa ini. Ini bermakna kita perlu bekerja seperti biasa. Bukan kerna permohonan tidak diterima maka nilai kerja kita juga perlu merosot. Bekerjalah dengan penuh Integriti iaitu ketekalan nilai peribadi, komitmen terhadap nilai peribadi, komitmen terhadap nilai komuniti dan komitmen terhadap nilai-nilai murni. Integriti berkait rapat dengan nilai baik seseorang dan perlu diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat.

Sama-sama kita tunggu dan saksikan pembentangan bajet @ belanjawan 2012 petang nanti dengan penuh berintegriti..Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan.

4 comments:

Nizam said...

Senyum orang kerajaan weh...

Mohamad said...

Nizam,
Bersyukurlah.. bekerjalah dengan penuh tanggungjawab...

Impian Murni said...
This comment has been removed by the author.
Impian Murni said...

Saya rasa sungguh bersyukur jadi Rakyat Malaysia . Rahmat,rezeki bertambah,aman makmur...kerajaan yang b/jawab dan perihatin....Alhamdulillah.

Cik Gu,maaf kak x balas respon cik gu...lama x lawat Blog...so,dari sekarang kena tenguk balik la.Kalau mai Nat Pokok Getah,sila mai ke rumah kak Di Kodiang. Nat Pokok Getah dah dibuka 2 kali seminggu...Jumaat dan Ahad...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.



Bersyukur Kita Kepada Allah S.W.T Dengan Izinnya Perancangan Pembangunan & Perancangan Peningkatan Akademik SMK Belawai Telah Berjalan Dengan Lancar. Kejayaan Paling Manis ialah pencapaian tertinggi PMR 2011 69.59% dengan GPSnya 3.05. Semoga kecemerlangan ini akan diteruskan oleh guru-guru di sana.



Sejak 13 Februari 2012 saya kini di SMK Baru Miri. Segala tenaga dan usaha kini tertumpu dipusat tanggungjawab yang baru. Perancangan 5 tahun saya bersama plan strategik sekolah sedang diatur. Harapan saya, saya akan berjaya laksanakannya sepertimana kejayaan saya di SMK Belawai dengan kerjasama dari warga SMK Baru Miri. Semuanya dengan kehendaknya jua...



Sejarah perkhidmatan:

23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah

1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu

16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah

13 Februari 2012 - sekarang SMK Baru, Miri

PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.