PESAN SAIYIDINA ALI RA

“Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab".



RAKAN GURU YANG DIHORMATI...

Sunday, August 14, 2011

200. Sentuhan Kecundang

Wajah-wajah yang menarik minat si dara dan teruna

Menangani masalah disiplin murid amat mencabar. Kenakalan murid semakin menjadi-jadi. Pengaruh luar yang mempengaruhi murid amat banyak. Mahu dibandingkan dengan kita belajar pada masa lalu barangkali sangat tidak sesuai sama sekali. Dulu pun ada masalah tetapi mungkin tidak sehebat sekarang. Ditambah pula dengan ledakan maklumat yang meletup sehingga sekecil-kecil aktiviti pun dilaporkan secara terpeinci.

Bagi murid-murid atau pelajar yang mempunyai ketahanan jiwa yang mendalam sangat-sangat terpuji. Mana-mana pelajar yang hanyut dengan pengaruh ini sangat malang. Pengaruh-pengaruh ini membuatkan hati kecil mereka begitu keras dan memandang orang lain itu tiada nilai. Kadangkala perasaan hormat kepada guru dan orang lebih tua, walaupun ibu bapa sendiri semakin pudar. Semua nasihat yang berguna diketepikan sama sekali. Keputusan yang mereka ambil untuk diri sendiri  kadangkala dilihat amat tidak masuk akal. Mereka boleh berhenti sekolah bila-bila masa dengan kehendak sendiri. Ibu bapa sendiri pun tidak berkuasa lagi menentukan arah hidup mereka, termasuklah hal berkawan. Sesuka hati dengan siapa sahaja. Masalah ini lebih mencabar bila ia berlaku kepada sesiapa sahaja sama ada yang ada didikan agama yang kukuh atau tidak. Hal-hal yang penting dalam hidup, maruah dan harga diri juga dilihat sebagai enteng..

Bercakap tentang hal disiplin memang tidak akan habis-habis dan ia bukan perkara baru. Malah semua orang tahu. Banyak laporan di dada-dada akhbar, begitu juga dalam blog rakan-rakan bloger yang menulis tentang kebimbangan terhadap perkara ini. Bukan sahaja ia mengganggu pengajaran dan pembelajaran guru yang tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan tetapi ia juga meninggalkan kesan “stress” kepada guru. Kesabaran guru-guru memang ada hadnya, namun jika perasaan sakit hati dan ditambah dengan rasa kebencian yang sangat dahyat di hati guru, maka secara tidak sedar tangan akan hinggap ke muka atau tubuh badan pelajar.

Bukan mereka tidak tahu mana yang boleh dan mana yang tidak di sekolah. Bukan mereka tidak tahu dengan siapa mereka patut berkawan dan dengan siapa mereka tidak patut berkawan. Mereka juga tahu akan akibat-akibat yang akan menanti jiga sesuatu masalah tersebut berlaku. Mereka tahu apa tindakan akan diambil jika ponteng kelas, ponteng sekolah, melawan guru dan sebagainya. Bahkan ada yang tahu apa akibatnya jika adanya hubungan intim dan hubungan sulit sesama rakan lebih-lebih lagi dengan yang bukan muhrim. Lebih menyedihkan ada yang terlanjur. Bukan tidak diberi nasihat. Tetapi jika berlaku juga terutamanya kepada pelajar senior maka ia sesuatu yang sangat malang.

Gambar Hiasan - Kisah cinta antara pasangan diabadikan di atas baju "T" dan dipakai oleh
rakan-rakan yang menolong di hari perkahwinan. Gambar diambil di satu majlis
perkahwinan di Bukit Meriam, Kedah yang saya hadiri pda 5 Jun 2011
Bercinta sesama rakan semasa di sekolah bukan perkara baru. Ada yang mendirikan rumahtangga ekoran bercinta di sekolah. Tidak kurang juga guru-guru yang mendapat jodoh dengan murid sendiri. Soal cinta dan jodoh memang tidak ada sempadan. Antara manusia memang ada perasaan kasih dan sayang. Memang tuhan itu adil menjadikan manusia itu berpasangan supaya dapat berkasih sayang. Tapi bagimana dengan akibat cinta yang kecundang yang tidak sampai kejinjang pelamin.

Di SMK Belawai, percintaan antara pelajar amat tidak digalakkan. Ia satu kesalahan, namun pihak sekolah tidak menghalang jika mereka mempunyai “group study” sendiri. Jika lembaga disiplin atau warden tahu akan hal ini kita akan memanggil ibu bapa pelajar yang terlibat dengan segera untuk dimaklumkan. Pihak sekolah tidak menangani masalah ini bersendirian kerana sesuatu masalah yang tidak baik, bukan akan berlaku di sekolah sahaja tetapi diluar pengetahuan kita di luar sana. Kita mengharapakan suatu penyelesaian yang baik dari ibu bapa. Itu yang kita tahu. Namun yang diluar pengetahuan kita, kita tidak dapat buat apa-apa. Yang kita harapkan semoga para pelajar ini mengambil keputusan yang terbaik untuk diri sendiri, bukan musnahkan masa depan yang cerah digelapkan begitu sahaja.

Apa yang menyedihkan kita ialah, jika ada pelajar-pelajar yang pintar yang kita target untuk lulus dengan cemerlang terlibat dalam kes-kes yang sebegini. Saya percaya kebanyakkan pelajar yang terjebak ialah pelajar yang terpedaya dengan janji manis dan raut wajah yang menarik yang ada pada seseorang lelaki atau wanita itu. Ada yang tidak kisah dengan masalah pasangan tetapi lebih mementingkan wajah yang cantik atau hensem. Tidak dinafikan dengan perkembangan dunia digital ini pelajar berlumba-lumba mengambil gambar sendiri dengan pelbagai gaya suaya kelihatan cantik dan menarik untuk dipersembahkan dalam blog atau facebook. Ada yang penampilan yang kurang menarik diluar tetapi dalam gambar mengalahkan artis. Bila sudah tertawan dan hati terpaut maka ada yang sanggup mengikut pasangan lari dari rumah walaupun belum tahu ke mana harus di tuju. Akhirnya keterlanjuran dan masalah ini mengundang masalah lain sehingga menjadi masalah masyarakat dan ada yang sanggup membuang bayi.

Langkah berjaga-berjaga yang diambil oleh pihak sekolah diharap tidak disalah ertikan oleh masyarakat sekeliling. Bukan mahu menjaga tepi kain orang tetapi masa dan umur anak-anak yang dihantar ke sekolah sekarang adalah masa mereka untuk menuntut ilmu bukan masanya lagi untuk mencari jodoh. Anak-anak ini belum lagi terdedah dengan dunia luar. Mereka hanya melihat apa yang ada di sekeliling mereka sahaja, minda mereka belum terisi dengan apa yang ada di luar. Mereka hanya didedahkan di dalam TV, media dan sebagainya tetapi belum menempunya secara peribadi. Banyak lagi pengalaman yang menanti mereka jika mereka berjaya melepasi halangan yang ada di SMK Belawai.. Semoga pada tahun ini tidak ada yang datang mengambil peperiksaan dengan sarat akibat sentuhan kecundang...

10 comments:

IMANSHAH said...

masa banyak habis menyelesaikan kes disiplin..kadang2 ambil masa berminggu..report sana-report sini. Tulis surat sana, tulis surat sini..jadi guru disiplin memnag kena sabar

selamat berpuasa cikgu

zue said...

remaja di usia belasan tahun ni cepat mmberontak dan sering kali melanggar displin.

bercinta dialam prsekolahan... zaman dulu2 dah ada...

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Gejala salahlaku pelajar sekarang ni terlalu banyak dan ada segelintir dari kalangan ibubapa terlalu manjakan anak mereka sehingga anak mereka di sekolah sukar untuk dinasihati.

hanez said...

salam, akhirnya cikgu kena bijak menangani segala permasalahan yg ada..

ckLah said...

Setelah bertukar ke sekolah baru, barulah saya menemui murid-murid yang begini, dan baru menulis entri tentang itu. Memang 'culture shock' buat saya sehari dua itu, meski sudah 20 tahun bergelar cikgu.

Kata-kata perangsang dari rakan2 guru yang berpengalaman menangani murid-murid nakal sebegini amat saya harapkan...

Mohamad said...

Salam Ramadhan Imanshah..
Memang benar.. jika ada masalah, banyak masa dihabiskan untuk selesaikannya. Jika dibiarkan nanti akan naik kepala pula...

Mohamad said...

Salam Ramadhan Zue,
Masalah sejagat..

Mohamad said...

Salam Ramadhan Abd Razak,
Ada yang keras hati dan sukar dibentuk..

Mohamad said...

Salam Ramadhan Hanez..
InsyaAllah..

Mohamad said...

Salam Ramadhan CkLah..
Orang kata cinta di sekolah cinta monyet, tapi ada juga sampai ke jinjang pelamin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

TIADA YANG LEBIH BERKUASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.



Bersyukur Kita Kepada Allah S.W.T Dengan Izinnya Perancangan Pembangunan & Perancangan Peningkatan Akademik SMK Belawai Telah Berjalan Dengan Lancar. Kejayaan Paling Manis ialah pencapaian tertinggi PMR 2011 69.59% dengan GPSnya 3.05. Semoga kecemerlangan ini akan diteruskan oleh guru-guru di sana.



Sejak 13 Februari 2012 saya kini di SMK Baru Miri. Segala tenaga dan usaha kini tertumpu dipusat tanggungjawab yang baru. Perancangan 5 tahun saya bersama plan strategik sekolah sedang diatur. Harapan saya, saya akan berjaya laksanakannya sepertimana kejayaan saya di SMK Belawai dengan kerjasama dari warga SMK Baru Miri. Semuanya dengan kehendaknya jua...



Sejarah perkhidmatan:

23 Jun 1993 - 1 Disember 1994 SMK Three Rivers, Mukah

1 Dis 1994 - 16 September 2016 SMK Tiong Hin, Sibu

16 September 2006 - 12 Februari 2012 SMK Belawai, Daro, Mukah

13 Februari 2012 - sekarang SMK Baru, Miri

PENAFIAN :

Berita, pandangan dan komen dalam blog ini tidak tidak semestinya menggambarkan sikap pengendali blog. Pengendali blog tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerosakan akibat menggunakan maklumat dalam blog ini. Penggunaan blog ini adalah di atas budi bicara masing-masing.

Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan juga amat dialu-alukan.

Mohamad.

Mutiara Kata

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.